Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Manipulasi

Assalamualaikum

Memang lama sangat dah aku tak update blog ni. First, sebab aku dah lama tak melukis, jadi aku tak update. Aku rasa tak best blog ni tak ada kartun. Kedua, masa untuk aku mengadap blog dah hampir tiada sebab kerja aku setiap hari ada kerja. Dari pagi sampai malam.

Aku juga nak ucapkan selamat hari raya pada semua pembaca, blogger dan pada siapa-siapa yang sudi singgah kat blog buruk ni. 

Bercakap tentang manipulasi. Hari tu ada riuh dekat wall fb umum pasal ada sorang individu ni kutuk kerjaya cikgu. katanya cikgu ni just memanipulasi ayat, makan gaji buta, tak ikhlas dan banyak lagi perkara-perkara lain yang tak puas hati dibangkitkan. Bikin panas juga tu nak lawan dengan engineer.

Hakikatnya, memang ada cikgu mcm tu. Tapi tak semua. Begitu juga dengan pekerjaan lain. Kita bukannya bekerja sendiri. Kita bekerja dengan manusia-manusia lain dengan segala macam perangai. So, Niat berkerja mencari nafkah hidup kerana ALLAH. Biarlah hanya DIA yang nilai. Semua pekerjaan ada lelah dan susahnya. Hanya kita yang bekerja sahaja tahu susahnya macamana. Jangan nampak kerja nilainya hujung bulan sahaja, Mak kita yang dikatakan 'tidak bekerja' iaitu "surirumah" sebenarnya kerjanya lagi banyak. 

Senyum ok.
bersyukur la apa yang ada.
Jangan sampai merdeka kita hilang.
Dengan perang mulut antara kita.


Friday, July 29, 2011

Konvo

As salam

Tanggal 28hb July 2011, hari khamis pada pukul 2.30 petang majlis konvo aku selamat berlangsung. Sayangnya, Aku tak sempat nak bergambar sangat kerana waktu tak mengizinkan. Di bawah adalah gambar yang aku 'curi' dari fb kawan aku. huhu..

Walaupun aku bawa kamera, tapi, kamera abang aku yang pegang. Semua gambar dalam kamera pada hari itu adalah gambar abang aku. Dah la henfon pun aku tak bawa bila masuk dewan. Hanya dua keping je gambar aku bersama jubah. Apa lah abang aku ni. Sedih tau.



Misi baru, adalah mencari kerja. Aku kena kumpul duit untuk raya ni. Baru la boleh nak bergaya sakan.

Tuesday, July 26, 2011

tik..tik..tik..

As salam

Malam ini aku akan bergerak. Tiba masa untuk aku merasainya. Selama 4 tahun bertungkus lumus. dan akhirnya.. sampai juga saat ini. Alhamdulilah bersyukur kepada ALLAH

- tak ada repeat paper
- Sekurangnya 4 tahun belajar.. ada beberapa kali berjaya mendapat 'dean list'
- PNGK aku pun yeah.. boleh tahan.
- Result praktikum tu. aku tak kisahlah. Pengalaman tu sangat berharga. Yang pasti, Aku rindui starp

ok la. dah masa. bertolak.
Doakan aku sekeluarga selamat pergi dan selamat pulang
dan semoga majlis berjalan lancar.


Sunday, July 24, 2011

Hero?

As salam
Deman korea?? itu la antara berita dalam Buletin Utama TV3 beberapa hari lepas. Kisah hero korea aku..
Mula2 aku start tengok korea adalah sebab cerita yang dilakonkan Bae Yong Jun sebagai Jun Sang. Ala..semua orang tahu kan cerita tu. Lepas tu diikuti la dengan Autum In My Heart lakonan Song Seung Hoon. Then, berlambak2 la cerita korea selepas itu. Antara hero2 yang aku suka, adalah seperti di bawah.


Kalau nak diikutkan ramai lagi la. Kalau nak mention nama2 selain di ats tak terkira. Itu korea, Kalau artis Jepun pula, Aku suka dia ni Koike Teppei. Muka dia 'muka awek' kan. Kalau make up perempuan, mesti lawa. itu sebab la aku gelar muka awek. Ramai lagi hero2 jepun aku minat, tapi aku letak yang aku suka tengok. ngahaahaa.. Nak aku sebut namanya jugak ke. No need kot. Okla, aku sebut sorang dua je ek. NishikidoRyo, Oguri Shun, TangYuzhe dan ramai lagi.
Kalau cerita Taiwan pula, aku minat Wuchun, Aku juga suka k-pop.. antaranya.


dan kumpulan ni.


Ada sorang student aku, tak silap, namanya Lee Sau Peng. Minat gila dengan Super Junior. Hafal satu2 nama ahli super Junior. Ramai ahli Super Junior. Apatah lagi lagu2 mereka. Teringat kumpulan ni, teringat dekat student2 aku. Ni yang aku rindu ni.. sob3

tapi maaf, au tak minat yang kpop or mpop malaysia punya. Kalau non muslim takpe, tapi bila ada org islam terlibat dgn pakaian yang dah mcm erm.. (fhm2la kan) , aku mmg tak berkenan sgt.

Opss. aku juga minat anime.. heee

Semua orang ada minat masing2. Aku tak la terlalu fanatik minat korea/japan/kpop or anime ni. Gitu2 je la. Cuma, part yang tak best, bila ada manusia yang suka mengutuk. Kalau tak suka korea, cukupla sekadar senyum. .Tak perlu nak menambah dosa mengutuk2. Kalau suka korea, tak perlu kita nak kutuk minat orang lain yang kita tak suka. Fair bukan...

Walaupun aku minat korea, Aku lebih suka cerita Inggeris santai/ aksi or doku.

sekian.

Thursday, July 21, 2011

Mochek dalam kenangan

As salam

Aku pernah post satu entri tentang haiwan peliharaan keluarga aku. Ingat tak pada 'Si Mochek'?? Klik sini

Hari ini, 21 July 2011.. pada jam lebih kurang 4 petang. Si Mochek terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawanya.

Mati dipijak tayar kereta abang. Sebelum abang mengundurkan kereta, abang telah memeriksa bawah kereta. Setelah yakin tiada kelibat kucing, abang dengan yakin mengundurkan kereta. Walaupun begitu, malang tidak berbau, Si Mochek tiba2 berlari di bawah kereta dan .....

..............

Si Mochek telah mati dengan keadaan yang sungguh sayu.

Waktu aku dapat tahu, aku cepat2 pergi tengok si Mochek. Aku kelu..Sebak..



Si Mochek telah tinggalkan kami...

Si Mochek sangat rapat2 dengan keluarga kami. Sangat2 manja. Keluarga kami bela Si Mochek sejak si Mochek kecil. Melihat Si Mochek membesar sampailah sekarang. Kehilangan Si Mochek sangat dirasai semua ahli keluarga.

Semalam, aku cuba test2 kamera. Secara candid, adik tangkap gambar aku dengan Si Mochek. Hari ini, Si Mochek telah tiada.
Gambar terakhir bersama si Mochek

Jangan tanya la kenapa gambar aku macam tu. Sah2 la aku dah edit kan. heee.. ada la sebab2nya. Tapi yang penting..fokusnya adalah si Mochek

Sebelum ini, Kucing pertama yang hadir dalam kehidupan keluarga kami adalah Si Blacky. Itu kucing Along aku. Along aku kutip. Waktu tu, kakinya terkena perangkap manusia, dan dengan keadaan sebelah daripada matanya hampir buta. Waktu abang bawa balik, kakinya dah confirm cacat akibat perangkap tu. Kami bela, sampai la beranak pinak. Si Blacky dah mati sebab penyakit tua di hadapan along aku sendiri. Anak2nya 3 ekor. Tiga2 ekor tu entah hilang ke mana. Tak pulang2 selepas bermain.

Kehilangan Si Blacky tidak la sesedih seperti kehilangan Si Mochek. Si Blacky, selalunya duduk di dapur sepanjang hidupnya. Si Blacky sangat berjasa. Adanya si Blacky, tikus2 di dapur tidak lagi kelihatan dan kedengaran.

