Tuesday, February 25, 2020

Pergolakan 2020

Assalamualaikum..

Bila aku terbuka link kat blog aku sendiri semasa mengoogle. Baru aku mula mengingati kembali blog lama ini. Berkulat.. ekeke..

Bila baca entry2 lama, rasa nak tergelak sorang. Apalah begitu naif dan bongek aku tika aku menaip dengan penuh kejujuran waktu dulu2. Malu.. tapi aku tak delete. kenangan kot.

Dah tahun 2020 sudah. Fuh.. Alhamdullilah masih diberikan nyawa oleh DIA yang DI ATAS. Syukur.. aku hidup juga tidak terlalu susah tidak juga terlalu senang. Semoga rezeki ini berterusan sehingga akhir hayat.

Pergolakan 2020. Bermula Januari, Kita dikejutkan dengan wabak korona virus yang bermula di Wuhan China. Kita menjangkakan melihat kereta terbang, Malangnya, yang terbang hanyalah duit sahaja sejak dulu. Kita dikejutkan dengan berita kematian mengejut selebriti Abam dan Ashraf Sinclair.  Sesungguhnya kematian memang tidak mengira usia. Sedikit sebanyak menyedarkan kita kembali yang leka dengan dunia. Semoga pengakhiran hidup aku berakhir dengan husnul khotimah seperti yang diinginkan oleh setiap manusia. Kerana mereka selebriti kita melihat kematian2 yang begitu dekat jarak. Sedangkan saudara2 dan rakyat marhean ramai yang telah pergi lebih awal cuma kita mengabaikan.

Hari ini negara sedang dalam pergolakan politik. Perletakan jawatan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir membuatkan rakyat tertanya tanya siapakan bakal PM seterusnya. Aku sebagai rakyat marhean, hanya membaca berita dan tetap kena kerja meneruskan sisa2 perjuangan untuk hidup di dunia sementara ini selagi diberikan nyawa dan kudrat.

Mengharapkan, Aku sendiri cekal dan kuat.
Menjadi orang dewasa tidak mudah.
semoga aura positif sentiasa di sekeliling aku.
Semoga aku dapat jadi orang2 yang baik.


No comments: