Saturday, July 16, 2011

Perang

As salam

Hari ni, Pagi2 hari dah riuh mak dekat dapur. Apa la yang membuatkan mak sakit hati sangat tu, pikir ku..

Bila turun, aku tanya mak, apa yang tak kena? jawab mak
"semut ni haa.. sakit hati betul" mana2 tempat semua nak masuk. Bukan setakat dalam bekas gula je, malah semua benda mesti 'wajib' ada semut berkumpul. Hari2 asyik sakit hati dengan semut je. bayangkan, bekas minyak pun selamba berkumpul. tup2 mati. Mayatnya? bersepah2.

Aku gelak je.
Golongan semut?? haahaa..

Maka pengistiharan perang antara Semut dan manusia bermula. Ermm.. dah lama bermula sebenarnya. Mak banteras semut dengan sungguh2. Disediakan air panas, racun semut, malah penyembur nyamuk sekali. Tapi ye lah kan, Semut ni jenis xreti berputus asa. Walaupun dah berjuta2 kumpulan semut telah arwah. Koloni2 semut ni tak takut maa.. lagi ramai yang berani menunjukkan diri. Sb semut ni mmg banyak la. Tak pecaya?? cuba lihat video.. bertapa hebatnya binatang semut ni.


kerajaan semut

tengok?? walaupun kecilnya semut, tetapi berupaya membina kerajaan yang sungguh menakjubkan. Jadilah seperti semut.. jangan mudah putus asa. cekal berusaha.

No comments: