Thursday, July 21, 2011

Mochek dalam kenangan

As salam

Aku pernah post satu entri tentang haiwan peliharaan keluarga aku. Ingat tak pada 'Si Mochek'?? Klik sini

Hari ini, 21 July 2011.. pada jam lebih kurang 4 petang. Si Mochek terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawanya.

Mati dipijak tayar kereta abang. Sebelum abang mengundurkan kereta, abang telah memeriksa bawah kereta. Setelah yakin tiada kelibat kucing, abang dengan yakin mengundurkan kereta. Walaupun begitu, malang tidak berbau, Si Mochek tiba2 berlari di bawah kereta dan .....

..............

Si Mochek telah mati dengan keadaan yang sungguh sayu.

Waktu aku dapat tahu, aku cepat2 pergi tengok si Mochek. Aku kelu..Sebak..



Si Mochek telah tinggalkan kami...

Si Mochek sangat rapat2 dengan keluarga kami. Sangat2 manja. Keluarga kami bela Si Mochek sejak si Mochek kecil. Melihat Si Mochek membesar sampailah sekarang. Kehilangan Si Mochek sangat dirasai semua ahli keluarga.

Semalam, aku cuba test2 kamera. Secara candid, adik tangkap gambar aku dengan Si Mochek. Hari ini, Si Mochek telah tiada.
Gambar terakhir bersama si Mochek

Jangan tanya la kenapa gambar aku macam tu. Sah2 la aku dah edit kan. heee.. ada la sebab2nya. Tapi yang penting..fokusnya adalah si Mochek

Sebelum ini, Kucing pertama yang hadir dalam kehidupan keluarga kami adalah Si Blacky. Itu kucing Along aku. Along aku kutip. Waktu tu, kakinya terkena perangkap manusia, dan dengan keadaan sebelah daripada matanya hampir buta. Waktu abang bawa balik, kakinya dah confirm cacat akibat perangkap tu. Kami bela, sampai la beranak pinak. Si Blacky dah mati sebab penyakit tua di hadapan along aku sendiri. Anak2nya 3 ekor. Tiga2 ekor tu entah hilang ke mana. Tak pulang2 selepas bermain.

Kehilangan Si Blacky tidak la sesedih seperti kehilangan Si Mochek. Si Blacky, selalunya duduk di dapur sepanjang hidupnya. Si Blacky sangat berjasa. Adanya si Blacky, tikus2 di dapur tidak lagi kelihatan dan kedengaran.

Lain pula si Mochek yang bebas berjalan dan bermain dalam rumah. Malah, si Mochek sangat mesra. Mak aku sendiri menangis kehilangan Mochek. Tak pula semasa kehilangan Blacky.

Si Mochek dah selamat kami tanam.

Buat si Kuntum, ko tak rindu si Mochek kah?? musuh ketat ko dari kecil...

huwaaa..

No comments: