Wednesday, July 6, 2011

# cerita 3 - Si KucinG

As salam

Hari ini, seperti biasa, aku main2 lappy (laptop) kesayangan aku tu. Kalau bukan main game, aku bukak fb, tapi aku kena tunggu kakak aku balik dulu utk dapatkan internet, Ahh, pinjam internet adik la. Aku terpikir nak buat entri apa hari ini.. ermm.. tetiba masa on yahoo.. aku lupa paswood email, lepas tu ditanya soalan Haiwan peliharaan anda??

Err.. apa ek jawapannya.. Rumah aku ada kucing je. Tapi rasanya aku tak buat jawapannya kucing.. ok cukup, bukan ttg email yang aku nak cerita.

So entri aku kali ini adalah berkaitan kucing. Haiwan peliharaan rumah aku.
Kucing dalam keluarga aku ni ada 3 ekor..eh silap2, 4 ekor kesemuanya. kucing ini adalah milik kakak ipar dan abang aku yang tinggal depan rumah aku. Jadi kucing2 ini haiwan peliharaan keluarga kami la. Sb memang tiap2 hari, kucing ni datang rumah kami.

tempat tidur mereka2 pulak, hanya mochek yang tidur rumah kami. Kucing2 yang lain tidur rumah abang. Si Mochek ni baik, dia ni manja sangat. Tapi dilahirkan cacat. Tengoklah matanya. Warna lain2. Orang lain tengok mesti rasa sedikit takut. Abang aku kutip dia masa dia kecik lagi dan bela sampai sekarang. Si Mochek ni tidur kat rumah aku. Sebabnya....
Kalau Si Kuntum ni bertemu dengan Si Mochek, Maka, tak lain tak bukan akan wajib bergaduh. 'wajib' ok. Maknanya, si Kuntum dan Si Mochek dilarang berjumpa antara satu sama lain. Memang sejak kecil mcm tu. Kekadang aku pun tak faham kenapa si Kuntum dan Si Mochek jadi musuh ketat.

Bila mereka bergaduh, si Mochek selalu terberak dengan tiba2. Si Mochek sangat takut gila dengan si Kuntum. Aku benci kalau mereka bergaduh dalam rumah.

Alih2, kalau bukan tuan dia, or mak aku, tak lain tak bukan mestilah aku kena basuh taik tersebut dengan penuh kusyuk.. (=.=')
Si Kuntum ni hasil hubungan dengan laki dia si Chu dapat la sekor anak. Bulunya hitam+oren. Sepatutnya ramai anak si Kuntum ni, Masa dia mengandung, dia pernah alami accident dengan kereta abang. Akibat accident tu, dia tak leh nak jalan, dah la mengandung. Anak dia mati.. Sekarang Si Kuntum dah sembuh dan dah boleh jalan seperti biasa. Anak dia hanya tinggal seekor je yang terselamat. Nama anak Si Kuntum ni tu adalah Si Bebychek
video
Si Bebychek yang aktif dan cute

Tengah2 syok aku duk buat entri ni,
Tiba2 mochek datang dekat kaki aku, Ala kucing putih tu. hah.. tetiba datang imaginasi tak logik aku. kalau la aku reti jampi mcm harry potter tu, aku nak mochek ni bertukar jadi manusia.Har2 Dengan penuh bersemangat.. aku menjampi
Bertukarlah kamu wahai kucing menjadi seorang jejaka tampan yang seksi.he2. Dengan menggunakan tongkat harry potter, sebut.. "hominum commercium".

beberapa minit kemudian, asap berkepul2 mengelilingi kucing putih tersebut. fuuuuuuu....

cakk!!

Alamakk.. sekali bertukar perempuan seksi daa..
Aku lupa, kucin
g putih aku tu betina. Ciss..

so, aku nak buat apa dengan dia nih.. Jadi orang gaji nak...ngeh2.
khayalan semua tu,huh..

sekian.

No comments: