Sunday, July 3, 2011

# cerita 1 - GemBirA VS KeCeWa

As salam..
persembahkan.. kisah suka dan duka.

erkk...
ok.. sila baca sendiri.

Penantian mmg satu penyiksaan. Dah beberapa hari aku menunggu surat bercop. Aku menunggu incik posmen. Bilakah agaknya incik posmen ni mahu datang.. Kawan2 aku semua dah dapat. Bilakah giliran aku?? ishh.. risau dan risau..

Akhirnya, hari ini, incik posmen yang dinanti telah tiba. Yess, ada surat untukku.

Aku ambik surat dari incik posmen, Incik posmen pelik tgk aku yang excited gila.. Mcm orang tak pernah dpt surat..

Serta merta aku membuka surat tersebut dan melihatnya.. Terpapar jelas bahawa ianya memang surat universiti yang aku tunggu2 itu.

Aku akhirnya telah disahkan berjaya menamatkan pengajian selama 4 tahun, dan aku layak dianugerahkan ijazah sarjana muda. riangnya aku tidak terkira.
Aku dapati ada satu lagi surat yang terselit dibelakangnya.. Ermm.. surat apa pulak ni??


Rupa-rupanya slip praktikum aku.
Aku pegang slip yang belum dibuka itu.. dengan rasa sayu
Sebelum ni aku dah semak result aku dalam portal. Dan aku tahu keputusan nya..

Aku teliti betul2 slip tu.. pandang lama2. slip yang selama ini aku nantikan setiap semester, tetapi semester 8 ini, aku benci memandang slip tersebut.

Bila aku tengok, lepas tu baca dan teliti betul2. Otak aku serta merta menghantar isyarat menyuruh tangan aku membuat tindakan refleks iaitu 'renyukkan'.

Aku ambil keputusan untuk meletakkannya di suatu tempat yang aku yakin aku tak akan melihatnya lagi.

Nahh.. itu tempatnya.

Aku tak ingin nak tgk dah.. huh.. aku benciiii sgt2. Sia2 rasanya usaha aku.


~ cerita tamat~

No comments: