Saturday, June 4, 2011

KeMbaLi

i'm back.. dah lama giler aku tak buka blog ni. ok, criter2 baru, aku dah pun selesai berpraktikum di sebuah sekolah di sabak bernam SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA. student2 nya.. mmg best. mengajar form 2. nakal tu biasa la. mcm adik2 aku je. 6 kelas aku ngajar, tapi aku xde semua gambar student. ni lar antaranya. diorang comel2 kan.

nanti kata aku tak adil pulak masukkan gambar yang ni je. masalahnya aku mmg xde gambar yang lain2 ler. so aku masukkan la nama2 student sekali. ok puas ati.. huh (-_-")


ok. apa yang aku buat untuk latihan mengajar 4 bulan ni. meh aku nak criter. mula2 mesti la aku buat bahan bantu mengajar. hampir tiap2 hari aku buat bahan bantu mengajar (BBM), tiap2 malam juga mungkin dan of course la tiap2 hari buat rancangan pengajaran harian (RPH). istimewa jadi cikgu praktikum ni ialah dia punya RPH panjang berjela2 berbanding kalau dah jadi cikgu tetap. ada fahamkah?

kalau diikutkan lama sgt dah tak pegang pensil melukis, belajar kat U kebanyakkan praktikal selain melukis mcm anyaman, batik or tembikar, xde la pulak aku ambik catan, 2D or 3D. selainnya banyak belajar teori la. so selama ni kat U, aku lebih banyak membaca buku2 la. maksudnya dari segi kemahiran kognitif lebih byk dari pergerakkan psikomotor iaitu drawing atau skect.

sb dah lama tak pegang pensil, agak blur jugak aku nak melukis, yelah tangan dah keras. mula aku try lukis potret sendiri, tapi aku tiru gambar aku la. mana reti bhai nak buat cara imagin . so berkarya la aku. hasilnya.. keh2


dan semestinya, bila jadi cikgu, aku kena lagi banyak baca buku, rujuk banyak buku, buat kajian dan paling penting kena la banyak bertanya guru2 senior. lebam jugak mata nih, malam2 tido lewat, study,kajian, serve2 bahan, buat RPH, BBM, dan sebagainya. dah macam buat thesis dah gayanya ni. kalah orang nak ambik final exam. haha. sekolah pulak tiap hari sabtu je mesti ada sekolah ganti. kira kerja 6 hari seminggu.. penat bhai, tapi aku rasa enjoy. bila teringat2 pelajar2 aku, aku makin rajin nak buat. kalau student aku rajin buat kerja aku bagi, rajin bertanya, automatik aku akan makin rajin buat kerja2 nih. pecaya tak.. pecaya lah.. gila tak aku ni. aku suka tgk student aku angguk tanda faham dan dan bukan angguk sb tidur.

by the way, lepas ni aku akan upload gambar2 karya2 lain yang aku buat semasa berpraktikum. cau dulu.. zass


No comments: