Showing posts with label Kreativiti. Show all posts
Showing posts with label Kreativiti. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Creative start from believe

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa dan selamat hari Minggu.

Kita semua sebenarnya kreatif. Tak pecaya?? lihat, dan fikirlah semula.




Dekat Universiti dulu, Work aku selalu kena reject. Bukan sekali, tapi.. lebih daripada 3 kali. Siap koyak work depan2 kita lagi. Adakah anda memahami???

Daripada semangat kreatif berkobar2, fikir nak buat macam ni nak buat macam tu dengan penuh keterujaan, tapi, Bila work direject berulang2 kali, terus sikit demi sedikit semangat tu tenggelam dan hilang.

mula lah fikir dalam kepala, aku tak kreatif..

NO!!!. Jangan berfikir begitu.

Anda semua kreatif. Pecayalah. Just, jangan berhenti berusaha.

salam..

Friday, June 24, 2011

SaNd

Assalamualaikum..

yo yo..
what up!! 2x..
i can smell whts da rock is cookin.. wuhaaahaa...

Ok2. Cukup2. Berhenti meng'gila'.

Baiklah, Seperti yang aku maklum pada post yang sebelum ini. Aku ada video pasal seni 'melukis pasir'. Penceritaan serta kawalan jari dalam mengolah pasir menjadikan ianya suatu seni yang hebat.

ok. Jom tgk..


love

Seterusnya, sincaf.. tapi..tapi.. maaf.. videonya xdpt aku uploadkan. Terlalu pjg videonya. jadi loading nya utk masuk jadi 'lama'. Lelah aku tunggu loading, tup2, internet putus.. tak ke sadiss a.k.a. sedey.. Tension skjp.

So, aku letak satu je la yerk.

jadi aku replace kan dgn video lain la ek.

don't be sad.. n don't tension2. Bercakap ttg tension, Ni ada satu cara melepaskan tekanan. Diluar kita ceria tapi hakikatnya..kita sedang stress gila.



or dalam makna lain.. "berpura2 supaya org tak nampak bahawa kita sebenarnya sedang susah hati".

itu saja 4 today. Aku ingt lagi kata cikgu aku masa zaman sek dulu.. "masa main, main sungguh2. Masa belajar, bljar sungguh2". Tapi skrg ni bukan main dan belajar je perlu bersungguh2. Sb nya..byk lagi perkara kita kena buat sungguh2 dan betul2. contohnya :

bila berkawan,brkawan2 betul2, nak kerja, kerja sungguh2. Nak berubah, berubah la sungguh2. dan banyak lagi la 'sungguh2' nya perlu kita buat. Nak tido pun kena bersungguh tau... ekeke.. ok. just kidding.

ahh.. apa yang aku merepek melalut ni. k la . its time 4 lunch.. nyum.nyum..
rajin2 la baca buku.. ^_^

Thursday, June 23, 2011

KeindAHan

As salam..

Seni itu Indah..

indah itu subjektif. Bergantung pada sesiapa yang melihatnya. Ini ada satu video menarik ttg seni lukis.



Amazing hand paintings
dah tgk? hebat kan.

next, editing video yang agak kurang kemas, ceh..aku ke yg ckp mcm tu. maaf2. Actually, aku pn tkleh nak wat mcm tu. haha.. Tapi video ni tak terjangka pulak olehku org akan buat. Hanya ber'subjek' kan duit. lucu2... so, simpan duit banyak2 ya. "Pesanan agung".


bila agung ber....

aku letak video tu saja2 je. Tak tahula org lain kata apa kan. Seni tu mcm2 leh diadaptasikan. Soalnya tahap kreatif kita nak menjadikan ianya satu seni yang disukai.

ohh..lupa, aku ada dua video berkaitan seni menggunakan pasir. Tapi lebih kepada kemahiran melukis juga la.. nnti esk2 aku upload.

okeh laling.. cukup dulu disini. i ada keja nak buat. daaa..
rajin2 la baca buku... c u

Monday, June 28, 2010

kreativiti tak pernah habis

hurm..pasal kreativiti lagi..ok ni ada video dan sedikit gambar yang maybe leh kita kata mmg kreatif..seni tu satu imaginasi yang apabila kita luahkan..mmg mengkagumkan..cayalah.












Tuesday, March 30, 2010

tugas 1 kreativiti - masalah aku dan penyelesaiannya

Masalah

Pernah tak dengar pepatah ni “Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah”. Macamana dapat kita pastikan kata-kata ini benar dan tidak hanya pada kata-kata. Baiklah, Bercerita tentang masalah yang aku rasa agak sukar untuk aku handle ialah masalah yang melibatkan masalah menjaga perasaan orang lain. Walaupun ianya mungkin dilihat masalah kecil tapi tidak pada aku.

