Sunday, June 5, 2011

My WorK ~ 7 feb - 20 May 11

Assalamualaikum. So, seperti yang pernah aku cakap. aku akan masukkan work2 aku yang aku buat selama mgjr di sabak. Ini sebenarnya work dalam buku skect aku. Yang besar2 punya aku tak letak la, malas nak shot gambar. Nak lagi besar aku buat roda warna. Kecik2 pljr2 tak nampak. Nah ambik kau, satu kertas mahjung tu aku lukis dan aku warna. Kertas mahjung jadi bahan utama p&P, selain marker, pemadam whiteboard, buku rujukan, buku RPH, dan buku sumber guru. Bahan2 lain tak yah nak criter la..byk bhai. Dah nama pun mengajar seni. Iaitu subjek yang student tak ambik hal. Itu la yang aku tahu, sebbnya, ianya tak penting, tak ada dalam exam PMR pun. Apa punya pemikiran la mcm ni. ceh!.

So, aku tak nak budak2 pikir mcm tu. Walaupun subjek ringan, namun ianya banyak teori dan banyak aktiviti. Melalui aktiviti, so aku blh tgk tahap kreatif seseorang tu berfikir. Ini tak, kreatif kelentong cikgu je yang reti. Kerja nya tak mo buat. aduyaii..

Ok, kembali pada perbincangan topik. Ini adalah hasil2 kerja aku. Tak cantik mana pun orang tgk, tapi sekurangnya aku berusaha kan daripada tak buat langsung. Susah tu bagi aku yang tak berapa nk expert lagi bab2 art ni. Bukan kos major aku. Sedang belajar la ni sikit demi sikit, tak gitu.haha.. Meh aku criter bab work2 aku pulak. Agak panjang dan kalau rasa tak nak baca, jangan baca..pi tido..


work di atas ni, mula dari gambar bawah, yang gambar teratai tu adalah teknik kolaj, masa ni nak kata aku rajin tak jugak, tapi sb aku excited ~(orang sabak kata 'batak' atau jakun) untuk nak lihat hasil kalau aku guna teknik kolaj jenis koyak kertas yang kecil2 tu yang tekan guna pen. jadi aku pun buat lah..separuh aku buat, aku punya perghhh!! tu panjang. kiranya aku suka dan kagum dengan hasil tampal yang guna cebisan kertas warna kecil2 ni. jadi aku teruskan buat dan buat sampai la siap.. walaupun penat. tapi aku mmg excited. hilang penat aku tgk hasil yang dah siap. Dalam hati..yes, aku berjaya siapkan. adahal kerja lain berlambak lagi menunggu. keh2. dah teruja. nak wat mcmna.haha.

Atas kanan pula, adalah view untuk ajar perspektif ruang, tapi bila aku buat mcm tak berapa nak jadi, then aku ubah pikiran. xpe xjdi pun, tapi aku nk try apply guna pastel/ crayon untuk warna kan nya. Apalagi broomm..start moto pi beli crayon/ pastel semata-mata nak penuhi keinginan aku yang gila ni. aku pun mula mewarna... fuh!. agak susah dowh nak warna guna pastel ni. selain mudah comot dan kotor, kawalan warna pun aku kurang mahir. arh..alang2 buat mesti r buat sampai siap.. aku sapu then gosok2 kan biar sekata. dan hasilnya spt di ats la.

Atas kiri tu pulak, adalah jenis lipatan 'origami', actually, aku nak mengajar pasal bentuk. lipatan origami ni adalah salah satu bentuk konkrit. masa aku kecik2 dulu aku suka jugak buat origami ni, tapi bila da besar mcm ni, aku dah banyak lupa dah stepnya. aku buat mana yang aku tahu. student juga excited suruh aku ajar buat burung jenjang. so ajar la aku dengan tekunnya. mana yang kreatif, mereka buat la selain contoh yang aku bagi ni, mmg kreatif la. Mcm2 aku tgk student aku buat, contohnya bunga teratai, bunga ros, kucing, piano, kuda, pari, ular, udang, bintang, dan banyak lagi. bijak student2 aku ni. terbaik la.


Seterusnya, gambar buah-buahan tu. kalau ko perasan, aku guna semua buah-buahan jenis bulat, aku nk maksudkan disini kesatuan work ni yang guna shape yang sama iaitu bulat. tetapi berlainan dari segi ciri buah dan warnanya. ni adalah karya first aku guna poster color. bila aku buat karya ni, aku mcm suka guna poster warna daripada aku guna pastel. tapi sebenarnya susah. Walaupun aku suka guna poster warna, tapi aku tahu aku masih tak pandai dalam mengawal warna, garisan serta tahap intensity aku pada benda2 kecil yang lain agak kurang diberi perhatian. bukan tak bagi perhatian. agak sukar nak jadi seperti yang aku mahukan. aku drop shadow biar nampak nice sikit dan tidak afloat.

Atas kanan pula, ni aku guna pastel/ krayon. senang je work ni, kerat kertas mengikut bentuk yang kita mahu dan kemudian sapukan krayon pada bahagian tepi, seterunya gosok warna krayon tu pada permukaan kertas lukisan. guna la warna yang pelbagai dan bentuk2 yang best. nampak la harmoni dan cantik untuk dipandang.

next, work sebelah kiri tu adalah anyaman tikar. ini aku buat dengan jarak 0.3 cm dan ini dinamakan kelarai bunga api. tapi aku suruh student2 aku buat 0.5 cm. kalau tak boleh 10 cm atau kalau still lagi sukar buat sebesar satu pembaris. amacam, sempoi apa aku ni.hak2. dah angkat bakul sendiri dah.. keh2. kelarai nya pula, aku suruh yang paling mudah, kelarai angkat satu. tak pun ikut kekreatifan diorang la nak buat mcmna. lepas tu buat la corak yang mcm2. Ada student yang buat mmg kreatif, tak terjangka dek otak aku ni haa.. gambar bunga yang dianyam, ikan, burung, love, nama2, bintang dan sebagainya. mmg kagum. tapi jenis yang 'malas' pulak, buat je petak segi dan buat kelarai angkat satu. adehh..paling senang. xyah pikir2 langsung. aper larrr..

Yang gambar 3 diatas ni pulak, adalah lukisan menggunakan pensil yang berlainan jenis. banyak jenis pensil ada untuk melukis. disini aku menekankan, tentang garisan, ton warna, jalinan, bentuk dan pencahayaan. tapi student aku suruh lukis jenis bentuk2 geometri asas seperti piramid, kon, cube dan sebagainya.


Then, gambar berikutnya pula adalah aplikasi tentang ruang dalam seni visual. Ruang terbahagi kepada 2 iaitu ruang nyata dan ruang ilusi. Ini adalah ruang ilusi yang mana terbahagi pula kepada 3 iaitu ruang perspektif ( ruang dalam), ruang cetek dan ruang rata. Aku terangkan la kepada pelajar apa ciri, contoh dan fungsi ruang ni.. byk jugak la aku bercakap. sampai xde suara aku ni hah..haha.

Gambar yang sama juga aku guna untuk ajar tajuk warna. Mula2 aku tunjuk roda warna yang besar gedabak yang aku ckp kat ats tadi, lepas tu aku soal la sorang demi sorang. Mana yang hilang fokus aku panggil dan aku tanya. lepas tu barulah masuk pasal suhu warna. Then aku tunjuk kan la contoh2 ni. Warna panas dan warna sejuk. Ada beberapa contoh lain yang berkaitan pasal warna neutral, warna penggenap, warna harmoni, warna monokrom dan sebagainya lah. Lepas tu, sah2 la kena buat aktiviti kan, aku suruh la pelajar aku divide kan lukisan jadi dua dan seterusnya buat satu view yang simple, warnakan sebelah warna sejuk dan sebelah lagi warna panas. Bila aku tanya diorang balik, warna sejuk tu warna apa? warna panas tu warna apa? dioarang leh jawab dengan mudah. Kiranya pasal warna ni, diorang mudah faham. alright la tu. Buatla diorang aktiviti yang disuruh itu dengan 'tekun'nya.


Gambar bawah adalah kerja melukis potret, yang ini aku pilih gambar anime kartun perempuan yang cute. Sebab aku punya ramai student perempuan yang suka anime2 mcm ni. Lelaki pulak aku lukis contoh motor. Walaupun tak dikira potret, tpi aku nak tgk diorang punya drawing. Aplikasi garisan, jalinan, bentuk, bayang, dan sebagainya. Agak bagus, tapi ramai yang bersungut tak tahu buat. Aku pun ckp la, ambik satu contoh gambar then tiru. Takpe, lukis je, jadi tak jadi lain kira. Janji buat dan guna kemahiran yang aku ajar berkaitan elemen seni tu.

Atas kanan, adalah aktiviti menghasilkan jalinan menggunakan teknik resis. Bila aku tanya student tahu tak apa teknik resis? semua tak tahu. jadi diorang automatik excited nak tahu dan nak buat. Bila perasaan teruja ni ada dalam diri pelajar, jadi apa aku ckp dan apa aku suruh diorang ikut dan follow supaya faham dan tak tertinggal. Teknik ni guna kertas surih. Sebab apa guna kertas surih? kerana nanti perlu direndam kan atau dicelup dalam air, takde la kertas tu koyak dengan cepat. Ada la step2 aku bagi untuk buat aktiviti ni, dan pelajar buat mengikut arahan yang aku berikan. Ada yang mmg jadi gila2 worknya, timbul jalinan dan corak tu. Kiranya 2 in 1 la ni. Jalinan tampak dan jalinan sentuh. Automatik diorang faham dengan baik. Ada pula tak tahu la work nya dah serupa apa..keh2.. Takpe2. Janji buat dan faham.


Berikutnya pula, adalah imitasi dari karya tokoh terkenal Mung Seng, disebabkan saiznya A3 Takleh la aku nak scan sampai ats. mcm aku ckp sebelum ni, aku masih belajar mengawal berus. Jadi aku tak berapa expert bab2 sapuan ni.

Work kat tengah, adalah teknik tarikan benang menggunakn warna-warna asas. Kebanyakkan kelas excited buat teknik ni. Then, ada pljar cina siap ckp lagi " cikgu2 lain kali buat mcm ni lagi la cikgu". Seronok katanya.. aku senyum je. Yes darling cikgu akan cuba bagi aktiviti lain yang menyenokkan. Jangan malas sudahlah.

Seterusnya, ni pun teknik kolaj, tapi tampalan koyakkan kertas yang besar2 bermotifkan flora.



Paling kanan ni pulak adalah aktiviti yang aku suruh pelajar buat. Tajuk topik P&P masa ni adalah kontra. Jadi aku pun bagi la penerangan dan seterusnya bagi aktiviti. Pelajar mula2 confuse tetapi apabila bagi tunjuk ajar cara nak buat, makin excited pula. Dan sememangnya ada yang kreatif dalam menjadikkanya work yang terbaik. Aku mmg gila teruja bila ada student mcm ni. Lagi aku rasa aku kena buat aktiviti lagi best lepas ni.

Work sebelahnya pula, adalah teknik ikat dan celup, ramai student tanya mcmna nak buat. So apalagi, aku pun terangkan la dengan detail. Menggunakan tisu yang kemudian diikat dengan getah kemudian dicelupkan dengan warna batik seterusnya dikeringkan. Wah2, pelajar memang sangat suka untuk buat. Tapi seperti biasa, bila work mereka tak jadi, mula la mengadu, mcmna nak buat ni cikgu. Sebagai cg, aku pun terangkanlah.

Oklah. dah panjang bebenor aku menulis hari ini. Cukup dulu sampai sini. Perut pun dah bunyi..lapar..keh2. conclusionnya, aku dah habis praktikal dah pun. Sekarang ni duduk kat rumah membesarkan badan dan mencari ilmu pengetahuan yang masih belum cukup. Rajin2 kan la membaca buku..arios.

No comments: