Thursday, July 14, 2011

# cerita 7 - Kisah ke TM

As salam

Aku telah pulang keTRG. yea.. ikuti kisahku bersama si doodle..

Photobucket

sambungannya..
sekian..
terima kasih.

Monday, July 11, 2011

# cerita 6 - ComiNg SoON TM

Assalamualaikum..

Syok2 aku bermanja-manja dengan domo ku, Main peluk2, cium2. Lepas main tarik2.. Lepas tu, erkk..terlintas dalam kepala.. Esok dah dowh aku nak pi TM. Kena packing baju ni. Siap2 kan mana yang patut. Domo ku campak ke tepi. Di suatu sudut Domo meratap sepi "habis madu sepah dibuang.sob2".

Pembetulan.. Aku tak ada domo ok. Katil aku clear tak ada jenis bantal peluk or patung mainan yang besar itu pun. Bear ke, Spongebob ke, Doremon ke, Atromen ke, Power Rangers ke, Malah Naruto pun xde. Bukan aku tak suka. Mmg cute. Cuma aku tak diajar bela 'bantal' yang sebagaimana di atas.

Berbalik pada cerita, Malam ni, aku bersedia untuk berkemas. Ceh, Pergi TM satu hari pun kecoh. Tiba2 aku terdengar suara2 halus.. "Nak kemas apa benda nya, bukan ko pergi seminggu. Gila Batak ko feza"..

Dengan lantang aku menjawab
"Well, aku mmg batak. Ko diam2 sudah.. menyibokk je. keh2
suara itu pun hilang.. .

suara halus apa.. itu aku punya monolog je lah.

Walaupun aku tengah tak ada duit. Tapi perjalanan esok wajib juga aku lalui. Kalau tak, tak berjubah la aku time konvo nnti. Tawakkal je la nak rest kat mana, nak makan mcmana, nak mandi mcmna. Sampai sana nnti, ada la tu jalannya. Kalau aku ada duit, xde la aku fikir ini semua. haha..Apa pun..
Sekarang, semua perkara untuk perjalanan esok telah siap. So,
ok la.. daa

salam..

Saturday, July 9, 2011

# cerita 5 - BLoG

As salaM

Dulu aku suka tgk tv. Tapi, sejak aku balik, aku dapat tahu tv rumah aku di ruang tamu sudah rosak.. Jadi mood nak tgk tv dah kurang. Bila tgk Tv dkt dapur pulak, kadang2 aku rasa boring pulak. Jadi, aku tuju pada lappy kesayangan aku je la bagi mengisi masa. Main2 game, dgr lagu, edit2 gambar, lukis2, dan bila ada internet, automatik aku buka fb dan blog. Pada suatu hari,......

Aku buka fb, chat2 dgn kawan. Disebabkan aku biasa tgk2 blog org2 lain penuh dgn iklan nuffnang. then, aku tanya kawan aku. Apa fungsi nuffnang tu? iklan tu buat apa. Kawan aku pun cakap la yang nuffnang tu adalah bertujuan mempromot blog kita la. Lagi satu, kalau ramai follower, dan traffic dekat satu2 blog tu hebat, Mungkin boleh mendapat hasil dapatan yang tinggi tanpa perlu nak susah payah kerja. Hanya dengan berblogging. Ohhh..itu la fungsinya..
senyum je la aku.

Aku pernah la jalan2 melihat blog2 orang. Itu sebab la aku cakap aku biasa tengok blog2 orang. Jangan salah faham, aku tak berminat nak menjadi blogger aktif. Aku suka lihat info2 or cerita2 best yang boleh buat aku tertarik, terpaku, dan kdg2 memberi ilmu yang berguna utk aku. Bila aku melawat, kadang2 aku click iklan nuffnang mereka2 tu. Sebagai ucapan terima kasih atas entri2 yang ditulis.

kalau orang nak aku jadi follower, aku on je. sah2 lepas tu apa2 entry baru yang dipost akan aku ketahui. Ada la juga part aku membaca daripada aku hari2 asyik main game.
Aku menulis untuk ingatan aku shja. Tapi aku letak shoutbox juga. Kira ini bukan blog privasi aku. Kalau blog privasi utk jiwa2 kacau aku, sah2 aku tak letak. ngahaahaa..