Lain pula si Mochek yang bebas berjalan dan bermain dalam rumah. Malah, si Mochek sangat mesra. Mak aku sendiri menangis kehilangan Mochek. Tak pula semasa kehilangan Blacky.

Si Mochek dah selamat kami tanam.

Buat si Kuntum, ko tak rindu si Mochek kah?? musuh ketat ko dari kecil...

huwaaa..

Saturday, July 16, 2011

Perang

As salam

Hari ni, Pagi2 hari dah riuh mak dekat dapur. Apa la yang membuatkan mak sakit hati sangat tu, pikir ku..

Bila turun, aku tanya mak, apa yang tak kena? jawab mak
"semut ni haa.. sakit hati betul" mana2 tempat semua nak masuk. Bukan setakat dalam bekas gula je, malah semua benda mesti 'wajib' ada semut berkumpul. Hari2 asyik sakit hati dengan semut je. bayangkan, bekas minyak pun selamba berkumpul. tup2 mati. Mayatnya? bersepah2.

Aku gelak je.
Golongan semut?? haahaa..

Maka pengistiharan perang antara Semut dan manusia bermula. Ermm.. dah lama bermula sebenarnya. Mak banteras semut dengan sungguh2. Disediakan air panas, racun semut, malah penyembur nyamuk sekali. Tapi ye lah kan, Semut ni jenis xreti berputus asa. Walaupun dah berjuta2 kumpulan semut telah arwah. Koloni2 semut ni tak takut maa.. lagi ramai yang berani menunjukkan diri. Sb semut ni mmg banyak la. Tak pecaya?? cuba lihat video.. bertapa hebatnya binatang semut ni.


kerajaan semut

tengok?? walaupun kecilnya semut, tetapi berupaya membina kerajaan yang sungguh menakjubkan. Jadilah seperti semut.. jangan mudah putus asa. cekal berusaha.

Tuesday, June 14, 2011

photoshop~ photo - shoot ~putus, shut up ok!!.

Holaa..

buat masa skrg aku xde work utk aku letak sb aku pn tgk 'bercuti'. Tempoh menunggu ni aku tak tahu la sampai bila. Tapi masa2 'cuti' ni kan, aku try2 tgk youtube sb aku dh bosan tgk crite2 shja spjg cuti. Apa yang menarik minat aku sekarang ada lah belajar lebih mendalam mengenai photoshop.

Jangan pelik atau heran ok, dulu mmg aku dah menjadi 'gila' disebabkan photoshop, ilustrator dan apa2 benda yang berkaitan dgnnya sewaktu aku belajar dulu. Tunggang langgang pun kena teruskan hidup jugak. Tapi masa tu aku hanya fokus hanya beberapa part2 tertentu utk projek aku shja. Now, xde projek2 lgi, jadi pemikiran aku ni rasa 'freedom' sikit. Aku nak explore something yg aku tk pernah guna pn sebelum ni dlm photoshop.

Pelik tapi benar, tp masa aku buat projek utk assgmnt dulu, aku belajar2 sendiri2 je, yng mudah fhm. Jadi aku tak berani nk explore lebih2. Disebabkan masa pn tk mcukupi. Yelah, nak siapkan projek assignmnt aku tu makan masa berhari2 aku tak tido. kalau toreh pisau kat muka aku ni haa masa tu, sah2 xkuar darah. PUCAT + PENAT. Dh jadi ZOMBIE aku. Nk catch out assignment lain lagi yang berlambak2. Dah la due date hantar pun minggu yang sama. Perghh..zaman blaja mmg best. Pengalaman tu mmg aku rindu. Belum masuk lagi dgn 'songeh' para incik2 dan puan2 lecturer. Kalau tak kena 'reject' nasib baik, tapi kalau dah kena 'reject' nak buat work tu utk di'approve', sgt2 la 'menderita'. Mmg MASAK r hidup, kalau belajar pn still nak main2 kat U ni. Mana2 u pn sama. 'Sakit' ko tau.. tapi, asal ko tak biarkan 'sakit belajar' ni jadi kan ko punya problem hidup, so xde masalah la ko nak hidup kat U. Boleh relax n steady dlm masa yang sama ko fokus. Yg pnting jgn putus asa. chill maa..

ok, back to story, pasal photoshop okeh. Dulu dkt U, Lect ckp kena guna photshop dan beberapa software lain. Hantar pada sekian2 hari dan sekian2 waktu. Dah mcm kena Kilat aku masa tu, 'SHOCK'. Dah la aku apa benda photoshop pn aku tk kenl masa tu iaitu baru2 batch kami masuk. Seniar2 tgk kami masa tu dh mcm tgk kucim kurap. Tahap mnyindir paling berbisa walaupn hanya pandangan dan kata2 ringkas tapi 'PADAT". Itu 'masa tu', selepas pd 'masa tu' barulah lebih mengenali dan bergaul dan tahu serta knl seniar dan cara mrk bekerja. So far so good la.

Nk tk nk aku kena cari software yg namanya photoshop dan beberapa software lain. Belaja meneroka dan belaja dari org2 y lebih arif. Tapi aku tak tahu pn photoshp ni ada byk jenis. kira naik taraf la. Yang aku ada hanyala jenis CS je. Kira paling lowest la. yang latest skrg ni dan cs9 kot. aku pn tk tahu. Aku buat apa2 aku guna CS ni je la. Oh..no..no.. silap, skrg aku dh ada CS3.

Nak cs5?? ok ni link aku leh bagi utk download adobe photoshop cs5. Download semua link kat bawah. Lepas tu guna hj split utk join kan.

http://www.mediafire.com/?h2575sm93nf2ecf
http://www.mediafire.com/?61zzzbcxx6t1z8w
http://www.mediafire.com/?ostxgmkhxna5pke
http://www.mediafire.com/?o60p3y5ufsflbdf
http://www.mediafire.com/?dgx07kg5fcnewf5
http://www.mediafire.com/?60ow1208nmnvgoc
http://www.mediafire.com/?pb8y58lddtygx6v

Aku bukan xnak download, tapi aku punya volume internet broadband dah tahap limited, kalau aku download, esok sah2 xleh nak guna internet dah. ada faham kaa.. xfhm sudah.

Ni ada beberappa link utk buat beberapa teknik menggunakan photoshop. Tk silap aku dia guna cs5. Lelaki ni mmber sekolah aku dulu masa form 6. tk sgka dia dah buka company dia sendiri dgn kemahiran photoshop. dulu dia belaja di UMS rasanya. skrg buka company buat tutorial phtoshop dlm bahasa melayu. Skrg, rasanya dia tak kenal aku dah kot. aku pun tk knl mana pn dia. gitu2 je la.

PHOTOSHOP MALAYA
teknik manipulasi
tulisan herry potter

Kalau nak tau lebih lagi pasal phtoshop ni leh la layari group fb dia dan tnya soalan pada beliau. ini fb nya -- incik syeikh

Dia pnya dvd tutorial leh tgk kat ni. Kalu berminat leh la tempah dan beli. aikkk.. aku pulak jadi tukang promot.
www.photoshopmalaya.com
Aku.. berminat, tapi mahal dowh. So sekadar minat je la.. haha. ok stop bab2 promot.

Skrg aku berminat dgn jenis2 lain photoshop ni. Sb dia punya fungsi walaupn seakan sama tapi ada yang berbeza. Kan aku ckp, naik taraf. Jd, aku teringin nak ada semua jenis dan aku teringin nk belaja tentang photoshp ni dgn lebih detail. Tapi, aku nak cari kat mana?? duit xde payah sikit nak gerak aktiviti nih. kih2.

Sambil2 aku duk free2 di masa2 'cuti' ni'. aku pn dah buat experiment photoshop ats muka aku sendiri.. keh2.. nak jadi E.T. mcm lagu Katty Perry.

Bila adik aku tgk ni.. tetiba muncul keinginan.. kakkkkkk...adik nak jugak muka jadi mcm ni. ok2.
meh i buatkan. tadaa..adik beradik avatar pizger.. oops.. pizger tu adalah aku okeh. Aku suka guna nama tu. Sb nama tu kenangan aku masa f5 dulu dgn kwn2.

Ini adik aku.. yg perempuan darjah 5, lelaki darjah 3. hah..nak sgt jadi avatar.. mmg menakutkan..aku tgk muka aku sndiri mmg menakutkan.. haha..lawak pun ada. kwn aku ckp aku ni avatar murah dgn senyuman.. citttt..

Apa pun, dua perkara aku suka adalah belajar phtoshop, dan photoshoot atau dgn kata lain aku juga minat pasal fotografi. Lebih jelas aku sebenarnya minat Kamera DSLR. Lebih2 lagi bila aku ada kamera DSLR dgn pelbagai jenis Lens.

SYOKKKK HABIS. oops, tapi aku tak pandai mana nk shot gambar, aku cuma M.I.N.A.T je ok. Bila pegang kamera tue, rasa tk mo bg kat org dah. Tapi sb aku pinjam je, kena bg balik la bhai.. haha..

k la. aku dah citer photoshop, potoshoot, dan skrg aku dh nak 'shut up' cerita ni. damnn!!. c u
salam

Saturday, June 4, 2011

KeMbaLi

i'm back.. dah lama giler aku tak buka blog ni. ok, criter2 baru, aku dah pun selesai berpraktikum di sebuah sekolah di sabak bernam SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA. student2 nya.. mmg best. mengajar form 2. nakal tu biasa la. mcm adik2 aku je. 6 kelas aku ngajar, tapi aku xde semua gambar student. ni lar antaranya. diorang comel2 kan.

nanti kata aku tak adil pulak masukkan gambar yang ni je. masalahnya aku mmg xde gambar yang lain2 ler. so aku masukkan la nama2 student sekali. ok puas ati.. huh (-_-")


ok. apa yang aku buat untuk latihan mengajar 4 bulan ni. meh aku nak criter. mula2 mesti la aku buat bahan bantu mengajar. hampir tiap2 hari aku buat bahan bantu mengajar (BBM), tiap2 malam juga mungkin dan of course la tiap2 hari buat rancangan pengajaran harian (RPH). istimewa jadi cikgu praktikum ni ialah dia punya RPH panjang berjela2 berbanding kalau dah jadi cikgu tetap. ada fahamkah?

kalau diikutkan lama sgt dah tak pegang pensil melukis, belajar kat U kebanyakkan praktikal selain melukis mcm anyaman, batik or tembikar, xde la pulak aku ambik catan, 2D or 3D. selainnya banyak belajar teori la. so selama ni kat U, aku lebih banyak membaca buku2 la. maksudnya dari segi kemahiran kognitif lebih byk dari pergerakkan psikomotor iaitu drawing atau skect.

sb dah lama tak pegang pensil, agak blur jugak aku nak melukis, yelah tangan dah keras. mula aku try lukis potret sendiri, tapi aku tiru gambar aku la. mana reti bhai nak buat cara imagin . so berkarya la aku. hasilnya.. keh2


dan semestinya, bila jadi cikgu, aku kena lagi banyak baca buku, rujuk banyak buku, buat kajian dan paling penting kena la banyak bertanya guru2 senior. lebam jugak mata nih, malam2 tido lewat, study,kajian, serve2 bahan, buat RPH, BBM, dan sebagainya. dah macam buat thesis dah gayanya ni. kalah orang nak ambik final exam. haha. sekolah pulak tiap hari sabtu je mesti ada sekolah ganti. kira kerja 6 hari seminggu.. penat bhai, tapi aku rasa enjoy. bila teringat2 pelajar2 aku, aku makin rajin nak buat. kalau student aku rajin buat kerja aku bagi, rajin bertanya, automatik aku akan makin rajin buat kerja2 nih. pecaya tak.. pecaya lah.. gila tak aku ni. aku suka tgk student aku angguk tanda faham dan dan bukan angguk sb tidur.

by the way, lepas ni aku akan upload gambar2 karya2 lain yang aku buat semasa berpraktikum. cau dulu.. zass