Sunday, March 28, 2010

Apa itu Kreativiti?

Kreativiti ialah menghasilkan sesuatu yang baru. kamus Dewan (1993) memberikan maksud kreativit sebagai kemampuan ( kebolehan ) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowenfeld (1975), kreativiti adalah naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.

Bagi June King Mcfee pula, beliau berpendapat kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru, bagi mengemas kini perlambangan yang sedia ada. Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap suatu kreativiti. Guilford melihat pemikiran kreatif sebagai pemikiran yang fleksibel, lepas daripada belenggu pemikiran lama dan berusaha mencari arah pemikiran dan hala tuju yang baru. mengharapkan dan menjangkakan kepada sesuatu yang unik dan asli. Jones (1972) pula berpendapat semua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif ; dan dengan adanya persekitaran dan teknik-teknik yang sesuai, maka potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur. ( Mazlan Mohamad, 1994)

Individu yang mempunyai kebolehan 'kreatif' biasanya mempunyai perasaan istimewa dan ekslusif kerana individu ini dianggap mempunyai kuliti sejati yang jarang dijumpai. Kualiti yang istimewa inilah yang membezakan individu itu daripada kumpulan majoriti yang kurang kreatif. Seseorang yang kreatif lazimnya tidak memaparkan secara langsung tentang apa yang dilihat ataupun dialaminy, ia mungkin menggunakan metafora dan analogi memproses pengalaman tampaknya bagi dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru. Seseorang yang kreatif harus mencari dan meningkatkan kesedaran, mengenal pasti sesuatu, memginterpretasi, dan melihat kemungkinan-kemungkinan melalui daya pandang -timbang.

Pemikiran yang seimbang diperlukan iaitu pengunaan otak kiri (perkataan) dan otak kanan (imej) pada masa serentak ataupun ia boleh berubah-ubah dari kiri ke kanan ataupun dari kanan ke kiri.

contoh individu kreatif :


video

No comments: