Tuesday, July 19, 2011

# cerita 8 - Aku dan dot dot dot

As salam..

Kawan2 aku kebanyakkan geli dengan katak. Tapi aku sikit pun tak ada perasaan geli pada haiwan tersebut. Hebatkan aku?? hahahaha..



Jangan tak pecaya ok. aku pernah jadikan katak ni haiwan mainan aku zaman kanak2 dulu. Lepas mak aku tahu, dibalun nya aku dengan tali timba.

Baiklah aku jujur, aku sebenarnya tak ada lah berani dengan semua binatang2 kecik yang tak berbahaya ni. Aku sangat2 geli pada pada LIPAS. Aku geli dengan haiwan merayap..
situasi di bawah aku pernah alami. Fobia derr..

Photobucket

Lepas tu mulalah aksi berjoget2, meloncat2 dengan mulut menjerit2 untuk buang binatang tersebut. Walaupun binatang tersebut dah blahhh dari badan aku, aku still rasa geli, seolah2 binatang tu tak lari lagi. Itu sebab la aku anti dengan binatang kecik tu. Bila tengok je si lipas, aku dah mencicit lari.. wajib aku cari orang lain suruh bunuh binatang tersebut. Aku tak berani nak bunuh. Aku rasa geli gila

Aku tunjuk cara bunuh cara kejam ok. Tapi aku tak pernah buat tau.


Photobucket

Aku benci sangat2 dengan lipas. Jadi pandai2 lah


Untuk pengetahuan, kalau bunuh lipas, pastikan tempat yang lipas tu mati mestilah dibersihkan dengan air sabun. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Jadi, Alang2 dah bunuh, bunuh la telur2 nya juga. Tak gitu?? huhu

Mana2 aku pergi mesti ada lipas. Lebih2 lagi dalm tandas, bawah sinki dan kabinet. Nak tak nak, aku kena berdepan dengan makhluk ini seumur hidup..

eeeeeiii..

k la. out.

No comments: