Tuesday, March 30, 2010

tugas 1 kreativiti - masalah aku dan penyelesaiannya

Masalah

Pernah tak dengar pepatah ni “Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah”. Macamana dapat kita pastikan kata-kata ini benar dan tidak hanya pada kata-kata. Baiklah, Bercerita tentang masalah yang aku rasa agak sukar untuk aku handle ialah masalah yang melibatkan masalah menjaga perasaan orang lain. Walaupun ianya mungkin dilihat masalah kecil tapi tidak pada aku.

Berada di Universiti bertaraf pendidikan memang menjadi satu sanjungan dan penghormatan bagiku. Namun, kita hanya manusia biasa. Dalam menempoh 4 tahun waktu belajar menjadi seorang pendidik pada masa depan, pelbagai jenis orang kita hadapi. Sebelum tu , perlulah tahu aku ni jenis orang yang macamna kan. Aku orang yang tak suka tengok kawan-kawan bergaduh. Sebab nya , aku tak ramai kawan, sebabnya aku ni memang low profile sikit. Jadi bila aku ada kawan yang baik aku akan berusaha untuk menghargainya. Selain itu, aku tak suka jenis kawan yang suka menjatuhkan orang lain. Walaupun aku tahu aku bukan lah baik sangat, dan ada banyak kelemahan, tapi pasal suka menjatuhkan orang ni la aku paling benci.

Pepatah “Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain” sentiasa aku ingat, Namun tak semua orang faham maksud menghormati yang sebenarnya. Seorang kawan yang baik tak seharusnya membongkar sifat buruk kawannya ini pada orang lain yang kita sendiri kenal walhal diri nya juga punya sifat buruk yang nyata.

Penyelesaian

Menghadapi masalah kawan yang suka menjatuhkan orang lain bagi aku sangat sukar untuk berhadapan dengan orang seperti ini. Lebih-lebih lagi dia mempunyai kelebihan yang sememangnya aku sukar tandingi. Kebolehan komunikasinya hebat, keyakinannya, dan personalitinya juga boleh menyebabkan orang fikir aku ini yang sebenarnya yang ingin mencari musuh. Kerana kelebihan yang dia ada menyebabkan aku rasa aku tidak mampu untuk melawan semula. Dia hebat dalam berkata-kata dan mencari pengaruh. Itu aku akui.. bagaimana kuat aku mengatakan “tidak” orang sudah tak pecaya pada kata-kata aku. Namun satu perkara buat aku setiap hari ingin bangkit bersemangat setiap hari ialah motivasi.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa. Oleh itu, aku ingin menjadi orang yang luar biasa itu dan kembali bermujahadah. Sebenarnya aku tahu, apabila kita menunding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya tiga jari anda telah menunding kepada diri sendiri. Namun begitu, aku bukanlah juga manusia yang betul semua pelakuan. Hadiah yang paling berharga untuk kawan ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan. Nak belajar buat cara nak belajar kerana insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai. Masalah ini akhirnya bukan lagi masalah yang sukar malah menjadi penaik semangat ku untuk terus tabah mengharungi hidup.

No comments: