Wednesday, November 20, 2013

punya lah senang

Salam

Setelah hampir setahun aku tak menimbang berat sendiri.
Tetiba kaki ini melangkah pada penimbang berat.

Aku akui, badan aku dah semakin berisi. Semua rakan2 ofis menegur, apatah lagi ahli keluarga ku. Ya, Semestinya aku sendiri tahu sebab kebanyakkan baju kurungku sudah mula rasa sendat.

Glup..
Bukan aku tak pecaya berat aku naik, cuma aku risau berapa angka yang naik.

dan..

NOOOOooo...tidakkkkk..tidakkk tidakkk.
Katakan ini hanya mimpi
Cubit2 pipi.. mata terbeliak.
Ok ini bukan mimpi.

Berat naik 10kg.
Nak turun bukan main susah, nak naik punya la senang.
 
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Aku kini bertukar saiz baju.
sekian


Tuesday, November 19, 2013

Bengang

Assalamualaikum..

Agak lewat entry ini di post.
Bukan tak mahu tidur. Tapi masih sangat banyak kerja perlu dilaksanakan apabila jam menunjukkan 12am-5am. Kerana pada waktu-waktu tersebut sahajalah, line or web yang aku nak masuk untuk selesaikan kerja aku tu berada pada tahap LAJU sikit.

Kalau aku buat kerja pada orang tengah bekerja, maksud aku dari terbit fajar hingga terbenam matahari..alamat nya, aku banyak kumpul dosa menyumpah aje la sebab nak marah.
maaf la, ayat bunyi mcm syarat sah puasa plak.hee.

Web yang aku nak masuk ni penting kerana itu adalah urusan kerja aku, dan.. maaf nak ckp, tersangat lembab, slow, dan kalau nak masuk, seharusnya mempunyai ciri2 kesabaran yang paling tinggi.
Laju mana pun internet, tapi web tu tetap tak dapat laju. Buat la mcmna sekalipun.
web tu memang spesis siput terbaru yang mana slow tak dapat dikalahkan. Siput itulah  yang aku kena hadap setiap hari sampailah kerja aku selesai. Mungkin aku harus hadap lagi sehingga berminggu-minggu.


Aku harap diberi kesabaran yang maha tinggi je sekarang.
Memandangkan aku rasa, aku dah mula nak rasa sakit hati dan bengang.
 Nah!, siap aku post entry lagi pasal ni. Memang dah wujud tu aura marah berapi.Okla.
Senyum je
Selamat malam.
salam




Monday, November 11, 2013

tukar topik

Assalamualaikum..

Pulang ke rumah.. ya senang cerita pulang ke kampung halaman. Aku tengok adik2 aku dah rilek2 dah main game, xbox bagai dan macam2. Dah bermula la cuti persekolahan.

Tengah-tengah sembang dgn keluarga, keluar la topik keluarga aku ni pi merisik untuk si abang. bla bla bla bla.. dan tetiba.
sasaran target mak aku jatuh pada aku. topik dah bertukar dengan subjek nya adalah aku.
 Larikk!!!

aduhai mak. ada jodoh ada la mak. Doakan aje la anakmu ni. huhuhu..
 senyum..