Sunday, April 27, 2014

Awan yang terindah

Assalamualaikum..

Entry hari ini sekadar coretan pagi tentang penjelajahan mimpi.

Selamat beristirehat bagi yang bercuti hari ini.
27.04.2014
Hari ahad, adalah hari cuti disini. Aku bermalas-malasan la memandangkan cuti. Huk3.
Sebenarnya.. ada sesuatu yang bermain difikiran aku. Aku bermimpi agak aneh semalam.

Mimpinya singkat, tak ada kaitan dengan mana-mana individu dan aku boleh tahu jalan cerita nya dengan baik. Aku rasa berdebar-debar juga bila bangkit dari tidur selepas mimpi tersebt.

Pernah kah kalian bermimpi awan yang berbentuk kalimah Allah dan Muhammad?
Aku tiba2 bermimpi tentang itu.
Seolah-olah langit itu menjadi satu canvas yang luas. Awan itu bergerak membentuk Allah dan Muhammad dalam tulisan jawi. Kemudian awan itu bergerak dan hilang dan muncul disatu sudut lain dengan kalimah yang sama. Sangat jelas bentuknya dan seterusnya bentuk itu diulang-ulang sampai aku terjaga.

Aku tahu mimpi itu mainan tidur.
Cuma inilah kali pertama aku bermimpi yang sedemikian.
Aku tak tahu maksudnya petanda baik ke, buruk atau hanya mimpi kosong yang tiada makna.
Apa pun,
Sampai sekarang aku masih boleh terbayang, itulah awan yang terindah aku pernah lihat.
Allahuakbar..
Allahuakbar..
Allahuakbar..

Friday, April 25, 2014

carian

Assalamualaikum...

Fuh!!!
Tiup2 habuk..

Lama betul tak post entry.
Patut ke aku bagi alasan sibuk?? Err.. semua orang pun sibuk kan. Haha

Hari ni, aku agak terkejut, ada seorang anak remaja tahu kewujudan blog aku yang buruk ni hasil carian gambar untuk kerja seni nya. Adakah abang goggle mempromote blog aku?? Muhehehee..

Memandangkan agak lama tak ada sebarang entry ditulis, Aku mungkin akan menge"post" gambar-gambar lukisan anak2 remaja sekolah yg telah mereka hasilkan dalam memastikan blog aku tidak dibiar kosong dalam waktu yang lama. Aku telah meminta izin dan mereka membenarkannya.

bila??
Ohh.. itu kena tunggu..