Monday, January 25, 2010

kerja lama

Sedar tak sedar..dah tahun 2010.okla.kita imbas kembali kerja2 lama yang pernah aku lakukan. fotografi..ya..aku pernah mengambil fotografi..dan buktinya flickr aku di bawah sana.dan lihat disini gambar semasa studio foto makanan yang merupakan subjek untuk kerja kumpulan 3 orang. Elina, fairus dan juga aku la.


dan ini pula adalah kerja semasa subjek Asas Grafik. membuat poster.langkah pembuatan aku tunjukkan sikit dan hasil nya mcm di bawah. tajuknya "DADA ORANG YANG BERILMU IALAH PETI RAHSIANYA". orang yang menjadi mangsa model aku adalah cik soffya. kerja ni melibatkan penggunaaan software photoshop dan ilustrator. tajuk tugasan adalah menghasilkan design yang mana melibatkan kata-kata nasihat. mula2 shot satu gambar yang aku nak model aku buat, kemudian edit la biar jadi design yang best. best la kot.haha. design ni saiz A3. lepas tu mcm biasa la print dan frame kan. lepas tu assesment dengan pensyarah.

yang ini pulak web yang diajar oleh en fadhil menggunakan dreamweaver. ni first time guna software ni. mula2 tu agak pening jugak nak buat. byk mistake lar.. dah ler belaja dalam 10 minit. pensyarah just tunjuk cara nya dengan dia duk tekan2 laptopnya sambil kita ni terkebil2 tengok. menguji daya ingatan jugak. dah la aku ni confuse penggunaan shotcut keyboard. kalau setakat ctrl+c or ctrl+v aku tahu. tapi kalau dah banyak.leh ter'confuse' key mana yang nak kena tekan. Web ini sepatutnya ada trailer. tapi semenjak format laptop..tak kuar la pulak trailer dia.huhuu..ni dia punya layout web tu yang aku print screen kan.

manakala sem dua juga kami belajar typografi.Apa typografi tu? masa mula2 dengan aku penin jugak, apa menda tu.. so bila aku belaja, jadi aku tahu la typografi tu adalah jenis-jenis muka taip .masa tu cik Izatti yang ajar. walaupun begitu,disebbkan beberapa masalah sikit jadi pensyarah aku tak banyak masuk kelas, kami hanya diberikan tugasan. mana tak gelabah. ajar pun kurang alih2 dapat due date hantar asignment. mati lor. tapi aku suka cik izzati. masa dia masuk kelas, dia ajar mana yang sempat. Projek akhir masa tu kena wat poster menggunakan typo sahaja. dah nama pun belaja typo. dan hasil poster ku seperti di bawah. yang bertajuk..ingat lah orang tersayang. :)

Ok lah..setakat tu dulu kita waktu kita imbas kembali.lain kali aku masukkan lagi.babaii


No comments: