Hampir sebulan tak menulis apa2 entri. Sebab tak update? itu biarlah rahsia.
senyum..
Banyak perkara kan berlaku sekarang ni? tengok tak apa yang terjadi dekat dungun, hakisan tanah yang agak teruk berlaku sehingga ke tengah jalan raya. Kuat betul ombaknya kan. Oh, aku juga tinggal berdekatan dengan pantai, tapi bukan pantai dungun. Aku dapat dengar air laut yang menghempas pasir pantai. Ombak agak ganas sekarang. chop3.. tolongla sila jangan sama kan ombak ini dengan ombak rindu atau pun cerita ong bak. Tak ada kaitan.. titik.
Dah akhir bulan kan, kedatangan bulan januari yang agak suspen bagi aku. Aku kena bersedia study dengan isu2 semasa, dan isu2 pendidikan. karat2 dalam kepala mesti kena sental kuat2.
erm, aku juga dengar isu mahasiswa. Gaduh2 lagi. Siap video lagi nak tampar dan ludah. Aku no komen.tup2 terhasil video daripada pelajar2 uitm buat. Ala, yang pasal myspace tu. tergelak aku.
ok tu je kot.
apa2 pun yang berlaku, gunakan akal anda, seolah2 nyawa anda bergantung kepadanya.
Berdoa, semoga esok lebih baik dari hari ini dan seterusnya. Amin.moh kita baca buku pulak..
psstt : ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai ke penghabisan umur. Jadi, meh2 la kita berkawan dengan ilmu dan kepandaian. Tak ada ruginya. InsyaALLAh.