Friday, November 4, 2011

Dropping Rain

Assalamualaikum..

Awan selalu mendung dan asyik menangis... kenapa ya?
oh.. perubahan monsun.

Mungkinkah awan "sedih" melihat manusia yang selalu bersungut dan tak pandai menghargai.
Bila panas nakkan hujan. Bila hujan, nakkan panas. Lalu tangisan awan menenggelami bumi dengan dasyat. Nah, tenggelam bumi Thailand.

Manusia mula memarahi hujan. Mati segala ternakan dan tanaman. Manusia tak sabar pula nak menanti panas. Mahu panas mengeringkan segala baju basah di ampaian.

Bersabarlah..
tunggu giliran.
Masa akan terus berjalan.

Jalani kehidupan dengan sabar dan senyuman.

Walaupun tak terniat nak mandi hujan.. Masuk hari ni, dah beberapa kali 'termandi' hujan.
Kalau menangis dalam hujan pun orang tak akan perasan.
itu lah bagusnya hujan. Memahami keadaan.

salam jumaat ^_^

peace no war

7 comments:

Anonymous said...

bila panas kita cari hujan, bila hujan kita cari panas plak kan?? :)

THE AUTHOR said...

sama kita..kat melaka..tiap2 ptg hujan.
time nak balik kerja hujan...huhhhuh

ILA HonEyBuNNy said...

selalu jugak bermain dengan "hujan" neh....ngeh3...

ya...sabar itu indah...sabar selagi boleh bersabar....insyaAllah pasti akan ada kmnsn di sebalik ksbrn kita...;)

hamzah ian said...

hujan itu nikmat

Ce'gu JAERA said...

hujan dan panas adalah rahmat utk kita sentiasa bersyukur dengan apa yang dianugerahkan...

salam aidil adha feza

merahitujambu said...

hari2 mandi hujan tau

Rnova said...

saya suka hujan....balik keja suka redah hujan...tak suka pakai payung...