Monday, January 27, 2014

aku berubah ?

Assalamualaikum..

Jam aku sekarang menunjukkan pukul 2.30 pagi. Hari ini dah hari isnin yang mana pagi selepas subuh orang bersiap nak pergi kerja.

Dan sekarang aku dengan wajah ceria penuh khusyuk menaip entri ini.
Nampak tak masalah sekarang ni?.

Ini la yang telah berlaku setiap minggu selepas masuk tahun baru. Biasanya akan berlaku dua or tiga kali seminggu.
Sbnrnya...
AKU TAK DAPAT TIDUR!!!.

Aku sedia maklum akan perubahan suhu yang berlaku. Aku juga sedia maklum akan masalah sayur kangkung. Aku tak kata aku tak ambil peduli. Sekarang yang aku peduli, kenapa aku dh payah sangat nk tidur dengan lena sekarang.

Apa yang sedang berlaku pada diri aku ni??. Aku juga turut berubah seperti cuaca kah?
Sebelum ini, aku sangat2 jarang alami masalah tidak dapat tidur kalau aku mahu tidur.
Diulang.. jika aku sendiri mahu tidur. Kawan2, keluarga , semua tahu aku jenis cepat lena dalam tempoh yang singkat. Tapi sekarang??? Apa yang berlaku pada aku. Huwaaaa...

Puas aku pejam, puas bergolek, cuba kosongkan fikiran. Tapi aku masih sedar.
Sampai suatu tahap, aku ambil ubat batuk, ubat selsema untuk aku TIDUR. Iya la, sebelum ni aku mana ada ambil ubat tidur. Aku belasah je ubat yang boleh mybbkn aku mengantuk.

Aku jd stress bila time malam. Aku jd lesu time kerja, aku rasa badan aku ni bukan badan aku yg dulu lagi. Aku betul2 tak larat dengan semua ini. Ohhhhhh

INSOMNIA??? Aku kah yg alami itu sekarang?aku selalu gelak bila orang ada masalah tidur. Bagi aku, tidur adalah sesuatu yg mudah. Itu dulu ok.

Maaf, entri pjg. Sungguh aku stress lo ni.

"Perkara paling teruk dalam hidup ini adalah cuba untuk melelapkan mata namun gagal untuk memperoleh tidur yang diingini "
                                                          F.Scott Fitzgerald- penulis novel

No comments: