Showing posts with label trade. Show all posts
Showing posts with label trade. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Hi !

Assalamualaikum..

Bila aku tengok ada entry baru dari cik Nanad, Aku pun buka la nak tengok. Terkejut..
Ada doodle untuk aku la. Katanya doodle trade ke 2. Ini doodle nya.


Hi untuk cik Nanad juga.
Sweet gitu. Sukaa..

Terima banyak2

Thursday, August 25, 2011

Aku si jurufoto

As salam

Selamat pagi..

Maaf, aku terlalu sibuk bekerja sekarang. Masa aku banyak dihabiskan di tempat kerja. Berdiri sepanjang masa. Ok, Aku mengaku. Aku penat dan letih. Balik rumah je aku terus tidur.

Belum lagi masuk hal2 yang tension2. Bila hari pertama aku short duit sampai dua hari kerja. Kiranya, aku tak ada gaji untuk dua hari. Belum masuk lagi hari ini, esok dan akan2 datang. Stress sikit rasanya. Susahnya cari duit. Moga2 hari ni lebih baik dari hari semalam.

Satu perkara gembira,

Hari ni aku buka2 je blog, ada sesuatu buatkan aku tersenyum. Aku dah dapat doodle trade dari cik Nanad. Comel gila.

Unik nya ada background yang cun, kreatifnya ada salotip terlekat. Comel kan..comel sangat2
Thanks cik Nanad. Banyak lagi doodle2 beliau yang lawa2 dekat blog beliau. Klik namanya untuk ke blog beliau. Ini Doodle dari beliau.


Ok la. Maaf, aku tak dapat nak balas komen or BW lagi, Aku nak kena pergi kerja. Doakan aku tak de short duit hari ni.

Ok la.salam.

Friday, August 19, 2011

Lambat??

Assalamualaikum..

Aku jadi tak senang hati je. Rupanya, ada satu doodle yang aku belum bagi lagi. Maaf sebab terlambat. Buat kusyi.. ini untuk anda. Maaf, berbeza dengan work trade feza sebelum2 ni.

Bercerita tentang kisah LAMBAT..

Aku hadapi masalah berkaitan lambat?

Masalah yang sentiasa berlaku bila tiap kali aku nak online. Biasanya, aku sabar menanti loading je. Tapi kali ni, aku nak cakap jugak.

Nak kata tak bayar, bayar je tiap2 bulan. Bukan sikit mahu dibayar, kalah bayar bil api berbanding bayar Wifi ni. Tapi, kalau la wifi ni nak diajak race dengan encik siput.. rasa2 siapa menang?

Photobucket

so, kesimpulannya


Encik siput, anda bukan lagi yang paling lambat, sila jangan sedih2. Nanti kan aku buat siput sedut. erkk

k.Assalamualaikum..

Selamat bersahur.

Wednesday, August 17, 2011

Menerima..

As salamualaikum

Menerima apa?? Aku dah menerima doodle trade dari Marjan. Yipiee!!.. Doodle ke dua yang ku terima dari art trade. Comel kan.. baju belang2 dan ada pemerah pipi. Suka juga pada matanya tu. Terima kasih Marjan. Terima kasih kerana sudi art trade doodle dengan feza. Klik nama untuk ke blog beliau. Ini doodle nya. tadaa..

Buat Kusyi pula.Maaf, doodle anda belum dibuat. Jadi, minta

Sekarang ni, cuaca pun dah tak menentu. Antibodi yang tak kuat, mudah lah nak hidapi deman. selsema dan batuk.

sila jaga diri ya semua.

Dan aku masih sakit kepala. Dan ini membuatkan aku lebih suka untuk..

selamat malam
salam nuzul quran..

Sunday, August 14, 2011

Aku punya..dan kau punya

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera.

Hari ni, buka2 je blog, aku dapat dah doodle trade daripada merah itu jambu. Yang pasti, warna favorite beliau adalah merahjambu. Ini dia doodle dari beliau. Nice kan. cute.. Model selendang lagi. Nak juga kah?? Jangan tanya aku, tanya beliau sendiri. Jom terjah blog beliau.
Doodle aku pulak, semua warna aku tibai. Aku tak tahu nak fokus warna apa. Walaupun aku cakap dah tak art trade doodle, tapi mengikut bacaan komen2 blogger, ada beberapa yang nak art trade. Sungguh, aku menghargainya. Tq banyak2.

Seperti sedia maklum, Aku khuatir aku tak dapat melukis sebab kesibukan dunia. Menghasilkan satu2 doodle juga mengambil masa. Aku jadi resah bila aku tak dapat buat apa yang orang nak. Itu sebab la aku stop art trade ni. Harap tak ada sesiapa2 tersinggung.

Baiklah, aku ada lukis beberapa doodle lagi buat rakan2 blogger yang minta.

Ini untuk Marjan Ibtisam. Yang mana beliau suka pada doodle pada entri kawan. Jadi beliau ingin doodle trade satu. Ini doodle anda.

