Wednesday, December 28, 2011

pejam celik pejam celik

Assalamualaikum..

Hampir sebulan tak menulis apa2 entri. Sebab tak update? itu biarlah rahsia.
senyum..

Banyak perkara kan berlaku sekarang ni? tengok tak apa yang terjadi dekat dungun, hakisan tanah yang agak teruk berlaku sehingga ke tengah jalan raya. Kuat betul ombaknya kan. Oh, aku juga tinggal berdekatan dengan pantai, tapi bukan pantai dungun. Aku dapat dengar air laut yang menghempas pasir pantai. Ombak agak ganas sekarang. chop3.. tolongla sila jangan sama kan ombak ini dengan ombak rindu atau pun cerita ong bak. Tak ada kaitan.. titik.

Dah akhir bulan kan, kedatangan bulan januari yang agak suspen bagi aku. Aku kena bersedia study dengan isu2 semasa, dan isu2 pendidikan. karat2 dalam kepala mesti kena sental kuat2.
erm, aku juga dengar isu mahasiswa. Gaduh2 lagi. Siap video lagi nak tampar dan ludah. Aku no komen.

tup2 terhasil video daripada pelajar2 uitm buat. Ala, yang pasal myspace tu. tergelak aku.

ok tu je kot.

apa2 pun yang berlaku, gunakan akal anda, seolah2 nyawa anda bergantung kepadanya.
Berdoa, semoga esok lebih baik dari hari ini dan seterusnya. Amin.

moh kita baca buku pulak..
psstt : ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai ke penghabisan umur. Jadi, meh2 la kita berkawan dengan ilmu dan kepandaian. Tak ada ruginya. InsyaALLAh.

Wednesday, November 30, 2011

Word less

Assalamualaikum.

Jangan berhenti berfikir..
Moga ada jalan penyelesaian.

Sunday, November 27, 2011

Akhir dan Awal

Assalamualaikum

Hari ini, 27 November 2011, Ahad..

Apa istimewanya hari ni??

Jangan tengok pada tarikh orang barat punya kalendar ok. Kita tengok tarikh kalendar islam..
hari ni jatuhnya Satu Muharam bersamaan 1433 H. Maka, kita tahu 1432 H telah berakhir.

So, kita macamana pula hijrah kita??
menung sekejap,
...thinking....

smile.
peace no war.salam

Thursday, November 24, 2011

Pheww..

As salam

Tadi mood aku bengang. Tak pasal2 dekat shoutmix aku ni ada link ke web porno. Aku menyumpah seranah sekejap. Lepas tu aku cool balik dan cuba bertenang cari penyelesaian untuk delete link tu. Tak tahulah kan kot ada orang dah buka link tu dan lepas tu SHOCK tengok web tu.

Aku akui, aku buka. Sebab aku tak tahu web tu link web yang macam gitu. Sah2 aku SHOCK.

"Bengongggg" perkataan pertama aku sebut. huk2. maaf, ayat kurang sopan diguna.

Lepas tu, dari pertolongan seorang blogger. Aku berjaya delete. pheww.. lega.

Aku ni dah la jenis yang cepat panik. Benda2 macam ni boleh buat kan aku panik tahu..
Apadaaa..

tak pasal2 aku buat entri ni. Sekaligus update ini blog. apa kess..
k r. zass

Tuesday, November 22, 2011

amanah

As salam

Apa-apa perkara yang kita lakukan dalam hidup, mestilah kita nakkan keberkatan kan.
Aku nak kecilkan nya dalam skop mereka2 yang bekerja.

Contoh kerjaya orang asyik sebut2 ialah kerjaya guru. Aku sendiri pun pernah alami tugas ini walaupun hanya seketika. Tahu tak, seorang guru yang dah pastinya tetap kerjaya dan gajinya boleh je hanya mengajar...mengajar...mengajar, berjalan kesana kemari, turun naik tangga, sampai waktu balik, punch card then balik. Sama ada pelajar tu faham ke tidak itu Lantak dia la.

yes, Seorang yang bergelar cikgu boleh je buat semua tu.. tapi kenapa kebanyakkan guru yang kita kenal tidak seperti itu. Kenapa seorang cikgu tetap berusaha supaya kita faham dan dapat ilmu yang diajar. Kenapa cikgu mesti terlalu berusaha untuk pelajar2. kenapa? kenapa?

Ya..KERJA TU AMANAH. Apa pun, kalau kita ikhlas dan pegang amanah kita dalam bekerja, kita takkan rasa menyampah/ benci dengan kerja yang kita buat. Malah, hari2 kita rasa bersemangat untuk bekerja.

Aku??

Sebagai penjaga pam, aku kena amanah dengan duit yang dipegang. Amanah dengan waktu kerja. Barulah duit gaji yang kita terima tiap2 bulan tak sia2.

Kita tahu ke duit gaji kita tu berkat ke tak?? itu tepuk dada tanya iman.

KEBERKATAN dari DIA YANG ESA yang kita inginkan bukan??

p/s : Kecewa bila melihat Melayu yang layu dalam kerja... Apa pun, aku juga seorang melayu. Aku tak mahu LAYU itu menjadi aku. Tapi aku mahu MELAYU yang kita boleh bangga.

ok bai. aku nak pergi kerja. zass

Thursday, November 17, 2011

zero

Assalamualaikum..

Semalam 3 kali aku buat entry.
tapi esok lusa? berapa kali pulak.

Aku bukan tak nak update tiap2 hari. Tapi serius, aku memang tak ada idea nak update ape. Jadi aku just tengok blog2 orang lain je la.

ok2. Aku update la ni. ini kira update ke? Siapa kisah aku update atau tak. ngeh2..
Banyak betul perkataan update entri kali ni.

ok bai
sekian..

Wednesday, November 16, 2011

WW

Assalamualaikum..

Mula2 tak pecaya, tapi cuba tengok sini .
Terima kasih sebab sudi singgah dan preview blog feza yang entah pape ni.

Khas untuk anda..


Buat blogger Nadh. Pastinya anda peminat Hijau... kot.
Jom terjah Beliau.