Memang lama sangat dah aku tak update blog ni. First, sebab aku dah lama tak melukis, jadi aku tak update. Aku rasa tak best blog ni tak ada kartun. Kedua, masa untuk aku mengadap blog dah hampir tiada sebab kerja aku setiap hari ada kerja. Dari pagi sampai malam.
Aku juga nak ucapkan selamat hari raya pada semua pembaca, blogger dan pada siapa-siapa yang sudi singgah kat blog buruk ni.
Bercakap tentang manipulasi. Hari tu ada riuh dekat wall fb umum pasal ada sorang individu ni kutuk kerjaya cikgu. katanya cikgu ni just memanipulasi ayat, makan gaji buta, tak ikhlas dan banyak lagi perkara-perkara lain yang tak puas hati dibangkitkan. Bikin panas juga tu nak lawan dengan engineer.
Hakikatnya, memang ada cikgu mcm tu. Tapi tak semua. Begitu juga dengan pekerjaan lain. Kita bukannya bekerja sendiri. Kita bekerja dengan manusia-manusia lain dengan segala macam perangai. So, Niat berkerja mencari nafkah hidup kerana ALLAH. Biarlah hanya DIA yang nilai. Semua pekerjaan ada lelah dan susahnya. Hanya kita yang bekerja sahaja tahu susahnya macamana. Jangan nampak kerja nilainya hujung bulan sahaja, Mak kita yang dikatakan 'tidak bekerja' iaitu "surirumah" sebenarnya kerjanya lagi banyak.

Senyum ok.
bersyukur la apa yang ada.
bersyukur la apa yang ada.
Jangan sampai merdeka kita hilang.
Dengan perang mulut antara kita.