Monday, August 29, 2011

Rasa Syukur

As salam..

Esok raya kan?

Esok la aku buat entri raya.. hari ni, aku nak citer kisah lain. Seperti tajuk entri,

Al kisahnya..

Aku kan kerja sementara. Yelah, nak cari duit raya untuk anak2 buah dan untuk tampung kehidupan aku sementara aku dapat kerja tetap.

Nak tahu aku kerja apa? aku kerja shell minyak.

Semalam, aku kerja seperti biasa la. Jumpa pelbagai jenis manusia dan perangai. Kerja aku, jadi tukang isi minyak la. Biasanya aku jaga bahagian motor. Then, ada seorang pakcik ni, sedang aku isi minyak motornya, pak cik ni ternampak seorang perempuan lain yang juga jaga pam motor.

Biasanya, aku sorang je yang jaga. Sebenarnya itu pekerja baru masuk yang juga diarahkan jaga pam minyak seperti aku
.
Aku tak sangka pakcik tu akan tanya

Aku yang masih fokus nak buat kiraan duit ni terpinga2. Aku pun jawab,

aku : takk, tapi adik beradik dia kerja sini la.

Belum sempat aku nak explain, pakcik ni terus cakap

pakcik : huh, belajar tak nak, lepas tu bawak adik pula kerja shell. Dah tak de duit sangat ke sampai ajak adik kerja pam minyak.

aku : hah?? eh, saya kerja..

belum sempat aku nak cakap lebih2, pak cik tu terus potong cakap aku

pakcik : Macam inilah jadi kalau belajar pun malas, kerja pam minyak je. Terdesak duit sangat la tu. Lepas tu ajak adik.

Aku : .......

pak cik tu terus pergi setelah aku bagi wang baki. Aku terkelu..

Ohh pak cik..

Pakcik tu tak dengar agaknya aku jawab takk.
Aku nak cakap, abang dia kerja sini juga. Pekerja baru tu muda lagi, umur 17 tahun rasanya. Sepatutnya kena bersekolah la kan. Itu sebab la kot, pak cik cakap aku malas belajar, lepas tu heret adik2 sekali. Budak tu sebenarnya yang tak nak sekolah pakcik.

ohh pak cik..

Hina sangat ke kerja pam minyak?? Kerja begini hanya untuk orang2 yang malas belajar je ke?

takpe, mungkin pakcik salah faham tadi. Aku senyum je..

aku tak malu kerja pam minyak ni, aku cari rezeki halal untuk tampung kehidupan aku. Aku dah besar panjang, takkan lah aku nak mintak duit dengan mak ayah lagi. Dan aku bangga, aku dapat duit dengan hasil titik peluh aku sendiri.

Kalau kerja macam ni malu, kerja nelayan macamna?

Aku adalah anak seorang nelayan. Aku tak malu ada ayah nelayan.. sungguh!!. Aku bangga punyai seorang ayah yang kuat bekerja. Setiap hari ke laut menangkap ikan. Apatah lagi di bulan2 puasa.

Kerana hasil rezeki laut inilah, aku dan adik beradik ni boleh membesar dengan baik. Kerana kesusahan ayah inilah, aku nekad belajar dengan tekun. Sehingga aku pun dah grad dengan cemerlang. Aku sikit pun tak malu dengan pekerjaan ayah. Apatah lagi aku nak memandang hina pekerjaan2 lain.

Sesungguhnya, aku juga manusia, aku juga kadang2 memberontak.. kenapa aku tak seperti orang lain, yang dapat apa sahaja yang diinginkan. Alhamdulillah, bila aku mula ambil exam spm, aku dapat lihat kesusahan mak dan ayah depan mata sendiri. Sikit demi sikit, aku belajar, pelihara rasa bersyukur dengan keadaan keluarga aku, kerna aku tahu, ada orang lain yang lebih susah berbanding keluarga aku.


Akhir ramadhan, Semoga kita dapat bertemu lagi jika masih ada umur
syukurlah, esok hari kemenangan kita umat islam yang berpuasa.

(puasa dah macam jadi hari2 biasa- boleh nampak orang minum / hisap rokok dengan selamba. Kemana hilang ramadhan sebulan sekali dalam setahun tu?? )

salam..

2 comments:

Black Roses said...

Wasalam.. tak hina pon kerja kak stesen minyak tu.. sye igt pas SPM pon nak keje situ.. so sy leh kate sy sokong anda! :D

Rnova said...

Biasalah manusia, cepat wat kesimpulan sendiri pada kali pertama dia tgk...