Encik Hans pula, menyuruh aku buat doodle lelaki. Aku tak pernah buat doodle lelaki lagi setakat ni. Erm..Aku akui, aku tak pandai mana lukis doodle lelaki. Lelaki perlu ke nampak cute, atau sepatutnya nampak macho??. Rambut lelaki pun payah maa..

Tapi aku try la buat juga. Sila la blogger Hans lihat.



Maaf, buruk. Aku dah cakap, aku tak pandai lukis doodle lelaki.

Dan Ini pula, buat Encik Sifu Im. Pendidik negara. Sifu ni katanya, suruh lukis yang kacak untuk dia. Nak yang kacak saja ya. Habis nak letak mana yang kurang kacak.. hek3

Ok cukup dulu. Ini last ok aku art trade ok. Maaf semua.

Dan terima kasih pada mana2 blogger yang sudi doodle art trade dengan aku. Blogger2 yang buka doodle art trade ni, memang terbaik la aku cakap. Korang betul2 menjadikan melukis satu perkara yang menyeronokkan. Aku betul2 salute. Aku suka. Cuma aku sahaja yang lemah, tak mampu untuk meneruskannya lagi.

akhir kata. salam ramadhan.. tinggal 16 hari lagi kan untuk raya.
sila jangan cuba2 ponteng puasa tanpa sebab munasabah ok.

Assalamualaikum.

Thursday, August 11, 2011

last trade

As salam..

Selepas doodle art trade dengan Cik Nanad. Agak terkejut la sebab ada yang suka dengan doodle feza. Seperti entri2 sebelum ni ada feza tulis. Feza tak pandai melukis sangat. Doodle tu feza lukis, feza rujuk anime punya. Cuma feza ubah la jadi doodle bertudung.

Apa pun, Alhamdulillah Cik Nanad suka. Bukan tak nak art trade, tapi feza tak yakin dengan tahap kualiti doodle feza. Kadang2 feza rasa doodle feza sangat buruk, tapi, kadang2 ada yang menjadi. Apa pun, setiap orang ada penilaian tersendiri.

Pada Entry sebelum ni, Bila baca komen, ada permintaan beberapa orang blogger yang nak doodle art trade dengan feza. tenkiu. Serius terharu.

bila masuk dunia...... doodle trade
Secara tak langsung, Dunia doodle jadi meriah..

Bagi blogger2 yang pernah nak doodle feza. Ini feza lukis beberapa doodle.

Disebabkan style doodle adalah berbeza-beza. Feza tak tahu nak nilai tahap "kecomelan" doodle yang blogger2 suka.

Supaya tak berlaku blogger ambil doodle yang sama dari blogger lain, Mana2 yang mintak doodle trade pada komen entri trade 1 tu, sila la pilih mana yang berkenan. Yang terawal pilih dan komen mana yang dia nak, dia dapat la. Doodle yang dah dipilih, tidak boleh dipilih lagi oleh blogger yang lain. itu bagi mengelakkan rasa tak puas hati or tak mahu kesamaan la.



doodle one

doodle two

doodle three

doodle four

doodle five

Feza tak tahu siapa yang nak doodle trade dengan feza. Mengikut komen yang dibaca.. yang minta Ayu shuhada, Noorul Amera Adnan, Missina, Merah itu jambu dan Yana. Komen yang lain, tidak menunjukkan NAK. (bagi bacaan saya la). Nama2 yang disebut, Sila la kalian melihat dan memilih.

Mungkin ini blogger2 terakhir feza doodle art trade.

Maaf, feza masih tak yakin akan doodle feza. Lagi pula.
Terima kasih di atas blogger yang sudi doodle art trade dengan feza.

Penutup entri ni. Kalau ada kata2 feza yang menyakitkan hati, tersalah dan tersilap. Feza minta maaf.

Sorry. Gomen-nasai..
mungkin, akan2 datang, feza mungkin buka kembali Doodle Art Trade.

Ok la selamat malam. Pilih dan drop komen seperti yang dinyatakan di atas.

Selamat malam

Tuesday, August 9, 2011

Trade 1

As salam.

Tadi, buka je blog ni, ada satu komen dari cik nanad. Komen nya semalam, tapi aku baca hari ni. Maaf terlewat. Aku dah mula bizi di siang hari, malam2 pula.. macam ni la. Buka sekejap.

Aku tak hebat nak berdoodle seperti blogger2 yang lain. Tapi boleh la kan sikit2 . Aku juga baru je main2 dgn doodle ini semua. Iaitu semenjak aku terperap dekat rumah ni. Cik Nanad ada sebut pasal doodle trade. Kiranya dia buat doodle untuk aku, dan aku buat untuk dia. Cik Nanad punya doodle lawa2 dan comel2. Beruntung la kalau dapat trade. Tak caya tengok la blog nya kat sini

So disini, aku buat doodle untuk kamu cik Nanad. Maaf kalau tak lawa. Feza belum pandai nak letak corak dekat baju doodle2 seperti doodle2 cik nanad dan doodle blogger2 lain. Feza ada buat dua. Dua2 feza bagi untuk Cik Nanad. As thank you


satu2.. feza sayang blog

dua2.. feza sayang bloggers
tiga2.. sayang sama2

maaf, baru je lepas tengok flat 301A.haha
k la. salam