Tuesday, October 25, 2011

Apa nak jadi..

Assalam..

Tiap kali baca akhbar, mesti ada isu2 manusia yang dah semakin tak jadi manusia. Ada faham? tak faham buat2 faham.

Filem 3GP yang iklan tv asyik promot tu mungkin ramai yang dah tengok. Yang pasti ianya pasal teknologi yang disalah guna. Itu satu isu, isu lain ialah yang mana nyawa manusia sekarang dah jadi 'murah'.

Dalam setahun, kita baca, kita dengar kes bunuh, buang bayi, simbah asid, rompak, buli, perang dan lain2. Manusia sendiri tak menghormati manusia lain. Hari ni, belek2 akhbar, kes kawan seksa kawan kerana cemburu kawan lebih kaya, bukan setakat dibelasah, dipaksa minum arak, dibogelkan dan dirakam. Lihat, bertapa kreatif dan canggih nya otak2 manusia dalam menzalimi. Gabungan jenayah dan teknologi. Apatah lagi masuk bab2 penipuan duit, Along, kaki cukur, rasuah, cemburu, Kahwin cerai dan lain2. perghhh.. tersentak.

Macam2 perkara dah diluar jangkaan kita sekarang. Semoga kita dijauhi dari segala sifat keji dan menghormati diri sendiri serta orang lain.

Aku ada juga henfon berkamera video dan aplikasi itu ini, Agak2 la wei.. jangan la jenayah tu nak seiring dengan teknologi.

Tagline kamera panasonic, "setiap keindahan diabadikan dihujung jari" . Sila la faham maksud 'keindahan' tu. Ya, keindahan tu subjektif. Ada pendapat masing2. so fikir2 kan lah.


Ok cepat senyum...
click!

salam..

7 comments:

budakampung said...

manusia~
nak DSLR! :D

oreocheesecakes said...

entah mcm2 kan sekang...

Brilliant Marjan said...

tulah..lelaki pun dah mcm2 nikan perempuan..tentang filem 3GP tu pun sy dapat melalui email semigu lepas tak silap..tak tahu nak ckp apa dh..menakutkan!

~by the way,feza memang kreatif..nak pinjam tangan u boleh?hahahaha..sy dh tak sempat nak melukis..so bila tgk lukisan org, sy seronok!siyes ikhlas ni..lukis byk2 ye..

merahitujambu said...

tangkap gambar sy cpt...=p

laskar pelangi said...

dunia sekarang..memang kadang2 tak masuk akal..benda pelik2 jer berlaku kan..dunia akhir zaman ..hu3
comel la doodle tu:)
siap pgg dslr lagi...lukis sendiri eh?

cinnamon.com said...

setuju dgn laskar pelangi,cute la doodle tu..

ILA HonEyBuNNy said...

bila dunia terlebih maju kan..manusia pun banyak la ragamnya....hurm..