Showing posts with label khas. Show all posts
Showing posts with label khas. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Kembali

Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas, aku dikejutkan berita kehilangan seorang kawan lama. Meninggal kerana penyakit yang dihadapinya sekian lama. LEUKIMIA.

Hari yang sama, tok guru mengaji aku juga pergi buat selamanya.

Al-fatihah.

Kematian itu wajib bagi semua yang hidup.
Bila, dimana, dan kenapa sebab kita pergi itu adalah kehendak-NYA.
semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang2 yang beriman.

Sunday, November 27, 2011

Akhir dan Awal

Assalamualaikum

Hari ini, 27 November 2011, Ahad..

Apa istimewanya hari ni??

Jangan tengok pada tarikh orang barat punya kalendar ok. Kita tengok tarikh kalendar islam..
hari ni jatuhnya Satu Muharam bersamaan 1433 H. Maka, kita tahu 1432 H telah berakhir.

So, kita macamana pula hijrah kita??
menung sekejap,
...thinking....

smile.
peace no war.salam

Sunday, November 13, 2011

S. P. M

Assalamualaikum..

Esok, adik lelaki aku akan menduduki SPM. SPM ya adik, bukan percubaan lagi tau. Jawab elok2 dan yakin. Jangan jawab main redah.

Cik kakak feza juga akan baca buku. Sebagai sokongan supaya encik adik nak study. Ya.. serius ni.
see..? haa.. tekun gitu.
tapi baca 'buku novel'.
ekekee..
Ok, baca buku ya adik. Gudluck exam esok. Buat yang terbaik.

Jangan macam si kakak ni, Lepas puas baca 'buku novel, Baca muka buku pula. Itu je yang dibuat setiap kali balik kerja.

Lepas tu baca 'buku BLOG" yang ini.
hebat kan.

ulat "buku" gitu.
dushh..

ok la. nak tamatkan entry ini disini.
Aku nak jadi 'ulat buku'..tapi bukan 'ulat muka buku' atau 'ulat perosak'. so, better aku zzz sebelum aku bertukar jadi 'ulat bulu'. eh..eh..

ulat nak masuk kepompong.. daa..
salam.

Saturday, November 5, 2011

Aidiladha 1432 H

Assalamualaikum..

Esok Raya Haji. 1432 Hijrah.

Hari Raya Aidiladha ataupun hari raya korban ni adalah perayaan utama bagi umat islam, tapi, nampaknya impak perayaan ini agak kurang meriah disambut berbanding hari raya puasa.

Haa.. buat korban tak??
Aku teringin nak tengok orang sembelih lembu. Tapi tak pernah dapat. Bila dah banyak makan tahun keinginan aku tu nak tengok tak dapat, jadi aku putuskan, takpela tak tengok pun. Aku takut kalau aku tengok, aku jadi kesian pulak dekat haiwan tu. Tak pasal2 aku tak makan daging lembu dah.

Macam dalam gambar ni la kot cara orang sembelih lembu.. MEMANG PUN.
Aku hanya pernah tengok sembelih ayam.. memang aku tak ada kesian.

sila jangan buat korban AYAM. Itu bukan binatang an'am. Tapi nak sembelih ayam buat ayam rendang untuk raya esok..boleh aja. cuma ianya tak dikira binatang untuk korban.

so esok, Aku ucap kan Salam Aidiladha buat semua umat islam.

Jangan lupa pergi solat raya ya esok.
peace..

salam..

Saturday, October 29, 2011

B.O.L.A

Assalamualaikum..

Hari ni 29 Oktober 2011. Semalam adik aku bertolak ke Shah Alam. Aku tanya la untuk apa? oh, rupanya nak tengok perlawanan bola sepak antara Terengganu dan Negeri Sembilan.

So, Aku sebagai rakyat Terengganu, of course la sokong pemain negeri aku sendiri. Tapi aku tak minat mana tengok bola. Aku minat tengok keputusan permainan je. hak2. Hari ni perlawanan akhir.

Apa pun kalah menang tu adat permainan..

semoga Terengganu dapat menang. hik2.