Berada di Universiti bertaraf pendidikan memang menjadi satu sanjungan dan penghormatan bagiku. Namun, kita hanya manusia biasa. Dalam menempoh 4 tahun waktu belajar menjadi seorang pendidik pada masa depan, pelbagai jenis orang kita hadapi. Sebelum tu , perlulah tahu aku ni jenis orang yang macamna kan. Aku orang yang tak suka tengok kawan-kawan bergaduh. Sebab nya , aku tak ramai kawan, sebabnya aku ni memang low profile sikit. Jadi bila aku ada kawan yang baik aku akan berusaha untuk menghargainya. Selain itu, aku tak suka jenis kawan yang suka menjatuhkan orang lain. Walaupun aku tahu aku bukan lah baik sangat, dan ada banyak kelemahan, tapi pasal suka menjatuhkan orang ni la aku paling benci.

Pepatah “Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain” sentiasa aku ingat, Namun tak semua orang faham maksud menghormati yang sebenarnya. Seorang kawan yang baik tak seharusnya membongkar sifat buruk kawannya ini pada orang lain yang kita sendiri kenal walhal diri nya juga punya sifat buruk yang nyata.

Penyelesaian

Menghadapi masalah kawan yang suka menjatuhkan orang lain bagi aku sangat sukar untuk berhadapan dengan orang seperti ini. Lebih-lebih lagi dia mempunyai kelebihan yang sememangnya aku sukar tandingi. Kebolehan komunikasinya hebat, keyakinannya, dan personalitinya juga boleh menyebabkan orang fikir aku ini yang sebenarnya yang ingin mencari musuh. Kerana kelebihan yang dia ada menyebabkan aku rasa aku tidak mampu untuk melawan semula. Dia hebat dalam berkata-kata dan mencari pengaruh. Itu aku akui.. bagaimana kuat aku mengatakan “tidak” orang sudah tak pecaya pada kata-kata aku. Namun satu perkara buat aku setiap hari ingin bangkit bersemangat setiap hari ialah motivasi.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa. Oleh itu, aku ingin menjadi orang yang luar biasa itu dan kembali bermujahadah. Sebenarnya aku tahu, apabila kita menunding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya tiga jari anda telah menunding kepada diri sendiri. Namun begitu, aku bukanlah juga manusia yang betul semua pelakuan. Hadiah yang paling berharga untuk kawan ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan. Nak belajar buat cara nak belajar kerana insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai. Masalah ini akhirnya bukan lagi masalah yang sukar malah menjadi penaik semangat ku untuk terus tabah mengharungi hidup.

Sunday, March 28, 2010

Apa itu Kreativiti?

Kreativiti ialah menghasilkan sesuatu yang baru. kamus Dewan (1993) memberikan maksud kreativit sebagai kemampuan ( kebolehan ) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowenfeld (1975), kreativiti adalah naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.

Bagi June King Mcfee pula, beliau berpendapat kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru, bagi mengemas kini perlambangan yang sedia ada. Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap suatu kreativiti. Guilford melihat pemikiran kreatif sebagai pemikiran yang fleksibel, lepas daripada belenggu pemikiran lama dan berusaha mencari arah pemikiran dan hala tuju yang baru. mengharapkan dan menjangkakan kepada sesuatu yang unik dan asli. Jones (1972) pula berpendapat semua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif ; dan dengan adanya persekitaran dan teknik-teknik yang sesuai, maka potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur. ( Mazlan Mohamad, 1994)

Individu yang mempunyai kebolehan 'kreatif' biasanya mempunyai perasaan istimewa dan ekslusif kerana individu ini dianggap mempunyai kuliti sejati yang jarang dijumpai. Kualiti yang istimewa inilah yang membezakan individu itu daripada kumpulan majoriti yang kurang kreatif. Seseorang yang kreatif lazimnya tidak memaparkan secara langsung tentang apa yang dilihat ataupun dialaminy, ia mungkin menggunakan metafora dan analogi memproses pengalaman tampaknya bagi dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru. Seseorang yang kreatif harus mencari dan meningkatkan kesedaran, mengenal pasti sesuatu, memginterpretasi, dan melihat kemungkinan-kemungkinan melalui daya pandang -timbang.

Pemikiran yang seimbang diperlukan iaitu pengunaan otak kiri (perkataan) dan otak kanan (imej) pada masa serentak ataupun ia boleh berubah-ubah dari kiri ke kanan ataupun dari kanan ke kiri.

contoh individu kreatif :