Showing posts with label kisah anime. Show all posts
Showing posts with label kisah anime. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Masuk Kandang Kambing..??

Assalamualaikum wbt

Berada ditempat orang ni kan, memerlukan banyak kesabaran dalam menyesesuaikan diri. Kalau masuk kandang kambing kena lah mengembek, masuk kandang harimau belajarlah mengaum. Itu kata2 pepatah la. Aku harap aku tidak ada masalah lah kat tempat baru ni.

Mengenangkan kembali perjalanan ku, aku temui kawan2 baru, mengenali tempat baru dan mendapat pengalaman baru. Tempat baru aku ni, berdekatan dengan pantai..
yuuu.. seronok. Angin sepoi2 yang menyamankan. 

Aku buat apa ke sini?? oh, aku lupa nak bagitahu. Aku dah dapat kerja tetap. So, lama lah aku menetap disini. Apa pun, hargai setiap pengalaman yang berharga dalam hidup kita. 
peace no war.

Tuesday, October 25, 2011

Apa nak jadi..

Assalam..

Tiap kali baca akhbar, mesti ada isu2 manusia yang dah semakin tak jadi manusia. Ada faham? tak faham buat2 faham.

Filem 3GP yang iklan tv asyik promot tu mungkin ramai yang dah tengok. Yang pasti ianya pasal teknologi yang disalah guna. Itu satu isu, isu lain ialah yang mana nyawa manusia sekarang dah jadi 'murah'.

Dalam setahun, kita baca, kita dengar kes bunuh, buang bayi, simbah asid, rompak, buli, perang dan lain2. Manusia sendiri tak menghormati manusia lain. Hari ni, belek2 akhbar, kes kawan seksa kawan kerana cemburu kawan lebih kaya, bukan setakat dibelasah, dipaksa minum arak, dibogelkan dan dirakam. Lihat, bertapa kreatif dan canggih nya otak2 manusia dalam menzalimi. Gabungan jenayah dan teknologi. Apatah lagi masuk bab2 penipuan duit, Along, kaki cukur, rasuah, cemburu, Kahwin cerai dan lain2. perghhh.. tersentak.

Macam2 perkara dah diluar jangkaan kita sekarang. Semoga kita dijauhi dari segala sifat keji dan menghormati diri sendiri serta orang lain.

Aku ada juga henfon berkamera video dan aplikasi itu ini, Agak2 la wei.. jangan la jenayah tu nak seiring dengan teknologi.

Tagline kamera panasonic, "setiap keindahan diabadikan dihujung jari" . Sila la faham maksud 'keindahan' tu. Ya, keindahan tu subjektif. Ada pendapat masing2. so fikir2 kan lah.


Ok cepat senyum...
click!

salam..

Wednesday, September 28, 2011

Kisah Hari ini

As salam

Agak lama rasanya tak update blog ni. Mungkinkah blog ni akan dilupakan??

Aku sebenarnya tak ada internet. Sekatan untuk aku menggunakan internet bermula dari awal bulan ni. Itu sebab la aku langsung tak berpeluang mengupdate blog.

So, bila tak ada internet, aku lebih kepada menonton drama2 korea. hek2. Aku addict dengan drama2 korea ni. Terbaru, aku tengok cerita He's beautiful dan Heartstring.

Korang dah pernah tengok ke drama tu??? best tau.

lagi2 cerita he's beautiful.. ohh..aku dah jatuh hati dengan kumpulan A.N.JELL.




Aku tak tahu la trend ke apa ke, tapi kalau aku tengok satu2 cerita korea ni, aku mesti suka pada lagu yang sentiasa dimainkan kat dalam cerita tu. So, automatik nya, aku pun addict dengan lagu korea.. belum masuk lagi lagu yang k-pop punya. Lakonan watak Jeremy dari kumpulan ft island.. suka2.

lakonan park shin hye dalam dua2 cerita yang aku sebut kat atas, memang mempersembahkan nyanyian hebat beliau. Apatah lagi lagu dari main character dari hero nya pulak. Semua lagu yang dinyanyikan semua aku suka.. sarange.

Yang tak minat drama korea, err.. komanwa (maaf). Sila jangan meluat.. sorry2

k la. kalau duk kat cyber cafe ni lama2, mahunya melambung aku kena bayar. k la.
aku nak layan lagu.. A.N.JELL. :p


salam

Sunday, August 21, 2011

Mungkin Esok

As salam

Dugaan dalam bulan puasa. Lepas hilang dari sakit kepala, sakit beralih ke sakit perut. Nak kata salah makan, Aku sorang je yang sakit perut. Nak kata aku cirit birit tak juga. Tak ada pun aku ulang alik pergi toilet. Cuma rasa sakit perut yang menusuk2. Tapi tak mengapa. Sakit ni penghapus dosa2 kecil.

muka pucat tu.hee.. yes..memang, Aku rasa dah tak ada tenaga ni.

Mungkin kah esok, sakit ini akan hilang? Hurmm.. Aku sangat mengharapkan.

Kerana esok, Aku akan mula bekerja. Cari duit sikit, yelah nak bagi duit raya untuk adik2 dan anak2 buah yang masih kecik2 tu. Tahun lepas, aku bagi duit raya dari Biasiswa KPM. Tahun ni takkan aku tak bagi kot. kesian la..

Tapi, kalau ada sape2 nak sponsor duit raya kat aku. Aku dengan senang hati menerimanya. Keh2.

salam..