Friday, July 8, 2011

# cerita 4 - Oh Duit

As salam

Hari ni, abang aku bawak motor dia dari jauh sana ke rumah kami. Kata emak, abang jual pada aku. Aku kena bayar ansur2 bila aku ada duit. Ala motor yang pernah aku bawa masa aku praktikal dulu. Itu masa aku bawak dengan Lesen L. Tapi sekarang dah xda makna. Lesen L aku dah tamat tempoh 2 tahun. Terpaksa aku mula dari awal semula. ciss..

Masalahnya sekarang ialah, Tujuan aku memiliki motor ini adalah utk aku mencari kerja, tetapi memandangkan aku dah xde lesen, Ayah aku tak bagi aku bawak motor. Nanti ditengkingnya aku, tak ke aku terkencing kat situ jugak. hehe.. itu tipu. Ayah aku tak tengking la sampai mcm tu sekali.

Masalah utama, kalau aku nak buat lesen, Aku kena fikirkan soal DUIT. Mana aku nak cekau duit nak buat lesen balik.
Lagi satu hal, iaitu hal konvo.. Perghh.. Memang banyak gila nak pakai duit.
Sewa Jubah - RM100
Tiket Bas utk pergi ambik jubah + Makan + Penginapan = RM200
Minyak kereta utk hari konvo dari KT ke TM - RM ???
Makan - RM ??
Tol - RM ???
Sewa penginapan - RM ???
Kos2 Lain = RM ??

Pertanyaan aku?
kenapalah aku pokai di saat2 ini?.. Kalau tak mesti aku happy gila nak konvo.
Patutlah orang susah, yang belajar tinggi2 ada masalah nak konvo, rupanya konvo ni guna banyak duit. Aku ni kira tahap sederhana la. Masalahnya sekarang aku tengah kering ni.. Family aku pun lebih kurang. Semua tgh pening pasal DUIT.

oh duit..

tapi apa2 pun masalah berkaitan duit, aku tetap nak berkonvo. Kenangan tu beb, selama 4 tahun aku belajar dkt U. Nak seribu daya tak nak..(sila sambung sendiri).. Btul tak??.

Kot2 kerana seribu daya aku itu..
Turun hujan duit ke esok2.. Erk..
itu mengarut.. (=.=')huh!

( apa daya/usaha yang aku buat?)

Ok, sekarang pejam mata..
boleh imagin tak aku pakai jubah konvo..ngeh2.. Batak gilaa aku ni. (perkataan tu aku baru belajar) hehe..

Sedih aku kalau fikir pasal duit masa ni. Bila aku nak kaya ni hah??
aku ada idea mcmna aku boleh dapat duit dengan banyak

Sapa nak join aku? malam ni kita gerak.

huk2.. eh2. jangan serius sngt derr
aku gurau2 je. Jangan ikut idea aku.. tak baik mencuri. Apatah lagi merompak.

k la .daa

No comments: