Saturday, August 6, 2011

rindu

As salam

Suatu detik..
Apabila aku terlalu banyak termenung..

Maka muncul la bayangan2 lalu, yang mana kini, Semuanya tidak akan berulang lagi.
Aku tersenyum kecil.
Mereka2 yang pernah mengenaliku..dan kita terpisah kerana waktu. Kini, kita, kamu, kau dan aku bermula dalam pencarian kenangan2 lain. Tidak akan berhenti, sehinggalah kita kembali kepada-Nya

Aku bersyukur kerana dapat mengenali kalian semua

Thursday, August 4, 2011

Bad habit

As salam..

Aku tak tahu la kenapa. Dulu tak ada lah macam ni. Walaupun puasa penat macamana sekalipun, or tak buat apa2 sekalipun aku tetap tak biasa tidur waktu petang2. Masa dekat hostel dulu atau dekat Umah sewa ke, bila waktu petang, Kawan-kawan dah berdengkur atas katil. Tapi aku tak ada la pula nak join tidur sekali. Siap boleh basuh kain, tengok tv or buat la aktiviti-aktiviti lain.

Tapi sekarang... Perghhhhh

Aku tak tahu la kenapa. Asal petang je, mesti mata aku ni kuyu semacam. Rasa berat sangat dah nak buka mata. Wahai tabiat tidur petang.. aku ucapkan


dalam hidupku..

TIDAKKKKKK......!!!!!!

Aku tak suka tidur petang. Buatkan badan aku bertambah-tambah letih. Otak pun dah jadi tak cergas. Tak ada energy langsung.. Gila la macam ni

Sila wahai cik mata.. jangan la memaksa aku pejam sampai berjam2 lamanya. Aku rasa dah hilang kualiti hidup dah ni. Sila pergi wahai tidur petang. Aku tak ingin kamu...

Wednesday, August 3, 2011

Play station

As salam

Dah hari ke-3 puasa.. yang duduk lepak2 dirumah tu buat apa yer? Macam aku ni. erm.. Aku masih lagi tak bekerja.

Aku ada ramai adik2 lelaki. Semenjak abang aku beli play station beberapa tahun lepas, Aku pun tak tahu bila. 4 tahun aku belajar di negeri orang. Sekarang je baru boleh stay dekat rumah. Berbalik pada cerita, adik2 aku ni suka sangat la mengadap play station daripada mengadap buku. Dah la adik aku ni nak exam penting, SPM. Kalau tak main play station, mesti main game komputer. Jenuh dah nasihat, tapi tak makan saman.

Biasa kalau budak2 sekolah rendah dulu, main game pun, game yang senang2 je. Game lawan2 seperti mortal kombat, soulcalibur, lumba kereta, or gusti

Tapi sekarang, teknologi game pun dah lama maju. Melalui pemerhatian aku, game yang jenis adventure lebih digemari. Tahap demi satu tahap, musuh pun semakin sukar, dan senjata pun semakin canggih. Ala game2 lain pun macam tu juga. Mana2 movie terbaru keluar, pasti akan ada game yang se'tajuk' dengannya. Seperti president evil, Tomb Raider, Lord of the ring, final fantasy dan banyak lagi lah.


Bagi pendapat aku, bila hari2 aku asyik join tengok adik aku main game, aku rasa game ni ada la bagusnya. Tak lah negatif semuanya. Adik aku dah semakin hebat Bahasa Inggeris nya melalui permainan game la. Ya, ini serius maa. Dan aku rasa juga, kebanyakkan game, ada memerlukan daya berfikir si pemain. Pemain perlu berfikir macamana cara nak keluar dari sesuatu tempat, senjata mana harus digunakan dan macam2 lagi. Semuanya memerlukan strategi tau. Nak main tipu ke main jujur ke. Strategi itu semua.

Dan Aku suka tengok adik aku main game "God of War". Game ni, Berdasarkan kisah sejarah lama yunani klasik yang ditokok tambah bagi meng' extrem' kan lagi permainan. Sejarah2 lain pun ada rasanya. Memang la tak logik. Yelah, seolah2 si pemain ni je yang terbaik. Yang mengubah dan mengawal dunia ni dan berjuang seorang diri. Jangan lah kita pecaya mana yang bukan2 tu kan. Bermain untuk suka2 sahaja. Bagi orang lain, aku tak tahulah.

Tapi aku suka cara game 'god of war' ni hidup, Ada flow yang best yang buatkan aku seronok untuk terus tengok. Yang memerlukan pemain berfikir untuk maju. Kaedah menyelesaikan masalah yang unik dan kreatif. Kadang2 aku pun turut bersemangat nak cari klu dan strategi supaya si hero ni boleh lepas ke tahap seterusnya. Mulalah aku membebel itu ini bila time adik aku tengah main. Adik aku pulak (pemain) nya steady je tak bunyi. keh3

Apa2 pun. Main2 juga.. buku jangan lupa.
Aku reti main game simple2 je. Tak reti la main game perang2, gaduh2 besar ni. Setakat main game Angry bird dekat pc or hp boleh la. hahaa

ok la, selamat malam. Jangan lupa bersahur.

Tuesday, August 2, 2011

memesis doodle

As salam

Waktu aku sekolah dulu, Aku tak adalah minat seni.hihi.. Aku ambik subjek seni waktu form 1, 2 and 3 je. Waktu aku form 4, aku dah ambil aliran sains, Jadi hal2 berkaitan seni aku dah tak ambil hal. Walaupun aku aliran sains, aku tak ambil subjek biologi kerana subjek biologi untuk kelas aku telah ditukar ke subjek lukisan kejuruteraan.

