Wednesday, October 19, 2011

otokajo ( what should i do )

As salam

Tadi petang dapat satu panggilan.. sekitar jam 5.30 pm.

Daripada bos (shell) tempat aku kerja sebelum ni. (kan aku dah resign)

Bila aku tanya ada apa hal, katanya, dia suruh aku masuk kerja balik. Esok jumpa dia, bincang2 sikit, dan lusa masuk kerja semula.

Aku memang sekarang dah sihat. yelah, dah seminggu lebih aku rehat kat rumah, telan segala ubat2.

tapi, aku pun tak sampai hati nak hampakan boss. Beliau sangat baik.

apa patut aku buat?
ini la kali pertama aku jumpa boss yang pelik. Perkerja yang berhenti suruh kerja balik. Sayang nak lepas kan perkerja yang rajin katanya.. keh2 . Aku la tu..haha.. ok2 tak mo sombong2 ya.
adik aku cakap, semua tu main psiko je belaka, manis mulut nak suruh aku ni kerja semula. Aku tak tahulah.

hurm..
tengokla macamana..

Up sikit gaji boleh?? hek2

16 comments:

NFM said...

istikharah. minta dengan Dia. :) moga mudah urusan ya.

Cik Bayan said...

pandainyaa lukis katun tuh..buat tutorial bulih x?? nak belajar..neway,keje je laa smtara dpt keje lain..skang neh susah tau nk dpat keje..

feza said...

NFM : terima kasih NFM..

cik bayan : feza tiru kartun anime je cik bayan. tutorial? tgk la mcmna.. terima kasih ats sgla pujian.
itula, tgh fikir2 juga. Skrg mmg susah dpt kerja.

||aLeaSaRa|| said...

yelah sis...setuju dgn diorg.hurm tapi kan cuba fikir kembali...hanya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk sis.kalau rasa hepi keja kat situ,cubalah up skt gaji hehehehe


owh sis bagilah satu kartun utk kite yg supermak ni hahahha....suka tgk kartun sis tau!!!

merahitujambu said...

pilih jln terbaik yaaa...=)

feza said...

aleasara : haha.. gaji up tu yang penting.haha..thanks supermak.

merah itu jambu : yup.semestinya. thanks

farhana said...

Istikharah.. bila bunt hanya DIA yg dpt bg petunjuk :)
Haaa....sebab ur ex boss suruh masuk balik, boleh la nego bagi up gaji hehe

Gen2Merah said...

Feza berhenti di Shell sebelum ni bukan sebab boss kan.. sebab masalah kesihatan kan.

Kalau macam tu mesti ada sebab boss feza yang baik hati tu panggil semula.. kalau dia prihatin, dia akan tempatkan feza ke dalam ofis kerja yang lebih selesa.. ehehe. Request laa..

apa pun baik istikharah dulu ...

feza said...

farhana : thanks.. hanya Allah la tempat kita berserah. Alhamdulillah, hari ni dah strt kerja balik.

Gen2Merah : yup, berhenti sebab kesihatan. seperti itu lah yang berlaku. feza dah diletakkan kat dalam kedai. jaga bahagian barang2. tak jaga pam, or tak jadi cashier, kira tak pegang duit. jad dah tak bimbang duit short.alhamdulillah. gembira.. hee..

terima kasih kerana sudi berkongsi pdpt.

ILA HonEyBuNNy said...

baiknya boss tu...

buat keputusan masak2 tau...all the best...semoga Allah beri petunjuk..;)

cinnamon.com said...

bos suruh kerja balik,minta la tambah gaji..hehe

Brilliant Marjan said...

salam feza...

fikir masak2.mcm sy dulu pun bos memang panggil sy utk kerja balik sebab rekod kerja bersih.

tapi dulu hanya cari pengalaman dan dekat..sekarang ni je kerja lain sikit dari dulu lagipun bagi sy, sy dah rasa kerja di stesyen minyak.cukuplah.

now, masa sudah berlalu dan umur pun tak sama mcm dulu..alhamdulillah kerja lain walaupun tak sesuai dgn kelulusan..just buat apa yg ada didepan mata & halal

Jintan Lady said...

Kalau saya jadi Feza...

saya akan ketepikan hurt-hurt feeling ni. Fokuskan pada diri. Kalau dah lunyai badan tu sampai jadi macam tu lebih baik berhenti saja. Lagipun kita ni orang perempuan. Kena jaga kesihatan. Pancaran signal di stesen minyak kalau kena selalu boleh kena barah. Bahaya!

Biasalah, bos tu. Dia pun malas nak cari pekerja baru. Lepas tu nak training lagi. Orang baru ni biasanya kerja slow, takut customer bising.

Itu pendapat saya. Tapi keputusan pada Feza jugak....

feza said...

Ila honey bunny : tq ila

cinnamon : dah minta. tapi bos buat senyap pulak.haha

Briliant Marjan : thanks Marjan, feza pun kerja sementara je ni. dan insyaALLAH kalau ada rezeki, tahun depan dapat kerja lain yang lebih baik dan sesuai dengan kelulusan.Apa pun buat masa sekarang, kerja cari duit. seperti kata Marjan, feza cari rezeki yang halal.

Jintan Lady : Ada juga customer cakap macam tu pada feza. Katanya banyak bau gas boleh menyebabkan barah. begitu juga pancaran signal. Yes, memang feza bimbang.
Apa pun, feza dah terima semula kerja, dan bos pun dah tugaskan feza kerja dalam kedai. Lebih OK berbanding dulu. Terima kasih Jintan Lady ats pndpt.

si macho said...

keje je la :p comel doodle ;)

btw .thanks ye visit n komen blog kte :)

ILA HonEyBuNNy said...

salam jumaat dear...;-)