Thursday, September 11, 2014

Hilang

Salam..

hilang apa?
Hilang la..

hilang.
ada sesuatu yg hilang. oh..
saya cuba cari.
saya dpat cari. yup, mmg jumpa. yahoo
.
saya terima, seperti biasa.
namun ada bisik di kepala
saya tutupnya dengan berlagak bersahaja,
tanpa sedar, suis auto ditekan. click!
badan bertindak secara spontan.
riak wajah mula ketara,
mendengar tanpa bicara,
melihat tanpa rasa.
menoleh seperti dipaksa.
.
kali ini,
saya sengaja hilangkannya.
kerana..
saya kecewa dan begitu terasa
ya..
kali pertama tinta bergenang.
saat berborak menghentam.
dan saya cuba melupa
tusukan kata keangkuhan.
.
namun,
tika berada di gua,
Datang sebak bersama hiba.
ok. saya mengaku kalah.
saya hanya senyum
.
tapi.. senyum saya agak kelat.
saya tak tahu kenapa.
banyak mkn coklat? pahitnya masih tersisa
mana pergi manis?
ditiup angin.
Laa.. awat ang tak telan manis tu?
Ahh.. benci
biarlah hilang.

~entry kejiwaan yg bahang rambang
bai

Monday, June 23, 2014

kekasih hati baru

Assalamualaikum..

Semalam selamat sampai my newborn.
Barang liabiliti..
tapi semakin menjadi keperluan pada zmn skrg. Memudahkan urusan kerja, dan urusan lain-lain.

Selamat berkhidmat. Semoga kita berdua boleh jadi teman yang saling menyenangkan.
ohh.. maaf, kasih sayang ini bukan untukmu sorg. Aku masih menyayangi kekasih lama yg masih teguh berkhidmat.. motosikal. Yang ini kekasih no 2.

" wahai tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadamu kebaikan kenderaan ini dan kebaikan sifatnya.dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan kenderaan ini dan kejahatan sifatnya

 jom pergi kerja..

Sunday, April 27, 2014

Awan yang terindah

Assalamualaikum..

Entry hari ini sekadar coretan pagi tentang penjelajahan mimpi.

Selamat beristirehat bagi yang bercuti hari ini.
27.04.2014
Hari ahad, adalah hari cuti disini. Aku bermalas-malasan la memandangkan cuti. Huk3.
Sebenarnya.. ada sesuatu yang bermain difikiran aku. Aku bermimpi agak aneh semalam.

Mimpinya singkat, tak ada kaitan dengan mana-mana individu dan aku boleh tahu jalan cerita nya dengan baik. Aku rasa berdebar-debar juga bila bangkit dari tidur selepas mimpi tersebt.

Pernah kah kalian bermimpi awan yang berbentuk kalimah Allah dan Muhammad?
Aku tiba2 bermimpi tentang itu.
Seolah-olah langit itu menjadi satu canvas yang luas. Awan itu bergerak membentuk Allah dan Muhammad dalam tulisan jawi. Kemudian awan itu bergerak dan hilang dan muncul disatu sudut lain dengan kalimah yang sama. Sangat jelas bentuknya dan seterusnya bentuk itu diulang-ulang sampai aku terjaga.

Aku tahu mimpi itu mainan tidur.
Cuma inilah kali pertama aku bermimpi yang sedemikian.
Aku tak tahu maksudnya petanda baik ke, buruk atau hanya mimpi kosong yang tiada makna.
Apa pun,
Sampai sekarang aku masih boleh terbayang, itulah awan yang terindah aku pernah lihat.
Allahuakbar..
Allahuakbar..
Allahuakbar..

Friday, April 25, 2014

carian

Assalamualaikum...

Fuh!!!
Tiup2 habuk..

Lama betul tak post entry.
Patut ke aku bagi alasan sibuk?? Err.. semua orang pun sibuk kan. Haha

Hari ni, aku agak terkejut, ada seorang anak remaja tahu kewujudan blog aku yang buruk ni hasil carian gambar untuk kerja seni nya. Adakah abang goggle mempromote blog aku?? Muhehehee..

Memandangkan agak lama tak ada sebarang entry ditulis, Aku mungkin akan menge"post" gambar-gambar lukisan anak2 remaja sekolah yg telah mereka hasilkan dalam memastikan blog aku tidak dibiar kosong dalam waktu yang lama. Aku telah meminta izin dan mereka membenarkannya.

bila??
Ohh.. itu kena tunggu..

Monday, January 27, 2014

aku berubah ?

Assalamualaikum..

Jam aku sekarang menunjukkan pukul 2.30 pagi. Hari ini dah hari isnin yang mana pagi selepas subuh orang bersiap nak pergi kerja.

Dan sekarang aku dengan wajah ceria penuh khusyuk menaip entri ini.
Nampak tak masalah sekarang ni?.

Ini la yang telah berlaku setiap minggu selepas masuk tahun baru. Biasanya akan berlaku dua or tiga kali seminggu.
Sbnrnya...
AKU TAK DAPAT TIDUR!!!.

Aku sedia maklum akan perubahan suhu yang berlaku. Aku juga sedia maklum akan masalah sayur kangkung. Aku tak kata aku tak ambil peduli. Sekarang yang aku peduli, kenapa aku dh payah sangat nk tidur dengan lena sekarang.

Apa yang sedang berlaku pada diri aku ni??. Aku juga turut berubah seperti cuaca kah?
Sebelum ini, aku sangat2 jarang alami masalah tidak dapat tidur kalau aku mahu tidur.
Diulang.. jika aku sendiri mahu tidur. Kawan2, keluarga , semua tahu aku jenis cepat lena dalam tempoh yang singkat. Tapi sekarang??? Apa yang berlaku pada aku. Huwaaaa...

Puas aku pejam, puas bergolek, cuba kosongkan fikiran. Tapi aku masih sedar.
Sampai suatu tahap, aku ambil ubat batuk, ubat selsema untuk aku TIDUR. Iya la, sebelum ni aku mana ada ambil ubat tidur. Aku belasah je ubat yang boleh mybbkn aku mengantuk.

Aku jd stress bila time malam. Aku jd lesu time kerja, aku rasa badan aku ni bukan badan aku yg dulu lagi. Aku betul2 tak larat dengan semua ini. Ohhhhhh

INSOMNIA??? Aku kah yg alami itu sekarang?aku selalu gelak bila orang ada masalah tidur. Bagi aku, tidur adalah sesuatu yg mudah. Itu dulu ok.

Maaf, entri pjg. Sungguh aku stress lo ni.

"Perkara paling teruk dalam hidup ini adalah cuba untuk melelapkan mata namun gagal untuk memperoleh tidur yang diingini "
                                                          F.Scott Fitzgerald- penulis novel

Monday, December 16, 2013

rasa sayang

Salam

Tak semua orang pandai dalam menunjukkan rasa sayang.

Rasa sayang,
tak semua berani meluah sayang dengan kata2.
mungkin juga dengan  perbuatan.
kadang2 orang tak faham.
apakah ini sayang??

Bengis ayah..
Tegas mak..
Garang cikgu..
Singanya Boss..

Aku pun.
tak pandai nak tunjuk sayang.
err..
tapi aku tak garang..
Aku cuma tak reti. malu.kekok. tak pandai nak tunjuk secara nyata .apatah lagi nak sebut
yang aku sebenarnya sayang.
*Dalam blog aku jadi berani la pulak.

terutama pada mak ayah aku lah. 
adik beradik aku
kawan2 aku.
dan orang yang aku kenal

oh. juga pada pembaca blog aku. hee

Wednesday, November 20, 2013

punya lah senang

Salam

Setelah hampir setahun aku tak menimbang berat sendiri.
Tetiba kaki ini melangkah pada penimbang berat.

Aku akui, badan aku dah semakin berisi. Semua rakan2 ofis menegur, apatah lagi ahli keluarga ku. Ya, Semestinya aku sendiri tahu sebab kebanyakkan baju kurungku sudah mula rasa sendat.

Glup..
Bukan aku tak pecaya berat aku naik, cuma aku risau berapa angka yang naik.

dan..

NOOOOooo...tidakkkkk..tidakkk tidakkk.
Katakan ini hanya mimpi
Cubit2 pipi.. mata terbeliak.
Ok ini bukan mimpi.

Berat naik 10kg.
Nak turun bukan main susah, nak naik punya la senang.
 
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Aku kini bertukar saiz baju.
sekian