Lukisan kejuruteraan lebih kepada bagaimana kita membayangkan sesuatu objek tu diunjurkan. Subjek ini banyak menggunakan daya imaginasi dan ketelitian. Oh tak lupa, praktis pun penting. Lukisan kejuruteraan adalah subjek yang aku skor . Bagi aku, subjek ni lebih 'senang' berbanding subjek fizik, kimia, add math,dan EST yang juga merupakan subjek elektif sama seperti subjek lukisan kejuruteraan.

Bercerita tentang imaginasi, aku fail melukis kartun jika menggunakan daya imaginasi. Doodle2 yang simple boleh la. Tapi kalau doodle2 yang semacam anime tu, itu aku akan tiru dekat wallpaper anime. Of course la sumber nya adalah pakcik google dan mak cik yahoo.

Di bawah ini adalah step melukis anime yang aku lukis mengikut imej asal.

Photobucket

Bila dah siap lukis, bolehlah sesuka hati nak tukar warna, gaya or apa2 je yang nak diubahsuai.

Hah..kan aku boleh tukar2 warna mengikut yang aku nak. Puas bukan. Kalau aku pandai lukis berdasarkan imaginasi, lagi la aku rasa puas. Aku dah cuba tapi tak jadi.

Anime yang siap dilukis, boleh la nak ditambah kerawang2 ke, or dibuang mana2 yang tak nak.
Itulah yang aku panggil memesis doodle.

Cukup dulu buat malam ni.

salam..

Sunday, July 31, 2011

Puasa

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

Bagi umat islam khasnya, kita sedia maklum, esok jatuhnya 1 Ramadhan. Seperti dalam Al-Quran juga menyatakan..

So, feza lukis satu doodle bertudung kali ini bagi menyatakan..

Jangan lupa bangun sahur ya..
Semoga ramadhan kali ini lebih baik drp ramadhan sebelumnya...

Saturday, July 30, 2011

SEGMEN TAULADAN : JOM INGAT PESANAN IBU AYAH

As salam

Disebabkan malam ni aku free.. Aku rasa rajin plak nak join satu segmen ni. Ini first aku join segmen. Segmen ni bagus, boleh muhasabah diri.

Segmen ni dari mr syafikmokhtar.

Ayah aku seorang yang tegas dan pendiam. Semua anak2 dia takut nak cakap or mintak apa2. Semuanya di wakilkan kepada emak. Lelaki seperti ayah payah nak tunjuk kasih sayang pada anak2 dia. Tapi aku tahu, ayah selalu bertanya mak pasal anak2 dia.

Tapi, satu hal yang ayah pesan. " Jangan jemu menuntut ilmu, Jangan dikejar ilmu dunia semata2, ilmu akhirat juga". Kata ayah, ayah bersyukur sebab anak2 ayah semua boleh bersekolah, tak buta huruf. Ada ilmu agama, tahu ilmu dunia. Boleh fikir mana baik dan buruk.

Pesanan emak pula, memang banyak la kalau nak cerita. Dari sekecil2 hal sehingga sebesar2 hal. Setiap perkara akan ada pesanan nya. Contohnya, kalau nak tido. Jangan lupa basuh kaki, gosok gigi dan baca doa tido. Kalau dengan Orang yang lebih tua, Nak jalan tu tundukkan kepala, Jangan suka mencelah orang sedang bercakap. Macam2 pesanan bergantung pada situasi la.

Bila aku dah dekat U, pesanan lebih direct dan lebih kedewasaan la. Jangan nak gedik2 bercinta sampai terbengkalai buku2 belajar, Jaga adab, jaga maruah diri. Jangan berlagak, jangan dan jangan.. Sekarang aku dah pun grad. Alhamdulillah.

Mak pun dah berpesan dah " nnti bila dah dapat kerja, jangan nak sombongkan diri". rajin bertanya. Tolong orang yang memerlukan bantuan kita" .. Aku belum dapat kerja lagi ni dah dapat pesanan. Bertapa mereka menyayangi ku.. aku suka dan sayang mereka.

Biasalah kan. Mereka sebagai orang tua ingin kan yang terbaik untuk anak2 agar anak2 tidak terpesong dan jadi manusia yang 'manusia' . Bukan manusia monkey or haiwan2 lain. Aku bersyukur mempunyai emak dan ayah seperti kamu encik ayah dan puan emak. Sayang kamu..

insan terpilih untuk aku tag ialah cik sha.

Friday, July 29, 2011

Konvo

As salam

Tanggal 28hb July 2011, hari khamis pada pukul 2.30 petang majlis konvo aku selamat berlangsung. Sayangnya, Aku tak sempat nak bergambar sangat kerana waktu tak mengizinkan. Di bawah adalah gambar yang aku 'curi' dari fb kawan aku. huhu..

Walaupun aku bawa kamera, tapi, kamera abang aku yang pegang. Semua gambar dalam kamera pada hari itu adalah gambar abang aku. Dah la henfon pun aku tak bawa bila masuk dewan. Hanya dua keping je gambar aku bersama jubah. Apa lah abang aku ni. Sedih tau.



Misi baru, adalah mencari kerja. Aku kena kumpul duit untuk raya ni. Baru la boleh nak bergaya sakan.