Saturday, July 30, 2011

SEGMEN TAULADAN : JOM INGAT PESANAN IBU AYAH

As salam

Disebabkan malam ni aku free.. Aku rasa rajin plak nak join satu segmen ni. Ini first aku join segmen. Segmen ni bagus, boleh muhasabah diri.

Segmen ni dari mr syafikmokhtar.

Ayah aku seorang yang tegas dan pendiam. Semua anak2 dia takut nak cakap or mintak apa2. Semuanya di wakilkan kepada emak. Lelaki seperti ayah payah nak tunjuk kasih sayang pada anak2 dia. Tapi aku tahu, ayah selalu bertanya mak pasal anak2 dia.

Tapi, satu hal yang ayah pesan. " Jangan jemu menuntut ilmu, Jangan dikejar ilmu dunia semata2, ilmu akhirat juga". Kata ayah, ayah bersyukur sebab anak2 ayah semua boleh bersekolah, tak buta huruf. Ada ilmu agama, tahu ilmu dunia. Boleh fikir mana baik dan buruk.

Pesanan emak pula, memang banyak la kalau nak cerita. Dari sekecil2 hal sehingga sebesar2 hal. Setiap perkara akan ada pesanan nya. Contohnya, kalau nak tido. Jangan lupa basuh kaki, gosok gigi dan baca doa tido. Kalau dengan Orang yang lebih tua, Nak jalan tu tundukkan kepala, Jangan suka mencelah orang sedang bercakap. Macam2 pesanan bergantung pada situasi la.

Bila aku dah dekat U, pesanan lebih direct dan lebih kedewasaan la. Jangan nak gedik2 bercinta sampai terbengkalai buku2 belajar, Jaga adab, jaga maruah diri. Jangan berlagak, jangan dan jangan.. Sekarang aku dah pun grad. Alhamdulillah.

Mak pun dah berpesan dah " nnti bila dah dapat kerja, jangan nak sombongkan diri". rajin bertanya. Tolong orang yang memerlukan bantuan kita" .. Aku belum dapat kerja lagi ni dah dapat pesanan. Bertapa mereka menyayangi ku.. aku suka dan sayang mereka.

Biasalah kan. Mereka sebagai orang tua ingin kan yang terbaik untuk anak2 agar anak2 tidak terpesong dan jadi manusia yang 'manusia' . Bukan manusia monkey or haiwan2 lain. Aku bersyukur mempunyai emak dan ayah seperti kamu encik ayah dan puan emak. Sayang kamu..

insan terpilih untuk aku tag ialah cik sha.

7 comments:

TheSyafiq Mokhtar said...

assalamualaikum feza.. serius best.. suka sy baca.. btw ayah kita sama.. banyak mewakili mak.. sebenarnya ayah lebih tegas.. tapi dalam tegasnya ada lembut die kan.. thanks again sebab sudi join..nanti sy buat backlink untuk semua yg join :)

feza said...

wa'alaikumusalam. Sesetengah ayah memang bersikap macam tu. dan semestinya, ada lembut di sebalik ketegasan. itu memang saya setuju.
terima kasih atas segment yang berjaya mengusik kembali kenangan lamaku. ^_^

Hans said...

yups
mak ayah aku pun pesan benda yang sama
insyaallah kita harus sentiasa ingat dan amalkan
:-)

Ayankumi Sensei said...

kamooo..maceh....shuker2..but sad la..pesanan ayah..T_T...anyway thankz laling... :)

feza said...

hans :
insyaAllaH

ayankumi sensei :
ya. pesanan ayah sha pun feza dah baca. tajuk pasal segulung ijazah tu.. jgn sedih ya.

Syafiq Mokhtar said...

Assalamualaikum entri khas untuk segmen tauladan dah siap.. :) dijemput untuk lihat..btw thanks sebab sudi join..


http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com/2011/08/entri-khas-untuk-segmen-tauladan-jom.html

feza said...

ok. saya akan menyusul