Wednesday, April 25, 2012

Kembali

Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas, aku dikejutkan berita kehilangan seorang kawan lama. Meninggal kerana penyakit yang dihadapinya sekian lama. LEUKIMIA.

Hari yang sama, tok guru mengaji aku juga pergi buat selamanya.

Al-fatihah.

Kematian itu wajib bagi semua yang hidup.
Bila, dimana, dan kenapa sebab kita pergi itu adalah kehendak-NYA.
semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang2 yang beriman.

Wednesday, April 18, 2012

Contest Doodle Glinder

Assalamualaikum..

Bila suatu hari, sugar glider yang bernama Gandalf the Grey tidak lagi mahu mengembangkan sayapnya.. eh.. eh.ada sayap ke?. hukhuk..Mengembangkan tanganya.

Gandalf tidak suka melompat lagi. Terkinja2 seperti manusia di dalam club yang pernah dilihatnya. Namun keinginan untuk terbang meluap2. Maka,


yeah..
aku terbang..

nak join? jom

contest ni dianjurkan oleh MIJ a.k.a merah itu jambu

Wednesday, March 28, 2012

Senyum

Assalamualaikum..

Senyumlah..Senyum tu sedekah..
tapi jangan senyum mengoda.

psst : rabu sepi

Sunday, March 25, 2012

tanduk menanduk

Assalamualaikum..

Tanduk menanduk..

First sekali.. ini bukan pasal menanduk bola. Aku tahu la sekarang musim bola.
Pernah tengok tak lembu main gurau2 dengan geng dia. haa.. kan lembu suka main tanduk menanduk. Lembu ni main2 tanduk menanduk ni tak kira tempat.

Apsal aku citer pasal lembu dan tanduk menanduk ni??

Meh aku nak cerita..

Masa aku drive kereta di jalan raya dua hala, Ada la dua ekor lembu ni main tanduk2 dekat tepi jalan..
tepi jalan ok.

Photobucket

Aku memandu macam biasa la kan. khusyuk, dan steady. Agak laju juga la

Photobucket

Tiba-tiba.. dua ekor lembu ni menanduk dan melompat2 depan dan belakang.. Saat tu juga kereta yang aku pandu melewati lembu tu. Aku nak belok kanan, tiba2 kereta dari arah kanan yang bertentangan tu bawak laju gila. Nak mati la kan kalau aku nak masuk kanan jugak.

Aku kawal la kereta tu elok2. Nak berhenti dah takde ruang dah. Sipi2 je ruang tu. Kira sepatutnya memang tak kena la dengan lembu tu. Tiba2 lembu tu melompat ke belakang..

chaitttt.. tak guna punya lembu..
habis kereta kemek
tidakkkkk!!!

ok fine. salah aku. Nak salahkan lembu. Lembu faham apa.

Saturday, March 17, 2012

Momento

Assalamualaikum

Say say say
mie mie mie
top top top

chikeboom..
chikeboom..


Photobucket

Memori zaman kanak2

kalau ada yang tak pernah main tepuk2 5 masa kecik2 dulu..
tak pernah nyanyi lagu ni..
bohong la kot.

Dulu tak secanggih sekarang.. PS pun takde.
Yang jadi permainan waktu tu jenis kotor dan tak kotor.
Dari main masak2, kawin olok2, batu seremban, jentik penutup botol, galah panjang, ting2, baling selipar, nyorok2, police n thief, dan banyak lagi la.

Maka nya, takkan la main sorang2 kan. Mesti la main dengan kawan2. Lagi syok bila cuti sekolah bermula.. yiehaaa..

Cuti sekolah sekarang??.. adik2 mengadap laptop, PS..
kadang2 main berdua. Kadang2 kaku depan komputer layan fb, layan game sambil dgr muzik.Tak pun mengadap TV dari sejam ke sejam. Tak putus2 siaran. errr...

okla
selamat berhujung minggu...
smile.

Wednesday, February 29, 2012

tahun lompat..

Assalamualaikum..

Hari ni, tarikh yang 4 tahun sekali kita boleh jumpa.

dan hari ni. Aku buat keputusan yang telah dipikir panjang2.. iaitu
aku berenti kerja.

Sebelum ni.. kerja aku.
Greeting dekat customer tiap2 hari.


Dan hari ni, aku hantar baju seragam kerja. Jumpa dengan bos besar. Bos pujuk aku jangan berenti. Banyak kali dia tanya aku. "confirm ke ni nak berenti? dan aku jawab., YA.

ahh.. tak kira tak kira. aku nak berenti jugak.



Misi menyelamatkan diri aku. Menuju ke arah yang lebih baik.

29 Februari..
kita jumpa 4 tahun lagi okeh.
kalau masih diberi nyawa oleh-NYA..

salam

Sunday, February 19, 2012

cikgu

Assalamualaikum..

Agak lama aku tak buat anigif..

Agak jarang juga mengupdate blog..

cerita hari ini bertajuk..

"CIKGU"

aku malas nak tunggu 16 mei la..
ceritanya

cikgu ni bila dekat sekolah, macam2 kerja cikgu buat.


cikgu

Ye la.
Bila kutip yuran... cikgu jadi la akauntan
Bila ceramah.. cikgu jadi motivator
Bila ada pelajar mencuri .. cikgu jadi detektif.

dan begitulah seterusnya kerjaya2 lain yang bakal cikgu buat yang mana guru perlu dan harus buat demi kepentingan pelajar dan sekolah.

Bagi yang telah bergelar cikgu or guru.. aku tabik hormat. Kau amat mulia di mata ku.

kau yang terbaik wahai cikgu.

nota : sabar dalam mendidik, tidak putus asa dalam mengajar. itu lah guru yang aku paling kagum.