As salam
Apa-apa perkara yang kita lakukan dalam hidup, mestilah kita nakkan keberkatan kan.
Aku nak kecilkan nya dalam skop mereka2 yang bekerja.
Contoh kerjaya orang asyik sebut2 ialah kerjaya guru. Aku sendiri pun pernah alami tugas ini walaupun hanya seketika. Tahu tak, seorang guru yang dah
pastinya tetap kerjaya dan gajinya boleh je hanya mengajar...mengajar...mengajar, berjalan kesana kemari, turun naik tangga, sampai waktu balik, punch card then balik. Sama ada pelajar tu faham ke tidak itu Lantak dia la.
yes, Seorang yang bergelar
cikgu boleh je buat semua tu.. tapi kenapa
kebanyakkan guru yang kita kenal
tidak seperti itu. Kenapa seorang cikgu tetap berusaha supaya kita faham dan dapat ilmu yang diajar. Kenapa cikgu mesti terlalu berusaha untuk pelajar2. kenapa? kenapa?
Ya..KERJA TU AMANAH. Apa pun, kalau kita ikhlas dan pegang amanah kita dalam bekerja, kita takkan rasa menyampah/ benci dengan kerja yang kita buat. Malah, hari2 kita rasa bersemangat untuk bekerja.
Aku??
Sebagai penjaga pam, aku kena amanah dengan duit yang dipegang. Amanah dengan waktu kerja. Barulah duit gaji yang kita terima tiap2 bulan tak sia2.
Kita tahu ke duit gaji kita tu berkat ke tak?? itu tepuk dada tanya iman.

KEBERKATAN dari DIA YANG ESA yang kita inginkan bukan??
p/s : Kecewa bila melihat Melayu yang layu dalam kerja... Apa pun, aku juga seorang melayu. Aku tak mahu LAYU itu menjadi aku. Tapi aku mahu MELAYU yang kita boleh bangga.
ok bai. aku nak pergi kerja. zass