Assalamualaikum..
Tetiba tergerak hati membuka blog. Mujur masih ingat email dan kata laluan..
.
Tiada sebab kenapa tiba-tiba blog ini sunyi buat beberapa tahun. Tak nak bagi apa-apa alasan. Apa pun, gembira juga kerana blog ini masih sedia wujud.
.
Dah beberapa tahun berlalu, mesti semuanya dah berubah. Ada yang dah bertukar status, ada yang bertukar pangkat menjadi mak atau bapak, ada yang bertukar keadaan ekonomi, dan semestinya ada yang semakin kacak dan jelita.
.
Negara juga sudah bertukar pemerintahan.
.
Aku, usia yang semakin dewasa ini dengan begitu banyak komitmen. Aku mengharapkan dikelilingi kawan-kawan yang positif. Semoga kita sama-sama positif. InshaALLAH amin.
.