Saturday, May 19, 2012

berangkat

Assalamualaikum..

Disebabkan kesibukan menguruskan hal2 dunia. Aku pun tak sempat nak buat pos pasal hari guru. Kenapa aku suka apa2 kaitan dengan guru? sebab guru istimewa dalam hati aku. Doa selesai solat juga kita selitkan untuk guru. Bertapa guru sangat berjasa pada kita.

ni yang rasa nak nyanyi lagu hari guru ni.

huk3.. err.. cari sendiri la ek lirik hari guru.

Ok la. Hari istimewa yang aku tunggu2 akhirnya menjadi kenyataan.
Tapi, berita itu walaupun menjadi berita gembira. Aku sedih untuk berpisah dengan orang2 kesayangan aku. Siapa lagi,  Bonda dan ayahanda la.

Masa keberangkatan aku ke sana dah tiba.



peace..

Friday, May 11, 2012

i'm waiting

Assalamualaikum.

Agak lama tak menziarahi blog ni.. perghh bersawang.

Semalam 10/05 merupakan hari kelahiran ayah yang ke-64.
Hari ahad ini pula merupakan hari ibu.
Lepas tu nanti sambut hari guru pulak pada 16 Mei.

Sekarang ni, aku pun menanti juga satu hari istimewa pada bulan ni.. jeng..jeng.jeng..

Ok la, apa pun start dari semalam badan aku ni dah tak berapa nak kuat menahan virus selseman. Hidung ni dah seperti paip air yang tak ditutup. Dah beberapa paket penadol soluble aku balun, still macam tu la jugak.
Tapi tak mengapa, itu semua dugaan.

Nikmatnya kita dapat bernafas bukan??.

Apa pun, jadikan hari2 anda penuh ceria. peace no war



Wednesday, April 25, 2012

Kembali

Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas, aku dikejutkan berita kehilangan seorang kawan lama. Meninggal kerana penyakit yang dihadapinya sekian lama. LEUKIMIA.

Hari yang sama, tok guru mengaji aku juga pergi buat selamanya.

Al-fatihah.

Kematian itu wajib bagi semua yang hidup.
Bila, dimana, dan kenapa sebab kita pergi itu adalah kehendak-NYA.
semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang2 yang beriman.

Wednesday, April 18, 2012

Contest Doodle Glinder

Assalamualaikum..

Bila suatu hari, sugar glider yang bernama Gandalf the Grey tidak lagi mahu mengembangkan sayapnya.. eh.. eh.ada sayap ke?. hukhuk..Mengembangkan tanganya.

Gandalf tidak suka melompat lagi. Terkinja2 seperti manusia di dalam club yang pernah dilihatnya. Namun keinginan untuk terbang meluap2. Maka,


yeah..
aku terbang..

nak join? jom

contest ni dianjurkan oleh MIJ a.k.a merah itu jambu

Wednesday, March 28, 2012

Senyum

Assalamualaikum..

Senyumlah..Senyum tu sedekah..
tapi jangan senyum mengoda.

psst : rabu sepi

Sunday, March 25, 2012

tanduk menanduk

Assalamualaikum..

Tanduk menanduk..

First sekali.. ini bukan pasal menanduk bola. Aku tahu la sekarang musim bola.
Pernah tengok tak lembu main gurau2 dengan geng dia. haa.. kan lembu suka main tanduk menanduk. Lembu ni main2 tanduk menanduk ni tak kira tempat.

Apsal aku citer pasal lembu dan tanduk menanduk ni??

Meh aku nak cerita..

Masa aku drive kereta di jalan raya dua hala, Ada la dua ekor lembu ni main tanduk2 dekat tepi jalan..
tepi jalan ok.

Photobucket

Aku memandu macam biasa la kan. khusyuk, dan steady. Agak laju juga la

Photobucket

Tiba-tiba.. dua ekor lembu ni menanduk dan melompat2 depan dan belakang.. Saat tu juga kereta yang aku pandu melewati lembu tu. Aku nak belok kanan, tiba2 kereta dari arah kanan yang bertentangan tu bawak laju gila. Nak mati la kan kalau aku nak masuk kanan jugak.

Aku kawal la kereta tu elok2. Nak berhenti dah takde ruang dah. Sipi2 je ruang tu. Kira sepatutnya memang tak kena la dengan lembu tu. Tiba2 lembu tu melompat ke belakang..

chaitttt.. tak guna punya lembu..
habis kereta kemek
tidakkkkk!!!

ok fine. salah aku. Nak salahkan lembu. Lembu faham apa.

Saturday, March 17, 2012

Momento

Assalamualaikum

Say say say
mie mie mie
top top top

chikeboom..
chikeboom..


Photobucket

Memori zaman kanak2

kalau ada yang tak pernah main tepuk2 5 masa kecik2 dulu..
tak pernah nyanyi lagu ni..
bohong la kot.

Dulu tak secanggih sekarang.. PS pun takde.
Yang jadi permainan waktu tu jenis kotor dan tak kotor.
Dari main masak2, kawin olok2, batu seremban, jentik penutup botol, galah panjang, ting2, baling selipar, nyorok2, police n thief, dan banyak lagi la.

Maka nya, takkan la main sorang2 kan. Mesti la main dengan kawan2. Lagi syok bila cuti sekolah bermula.. yiehaaa..

Cuti sekolah sekarang??.. adik2 mengadap laptop, PS..
kadang2 main berdua. Kadang2 kaku depan komputer layan fb, layan game sambil dgr muzik.Tak pun mengadap TV dari sejam ke sejam. Tak putus2 siaran. errr...

okla
selamat berhujung minggu...
smile.