Follower??.. Tk kisah ada or xde.

sb aku pun tak ada usaha menjadikan ianya ada.

Aku tak edit blog aku sgt, aku tak join apa2 utk cheerful kan blog ni , Dan aku suka menulis pjg2. Boleh muntah huruf bila baca.
Semua tu aku pedulik hape. Aku still happy dgn keadaan sekarang.
see?? lebar aku senyum tu
Aku buat blog ni sebab aku rasa nak menulis. Tak salah kan??
Lagipun, aku jenis low profile. Tak glamer pun tak apa. hik2. Aku kuat berblog, tapi tak kuat utk jadi blogger yang aktif. Kadang2 biar blog bersarang pun aku tak kisah.

Lagi satu, aku malas la nak jadi blogger aktif yang kena ikut semua step demi nak attract pembaca dtg tgk blog aku, dan jadi follower aku. Berusaha utk awrd la dan mcm2 lagi. Sgt malas untuk itu semua. Aku rajin buat benda lain je..haha.

Kalau aku ada komen2 blog orang tu, maknanya aku tengah rajin.hehee
ok la. itu sahaja.. Dah banyak aku membebel

arios..

Friday, July 8, 2011

# cerita 4 - Oh Duit

As salam

Hari ni, abang aku bawak motor dia dari jauh sana ke rumah kami. Kata emak, abang jual pada aku. Aku kena bayar ansur2 bila aku ada duit. Ala motor yang pernah aku bawa masa aku praktikal dulu. Itu masa aku bawak dengan Lesen L. Tapi sekarang dah xda makna. Lesen L aku dah tamat tempoh 2 tahun. Terpaksa aku mula dari awal semula. ciss..

Masalahnya sekarang ialah, Tujuan aku memiliki motor ini adalah utk aku mencari kerja, tetapi memandangkan aku dah xde lesen, Ayah aku tak bagi aku bawak motor. Nanti ditengkingnya aku, tak ke aku terkencing kat situ jugak. hehe.. itu tipu. Ayah aku tak tengking la sampai mcm tu sekali.

Masalah utama, kalau aku nak buat lesen, Aku kena fikirkan soal DUIT. Mana aku nak cekau duit nak buat lesen balik.
Lagi satu hal, iaitu hal konvo.. Perghh.. Memang banyak gila nak pakai duit.
Sewa Jubah - RM100
Tiket Bas utk pergi ambik jubah + Makan + Penginapan = RM200
Minyak kereta utk hari konvo dari KT ke TM - RM ???
Makan - RM ??
Tol - RM ???
Sewa penginapan - RM ???
Kos2 Lain = RM ??

Pertanyaan aku?
kenapalah aku pokai di saat2 ini?.. Kalau tak mesti aku happy gila nak konvo.
Patutlah orang susah, yang belajar tinggi2 ada masalah nak konvo, rupanya konvo ni guna banyak duit. Aku ni kira tahap sederhana la. Masalahnya sekarang aku tengah kering ni.. Family aku pun lebih kurang. Semua tgh pening pasal DUIT.

oh duit..

tapi apa2 pun masalah berkaitan duit, aku tetap nak berkonvo. Kenangan tu beb, selama 4 tahun aku belajar dkt U. Nak seribu daya tak nak..(sila sambung sendiri).. Btul tak??.

Kot2 kerana seribu daya aku itu..
Turun hujan duit ke esok2.. Erk..
itu mengarut.. (=.=')huh!

( apa daya/usaha yang aku buat?)

Ok, sekarang pejam mata..
boleh imagin tak aku pakai jubah konvo..ngeh2.. Batak gilaa aku ni. (perkataan tu aku baru belajar) hehe..

Sedih aku kalau fikir pasal duit masa ni. Bila aku nak kaya ni hah??
aku ada idea mcmna aku boleh dapat duit dengan banyak

Sapa nak join aku? malam ni kita gerak.

huk2.. eh2. jangan serius sngt derr
aku gurau2 je. Jangan ikut idea aku.. tak baik mencuri. Apatah lagi merompak.

k la .daa

Thursday, July 7, 2011

TuliSaN DaLam GambaR

As salam..

Maaf, hari ini aku xbuat doodle, Aku xde tenaga nak bermain dgn lappy pg or ptg td. Aku buka kejap2 je. Terasa mcm nak pitam. No energy.

Sebelum ni aku dah maklum. Aku nak letak work. Work ni aku dah buat lama. Sayang pulak nak delete mcm tu aje. Jd aku masukkan dlm blog dulu la leps tu baru delete.

Work nya ialah, tulisan dalam gambar. Aku lah modelnya..wakaka..



Dengan mengunakan typ0 (jenis muka taip), boleh membentuk imej. Kalau guna banyak typo lagi cun dengan pelbagai jenis saiz.

ini perbezaaan.
Gambar lain yang aku cuba..tadaa.. itu aku jugak. Maaf la, lappy aku ni tidak mempunyai banyak gambar. Hanya banyak gambar aku masa hari raya 2 tahun lepas. Aku banyak buang gambar, movie or pape yang tak pnting. Sebab, masa aku belajar di U, Lappy aku dipenuhi sofware2 untuk membuat assignment. Jadi aku kena buang semua perkara yang boleh supaya kerja aku berjalan dengan baik tanpa 'jem'.

Ok la itu sahaja utk hari ini. Aku ada pesanan nak bagitahu. Tapi si doodle toyol ni katanya dia sendiri nak bagitahu. Aku bagi chance la kat dia la.

sekian..

Wednesday, July 6, 2011

# cerita 3 - Si KucinG

As salam

Hari ini, seperti biasa, aku main2 lappy (laptop) kesayangan aku tu. Kalau bukan main game, aku bukak fb, tapi aku kena tunggu kakak aku balik dulu utk dapatkan internet, Ahh, pinjam internet adik la. Aku terpikir nak buat entri apa hari ini.. ermm.. tetiba masa on yahoo.. aku lupa paswood email, lepas tu ditanya soalan Haiwan peliharaan anda??

Err.. apa ek jawapannya.. Rumah aku ada kucing je. Tapi rasanya aku tak buat jawapannya kucing.. ok cukup, bukan ttg email yang aku nak cerita.

So entri aku kali ini adalah berkaitan kucing. Haiwan peliharaan rumah aku.
Kucing dalam keluarga aku ni ada 3 ekor..eh silap2, 4 ekor kesemuanya. kucing ini adalah milik kakak ipar dan abang aku yang tinggal depan rumah aku. Jadi kucing2 ini haiwan peliharaan keluarga kami la. Sb memang tiap2 hari, kucing ni datang rumah kami.

tempat tidur mereka2 pulak, hanya mochek yang tidur rumah kami. Kucing2 yang lain tidur rumah abang. Si Mochek ni baik, dia ni manja sangat. Tapi dilahirkan cacat. Tengoklah matanya. Warna lain2. Orang lain tengok mesti rasa sedikit takut. Abang aku kutip dia masa dia kecik lagi dan bela sampai sekarang. Si Mochek ni tidur kat rumah aku. Sebabnya....
Kalau Si Kuntum ni bertemu dengan Si Mochek, Maka, tak lain tak bukan akan wajib bergaduh. 'wajib' ok. Maknanya, si Kuntum dan Si Mochek dilarang berjumpa antara satu sama lain. Memang sejak kecil mcm tu. Kekadang aku pun tak faham kenapa si Kuntum dan Si Mochek jadi musuh ketat.