"Peteh ganu peteh"jeritan hati : Semua duk ingat pasal bola. Ada tak sekarang ni orang terfikir pasal jemaah haji yang pergi Mekah sana? mungkin sedang wukuf pada tarikh2 ni.
Semoga dapat Haji Mabrur.. ^_^

peace no war.

salam.

Wednesday, October 26, 2011

Deepa mari..

Assalam..

Hari ni Deepavali ya? Aku tak tahu, tetiba semua adik2 aku tak pergi sekolah.
aku ingatkan diorang mogok sepakat tak nak pergi sekolah.

Hari Deepavali pun aku kerja. Mana la aku tahu..
So, Hari ni doodle pakai sari..
Nampak pelik kan? haha..

K r.. yang dapat cuti, selamat bercuti.
peace

Wednesday, August 31, 2011

Makna Hari ini?

As salam

Sila tengok tarikh dengan tepat..

dah tengok??..

Tarikh 31 August bagi negara MALAYSIA adalah satu tarikh keramat apabila Tanah Melayu telah bebas daripada penjajah. Nak tahu kisah2 ni, rujuk la buku sejarah form 3. okeh.

Merdeka kita pada hari ini?? kita sendiri tahu bagaimana. Merdeka, Tahun baru, Hari kekasih, atau konsert2 merupakan waktu2 kemuncak benih2 ditanam. Maka, Wujudlah generasi2 baru yang hilang punca salasilah nya. Dicampak dibuang seperti tiada nilai harga.

Itu merdeka sekarang. Belum masuk lagi, hal2 rasuah, bunuh membunuh, politik dan sebagainya. Sendiri baca akhbar, sendiri tengok berita. Dan kita sendiri faham dan tahu situasinya.

Kebetulan, merdeka pada tahun ini bertembung dengan Hari Raya Puasa bagi umat islam. So, ramai la yang balik kampung. Maka, proses 'menanam' terpaksa ditunda. Adakah ramai yang "frust gila"?

So, pertembungan raya dan merdeka. Jadi la, Merdeka Raya. Aku disini, ingin ucapkan

Kita manusia adalah sebaik2 kejadian.
Hayati merdeka sebenarnya.
Bukan membayangkan 'kebebasan' yang akhirnya akan membawa kita jauh kebelakang semula.

iaitu zaman JAHILIAH..

tak faham? ok fine2. daa..


Tuesday, August 30, 2011

HaRi Raya

As salam

Selamat pagi, semua dah makan?? ok la,
Entri ni adalah sempena Hari Raya Aidilfitri 1432 H. Iaitu jatuh pada hari ini 30 Ogos 2011. So, Aku nak ucapkan



Maaf zahir dan batin

selamat beraya

Sunday, August 7, 2011

Happy Birthday

As salam

Tengok jam sikit. Dah hampir jam 12 am kan. Bila dah 12 am lebih, Pastinya dah masuk 8 Ogos iaitu 8 Ramadhan. Malangnya, aku ingat tarikh ini. Jadi tak boleh nak olok2 tipu yang aku tak tahu.

Sebelum fb aku penuh dengan ucapan.. Sebelum aku tidur pada pagi ini, sebelum aku lupa dengan tarikh special ini, Jadi entry ini khas aku karangkan menyatakan

dengan rasminya.. penampilan khas doodle aku sebagai cikgu, nak ucapkan untuk aku..


tapi, Maaf wahai doodle, kamu bukan lah orang pertama. Ada teman2 lain yang lebih awal mengucapkannya.

Mana2 yang buat ucapan.. terima kasih banyak2.
Doakan diri ini menjadi lebih baik dari semalam dan hari seterusnya.

Buat adik ku.. Haa.. TRIAL SPM, jangan buat main2 tau. buat elok2. cik kakak ucapkan semoga berjaya.

Huk2. Aku masih waras. . Itu main2 sahaja ya. Anggap je la aku sedang berimaginasi. Bukan berhalusinasi ok. haha..

k la. zass

Sunday, July 31, 2011

Puasa

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

Bagi umat islam khasnya, kita sedia maklum, esok jatuhnya 1 Ramadhan. Seperti dalam Al-Quran juga menyatakan..

So, feza lukis satu doodle bertudung kali ini bagi menyatakan..

Jangan lupa bangun sahur ya..
Semoga ramadhan kali ini lebih baik drp ramadhan sebelumnya...