Tuesday, November 12, 2019

Pergi

Assalamualaikum

Jarang lah aku tunjukkan emosi aku depan orang. Orang selalu kata aku ni hati kering.
Tapi semalam tumpah juak air mata.

Seorang kawan yang akrab bakal berpindah. Mendengar perkhabaran itu, aku terkelu dan terkaku seketika. Gembira bagi pihak nya namun sedih kerana kawan yang sudah 8 tahun bersamaku kini bakal tinggalkan aku sorang2 tercangok melihat.

Apa pun, tahniah kawan.
Semoga kau terus kekal hebat dan positif dalam meneruskan perkhidmatan. Doakan yang baik2 untuk aku juga.

Tuesday, November 5, 2019

Hari2 yang berlalu

Assalamualaikum..

Rasanya tiada lagi kisah doodle atau kartun dari aku. Dah pencen dah nak menyentuh segala mak nenek yang melibatkan laptop, paint, phothosop, ai ke apa2 aje lah. Komitmen kerja dan  ketiadaan internet buatkan aku melupakan hobi ku pada suatu ketika dulu. Internet yang kejap ada kejap tak ada ni buatkan aku menjadikan internet sebagai penghubung segera sahaja seperti whatsapps. Tiada capaian ke web2, blog2, atau media sosial yang lain seperti fb, atau instagram. Capaian internet yang lemah membuatkan aku hilang minat nak meneroka, melihat dan membaca secara talian.

Mungkinkah kerana usia atau kerana aku memang lah sebegini orangnya.

Kerja siang malam. Keperluan hidup menggesa aku untuk tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Menjadi pekerja pendiam dan komited. Itulah  setiap hari2 yang aku lalui.
well.. asalkan  di penghujungnya aku bahagia melihat keluarga ku duduk makan semeja sambil senyum dan ketawa. Lagi2 wajah kedua orang tua ku. Bahagia melihat mereka tersenyum dan tertawa.
.
Semoga hari2 kita terus dilimpahi rezeki dan kebahagiaan. Semoga kita selalu jadi orang baik2. InshaALLAh amin.

lapaq perut ceq. Nak kena cari nasik. kekeke. bai

Monday, November 4, 2019

Desakan hidup

Assalamualaikum..

Hari ini baru 4 November. Permulaan November yang agak 'sakit' dari segi ekonomi.
Ekonomi bagi diri aku sakit sebab kerana komitmen sekiling yang menyebabkan aku turut terkesan secara langsung. 

Keluarga aku sangat2 diduga dengan desakan kewangan dek kerana banyak faktor. Apa yang aku lihat, apabila jumlah ahli keluarga ramai tetapi lebih selesa dengan tidak bekerja walaupun sudah mencapai umur 20 itu agak merungsingkan. Ini setelah dikira tidak mahu sambung belajar di mana2. Jika sambung belajar, kiraan aku, mungkin kewangan sama seperti sekarang. tetapi dengan hasil yang lebih baik. sekurangnya dapat sijil, diploma atau ijazah. 

Bagi yang dah berkahwin, kisah kewangan memang berkisar tentang pendidikan anak, kesihatan anak, keperluan anak ( pakaian, makanan, hiburan ) dan ditambah dengan kos minyak, tol dan yuran2 pentadbiran lain yang agak besar jumlah nya.

Gaji aku bagi bulan Oktober untuk dipakai di bulan November telah mencapai negatif. Walau bukan aku yang terdesak tetapi kerana memikirkan banyak jasa keluargaku kepadaku. Serta bagaimana kami adik beradik saling membantu sejak dulu, Rasanya dah giliran aku untuk membantu pula.

Menghabiskan pengajian bukan sekadar  masa dan tenaga yg dikeluarkan tetapi semestinya duit. Selama pengajian keluarga lah yang banyak menghulurkan bantuan dari segi kewangan mahupun kudrat sehingga aku mampu ke tahap sekarang.

Aku mengharapkan aku dan ahli keluargaku dilimpahi rezeki harapnya. Amin