Bila mereka bergaduh, si Mochek selalu terberak dengan tiba2. Si Mochek sangat takut gila dengan si Kuntum. Aku benci kalau mereka bergaduh dalam rumah.

Alih2, kalau bukan tuan dia, or mak aku, tak lain tak bukan mestilah aku kena basuh taik tersebut dengan penuh kusyuk.. (=.=')
Si Kuntum ni hasil hubungan dengan laki dia si Chu dapat la sekor anak. Bulunya hitam+oren. Sepatutnya ramai anak si Kuntum ni, Masa dia mengandung, dia pernah alami accident dengan kereta abang. Akibat accident tu, dia tak leh nak jalan, dah la mengandung. Anak dia mati.. Sekarang Si Kuntum dah sembuh dan dah boleh jalan seperti biasa. Anak dia hanya tinggal seekor je yang terselamat. Nama anak Si Kuntum ni tu adalah Si Bebychek

Si Bebychek yang aktif dan cute

Tengah2 syok aku duk buat entri ni,
Tiba2 mochek datang dekat kaki aku, Ala kucing putih tu. hah.. tetiba datang imaginasi tak logik aku. kalau la aku reti jampi mcm harry potter tu, aku nak mochek ni bertukar jadi manusia.Har2 Dengan penuh bersemangat.. aku menjampi
Bertukarlah kamu wahai kucing menjadi seorang jejaka tampan yang seksi.he2. Dengan menggunakan tongkat harry potter, sebut.. "hominum commercium".

beberapa minit kemudian, asap berkepul2 mengelilingi kucing putih tersebut. fuuuuuuu....

cakk!!

Alamakk.. sekali bertukar perempuan seksi daa..
Aku lupa, kucin
g putih aku tu betina. Ciss..

so, aku nak buat apa dengan dia nih.. Jadi orang gaji nak...ngeh2.
khayalan semua tu,huh..

sekian.

Tuesday, July 5, 2011

Watak Utama

Salam semua


Hari ini, aku persembahkan watak2 kartun yang aku pilih untuk jadi watak utama doodle aku. Malangnya, Hanya satu watak sahaja yang aku pilih, iaitu si toyol. Seperti model di atas..

Berikut merupakan watak2 yang aku buat then aku reject. Mula2 aku nak buat watak 'aku' sebagai kanak2. Malangnya, aku kena sedar diri la. Aku ni bukan budak kecik lagi. So, aku reject.

Seterusnya, peserta kedua yang layak untuk saringan dalam pemilihan watak doodle aku. Walaupun begitu, Aku tak nak rumit2. Jadi aku reject jugak yang dibawah. maaf doodle ku.

Watak ketiga yang aku cuba buat adalah seperti di bawah. Walaupun begitu, watak doodle ni lagi rumit dari yang kedua. So, jelaslah.. aku reject jugak. Aku beri peluang untuk beliau menunjukkan diri dan membuat sedikit ucapan selamat tinggal.

Watak yang dipilih ialah watak toyol.
Aku pilih watak orang toyol ni sebab senang nak buat. Jadi tak jadi aku pedulik haper orang nak cakap hodoh ke apa ke.. yang penting mudah dan CEPAT. Bukannya aku ni rajin sangat. Aku pilih toyol ni juga, sebab aku boleh sesuka hati tukar warnanya.. ngahaahaa

Watak utama utk apa?? sebenarnya watak utama untuk
entri CERITA. Apa tu entri cerita.. cuba la klik kat bawah.

cerita 1
cerita 2


Sebenarnya aku saja2 je. Aku tak tahu nak letak apa dalam blog utk diupdate. Jadi Aku ambik ilham en zack zulkhairi tu buat cerita berdasarkan gambar.

Itu hanya lah sekadar suka2 okeh.. tapi cerita dalam entri cerita itu adalah berdasarkan kisah aku sendiri.

Sebenarnya aku nak letak entri work aku hari ini, tapi xpelah. Esok2 je lah aku masukkan.

sekian terima kasih.

As salam