Thursday, December 16, 2010

lagi DS04

sebelum ni aku dah letak work2 aku. tappi aku semak2. rupanya ada lagi aku lupa nak masuk. sebelum ni ada beberapa work yang lebih kurang mcm ni la. nak tgk work yang itu tekan SINI. seterusnya kat bawah ni.. sambungannya lar.

last sekali..time degree show volume 4..


ni antara teaser video yang dibuat oleh ajk2 tertinggi viscom bersama bantuan para lecturer sebelum majlis .

dan lastly.. aku nak ucapkan.. TERIMA KASIH SEMUA
lau nak tgk lebih detail. link kat website ni

http://ftmk.upsi.edu.my/~ds04/


video


video

advert

hait.kembali lagi.ku nak tunjukkan artwork ku dalam subjek advertising semester terakhir ku di u. koiyak jugak poket tapi xpela.berkorban demi kerja org kata. degree show volum 4 telah ku tempuhi dah alhamdulillah berjalan dgn baik.ni la antara work nya. layanz











Monday, June 28, 2010

work printing teknologi

aii..sebelum terlupa.ini dia art work ku masa subjek printing tecnology di bawah pensyarah en hafiz pada ketika itu. Belajar tentang printing bukannya mudah.nak kena tahu era printing bermula dan perkembangan teknologi printing. Mcm2 nama printing wujud.dan aku kena buat research pasal Flexographic Printing. dan pada masa itu bermula la kerja mengkaji warna dalam printing. ni adalah salah satu work kajian warna printing



dan kemudian..projek seterusnya kena buat satu filem yang mana kerjanya perlu membuat poster dan paper bag bagi filem berkenaan. hehe..dan hasilnya seperti di bawah.


inilah posternya
inilah paper bag nya.

kreativiti tak pernah habis

hurm..pasal kreativiti lagi..ok ni ada video dan sedikit gambar yang maybe leh kita kata mmg kreatif..seni tu satu imaginasi yang apabila kita luahkan..mmg mengkagumkan..cayalah.









video


Tuesday, March 30, 2010

tugas 1 kreativiti - masalah aku dan penyelesaiannya

Masalah

Pernah tak dengar pepatah ni “Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah”. Macamana dapat kita pastikan kata-kata ini benar dan tidak hanya pada kata-kata. Baiklah, Bercerita tentang masalah yang aku rasa agak sukar untuk aku handle ialah masalah yang melibatkan masalah menjaga perasaan orang lain. Walaupun ianya mungkin dilihat masalah kecil tapi tidak pada aku.

Berada di Universiti bertaraf pendidikan memang menjadi satu sanjungan dan penghormatan bagiku. Namun, kita hanya manusia biasa. Dalam menempoh 4 tahun waktu belajar menjadi seorang pendidik pada masa depan, pelbagai jenis orang kita hadapi. Sebelum tu , perlulah tahu aku ni jenis orang yang macamna kan. Aku orang yang tak suka tengok kawan-kawan bergaduh. Sebab nya , aku tak ramai kawan, sebabnya aku ni memang low profile sikit. Jadi bila aku ada kawan yang baik aku akan berusaha untuk menghargainya. Selain itu, aku tak suka jenis kawan yang suka menjatuhkan orang lain. Walaupun aku tahu aku bukan lah baik sangat, dan ada banyak kelemahan, tapi pasal suka menjatuhkan orang ni la aku paling benci.

Pepatah “Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain” sentiasa aku ingat, Namun tak semua orang faham maksud menghormati yang sebenarnya. Seorang kawan yang baik tak seharusnya membongkar sifat buruk kawannya ini pada orang lain yang kita sendiri kenal walhal diri nya juga punya sifat buruk yang nyata.

Penyelesaian

Menghadapi masalah kawan yang suka menjatuhkan orang lain bagi aku sangat sukar untuk berhadapan dengan orang seperti ini. Lebih-lebih lagi dia mempunyai kelebihan yang sememangnya aku sukar tandingi. Kebolehan komunikasinya hebat, keyakinannya, dan personalitinya juga boleh menyebabkan orang fikir aku ini yang sebenarnya yang ingin mencari musuh. Kerana kelebihan yang dia ada menyebabkan aku rasa aku tidak mampu untuk melawan semula. Dia hebat dalam berkata-kata dan mencari pengaruh. Itu aku akui.. bagaimana kuat aku mengatakan “tidak” orang sudah tak pecaya pada kata-kata aku. Namun satu perkara buat aku setiap hari ingin bangkit bersemangat setiap hari ialah motivasi.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa. Oleh itu, aku ingin menjadi orang yang luar biasa itu dan kembali bermujahadah. Sebenarnya aku tahu, apabila kita menunding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya tiga jari anda telah menunding kepada diri sendiri. Namun begitu, aku bukanlah juga manusia yang betul semua pelakuan. Hadiah yang paling berharga untuk kawan ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan. Nak belajar buat cara nak belajar kerana insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai. Masalah ini akhirnya bukan lagi masalah yang sukar malah menjadi penaik semangat ku untuk terus tabah mengharungi hidup.

Sunday, March 28, 2010

Apa itu Kreativiti?

Kreativiti ialah menghasilkan sesuatu yang baru. kamus Dewan (1993) memberikan maksud kreativit sebagai kemampuan ( kebolehan ) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowenfeld (1975), kreativiti adalah naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.

Bagi June King Mcfee pula, beliau berpendapat kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru, bagi mengemas kini perlambangan yang sedia ada. Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap suatu kreativiti. Guilford melihat pemikiran kreatif sebagai pemikiran yang fleksibel, lepas daripada belenggu pemikiran lama dan berusaha mencari arah pemikiran dan hala tuju yang baru. mengharapkan dan menjangkakan kepada sesuatu yang unik dan asli. Jones (1972) pula berpendapat semua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif ; dan dengan adanya persekitaran dan teknik-teknik yang sesuai, maka potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur. ( Mazlan Mohamad, 1994)

Individu yang mempunyai kebolehan 'kreatif' biasanya mempunyai perasaan istimewa dan ekslusif kerana individu ini dianggap mempunyai kuliti sejati yang jarang dijumpai. Kualiti yang istimewa inilah yang membezakan individu itu daripada kumpulan majoriti yang kurang kreatif. Seseorang yang kreatif lazimnya tidak memaparkan secara langsung tentang apa yang dilihat ataupun dialaminy, ia mungkin menggunakan metafora dan analogi memproses pengalaman tampaknya bagi dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru. Seseorang yang kreatif harus mencari dan meningkatkan kesedaran, mengenal pasti sesuatu, memginterpretasi, dan melihat kemungkinan-kemungkinan melalui daya pandang -timbang.

Pemikiran yang seimbang diperlukan iaitu pengunaan otak kiri (perkataan) dan otak kanan (imej) pada masa serentak ataupun ia boleh berubah-ubah dari kiri ke kanan ataupun dari kanan ke kiri.

contoh individu kreatif :


video