Tuesday, July 5, 2011

Watak Utama

Salam semua


Hari ini, aku persembahkan watak2 kartun yang aku pilih untuk jadi watak utama doodle aku. Malangnya, Hanya satu watak sahaja yang aku pilih, iaitu si toyol. Seperti model di atas..

Berikut merupakan watak2 yang aku buat then aku reject. Mula2 aku nak buat watak 'aku' sebagai kanak2. Malangnya, aku kena sedar diri la. Aku ni bukan budak kecik lagi. So, aku reject.

Seterusnya, peserta kedua yang layak untuk saringan dalam pemilihan watak doodle aku. Walaupun begitu, Aku tak nak rumit2. Jadi aku reject jugak yang dibawah. maaf doodle ku.

Watak ketiga yang aku cuba buat adalah seperti di bawah. Walaupun begitu, watak doodle ni lagi rumit dari yang kedua. So, jelaslah.. aku reject jugak. Aku beri peluang untuk beliau menunjukkan diri dan membuat sedikit ucapan selamat tinggal.

Watak yang dipilih ialah watak toyol.
Aku pilih watak orang toyol ni sebab senang nak buat. Jadi tak jadi aku pedulik haper orang nak cakap hodoh ke apa ke.. yang penting mudah dan CEPAT. Bukannya aku ni rajin sangat. Aku pilih toyol ni juga, sebab aku boleh sesuka hati tukar warnanya.. ngahaahaa

Watak utama utk apa?? sebenarnya watak utama untuk
entri CERITA. Apa tu entri cerita.. cuba la klik kat bawah.

cerita 1
cerita 2


Sebenarnya aku saja2 je. Aku tak tahu nak letak apa dalam blog utk diupdate. Jadi Aku ambik ilham en zack zulkhairi tu buat cerita berdasarkan gambar.

Itu hanya lah sekadar suka2 okeh.. tapi cerita dalam entri cerita itu adalah berdasarkan kisah aku sendiri.

Sebenarnya aku nak letak entri work aku hari ini, tapi xpelah. Esok2 je lah aku masukkan.

sekian terima kasih.

As salam

2 comments:

nanad said...

ahahah..kelakar lah entry ni ;D
semua watak pun sangat comeeeeeel :D

feza said...

heee.. tq, suka2 je tu.