Saturday, August 13, 2011

Creative start from believe

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa dan selamat hari Minggu.

Kita semua sebenarnya kreatif. Tak pecaya?? lihat, dan fikirlah semula.




Dekat Universiti dulu, Work aku selalu kena reject. Bukan sekali, tapi.. lebih daripada 3 kali. Siap koyak work depan2 kita lagi. Adakah anda memahami???

Daripada semangat kreatif berkobar2, fikir nak buat macam ni nak buat macam tu dengan penuh keterujaan, tapi, Bila work direject berulang2 kali, terus sikit demi sedikit semangat tu tenggelam dan hilang.

mula lah fikir dalam kepala, aku tak kreatif..

NO!!!. Jangan berfikir begitu.

Anda semua kreatif. Pecayalah. Just, jangan berhenti berusaha.

salam..

Friday, August 12, 2011

"Segmen Kreatif Bersama Budak_Bertopeng"

Assalamualaikum

Sambil berblogwalking, ternampak satu segmen ni. Baca punya baca, tarikh tutup nya 27hb 8. Maknanya masih boleh join. Suka untuk join sebab segmen ni lain dari yang lain.

Segmen ni adalah anjuran Cik Anis.

Bila menatap bulat...

Teringat satu cerita kartun superhero yang diminati waktu zaman kanak-kanak. Iaitu BATMAN

Dalam cerita tu, Lambang ni selalu diguna untuk panggil batman datang. Letak dekat spotlight kemudian pancarkan kat langit. Simbol batman tu macam gambar kat atas ni la. Paling syok, bila Batman bawa kereta macam kilat. Masa kecik2 dulu memang la kagum. hingusan lagi.
Bila besar ni, bila tengok kereta laju2. Hati bersuara, "nak mati ke bawak kereta laju2 ni". ermm..

the end.

memilih

nur dano

dan semua blogger

Thursday, August 11, 2011

last trade

As salam..

Selepas doodle art trade dengan Cik Nanad. Agak terkejut la sebab ada yang suka dengan doodle feza. Seperti entri2 sebelum ni ada feza tulis. Feza tak pandai melukis sangat. Doodle tu feza lukis, feza rujuk anime punya. Cuma feza ubah la jadi doodle bertudung.

Apa pun, Alhamdulillah Cik Nanad suka. Bukan tak nak art trade, tapi feza tak yakin dengan tahap kualiti doodle feza. Kadang2 feza rasa doodle feza sangat buruk, tapi, kadang2 ada yang menjadi. Apa pun, setiap orang ada penilaian tersendiri.

Pada Entry sebelum ni, Bila baca komen, ada permintaan beberapa orang blogger yang nak doodle art trade dengan feza. tenkiu. Serius terharu.

bila masuk dunia...... doodle trade
Secara tak langsung, Dunia doodle jadi meriah..

Bagi blogger2 yang pernah nak doodle feza. Ini feza lukis beberapa doodle.

Disebabkan style doodle adalah berbeza-beza. Feza tak tahu nak nilai tahap "kecomelan" doodle yang blogger2 suka.

Supaya tak berlaku blogger ambil doodle yang sama dari blogger lain, Mana2 yang mintak doodle trade pada komen entri trade 1 tu, sila la pilih mana yang berkenan. Yang terawal pilih dan komen mana yang dia nak, dia dapat la. Doodle yang dah dipilih, tidak boleh dipilih lagi oleh blogger yang lain. itu bagi mengelakkan rasa tak puas hati or tak mahu kesamaan la.



doodle one

doodle two

doodle three

doodle four

doodle five

Feza tak tahu siapa yang nak doodle trade dengan feza. Mengikut komen yang dibaca.. yang minta Ayu shuhada, Noorul Amera Adnan, Missina, Merah itu jambu dan Yana. Komen yang lain, tidak menunjukkan NAK. (bagi bacaan saya la). Nama2 yang disebut, Sila la kalian melihat dan memilih.

Mungkin ini blogger2 terakhir feza doodle art trade.

Maaf, feza masih tak yakin akan doodle feza. Lagi pula.
Terima kasih di atas blogger yang sudi doodle art trade dengan feza.

Penutup entri ni. Kalau ada kata2 feza yang menyakitkan hati, tersalah dan tersilap. Feza minta maaf.

Sorry. Gomen-nasai..
mungkin, akan2 datang, feza mungkin buka kembali Doodle Art Trade.

Ok la selamat malam. Pilih dan drop komen seperti yang dinyatakan di atas.

Selamat malam

Tuesday, August 9, 2011

Trade 1

As salam.

Tadi, buka je blog ni, ada satu komen dari cik nanad. Komen nya semalam, tapi aku baca hari ni. Maaf terlewat. Aku dah mula bizi di siang hari, malam2 pula.. macam ni la. Buka sekejap.

Aku tak hebat nak berdoodle seperti blogger2 yang lain. Tapi boleh la kan sikit2 . Aku juga baru je main2 dgn doodle ini semua. Iaitu semenjak aku terperap dekat rumah ni. Cik Nanad ada sebut pasal doodle trade. Kiranya dia buat doodle untuk aku, dan aku buat untuk dia. Cik Nanad punya doodle lawa2 dan comel2. Beruntung la kalau dapat trade. Tak caya tengok la blog nya kat sini

So disini, aku buat doodle untuk kamu cik Nanad. Maaf kalau tak lawa. Feza belum pandai nak letak corak dekat baju doodle2 seperti doodle2 cik nanad dan doodle blogger2 lain. Feza ada buat dua. Dua2 feza bagi untuk Cik Nanad. As thank you


satu2.. feza sayang blog

dua2.. feza sayang bloggers
tiga2.. sayang sama2

maaf, baru je lepas tengok flat 301A.haha
k la. salam

Monday, August 8, 2011

kawan

As salam

Tadi pukul 10.30 baru je aku buka blog ni. Lepas tu aku buka fb.

Perghh.. begitu ramai yang wish besday aku. Disebabkan fb ni boleh alert kan pengguna2 fb akan tarikh hari jadi friend2 diorang, itu sebab la ramai yang tahu aku punya besday. Ramai juga yang mendoakan doa yang baik2 untuk aku sempena hari lahir aku. Amin semuanya. Kalau lebih 40 orang doakan aku dimurahkan rezeki, diberkati hidup dan cepat2 kawin. Berkat doa2 tu, insyaALLAH jadi la tu. kun fa ya kun.

So, siapa kata kawan tak penting?


Disebabkan entri ni bertajuk KAWAN. Aku nak cakap pasal kawan je la

Mana2 kita pergi, mesti kita perlukan kawan. Tak kira la kawan lelaki ke perempuan ke, Sejak dari sekolah rendah, ke sekolah menengah, Universiti, dan selepas tu alam kerja, Belum masuk lagi kawan2 dekat kampung, kawan2 dekat bandar dan kawan2 dari luar negara.

Mesti wujudnya insan bernama kawan. Lagi satu, walaupun blog ni dah berusia 3 tahun lebih, baru sekarang je aku sedikit aktif dan mengenali kawan2 blogger. See? kawan lagi.

Kerana kawan, hidup aku terasa seronok. Dapat bercerita, bergurau, bergaduh, bersedih dan macam lagi. Kawan yang kita kenal, semestinya akan ada pelbagai sifat. Skop orang yang kita berkawan pun punyai banyak kategori orang. Ianya bergantung sama ada kita menerima dan menolak. Melalui kawan juga, kita belajar memahami, belajar sesuatu perkara dan belajar mengenal diri sendiri.

So, buat kawan2. Aku sayang kamu.

k la. aku dah mengantuk. tata.. Assalamualaikum

Sunday, August 7, 2011

Happy Birthday

As salam

Tengok jam sikit. Dah hampir jam 12 am kan. Bila dah 12 am lebih, Pastinya dah masuk 8 Ogos iaitu 8 Ramadhan. Malangnya, aku ingat tarikh ini. Jadi tak boleh nak olok2 tipu yang aku tak tahu.

Sebelum fb aku penuh dengan ucapan.. Sebelum aku tidur pada pagi ini, sebelum aku lupa dengan tarikh special ini, Jadi entry ini khas aku karangkan menyatakan

dengan rasminya.. penampilan khas doodle aku sebagai cikgu, nak ucapkan untuk aku..


tapi, Maaf wahai doodle, kamu bukan lah orang pertama. Ada teman2 lain yang lebih awal mengucapkannya.

Mana2 yang buat ucapan.. terima kasih banyak2.
Doakan diri ini menjadi lebih baik dari semalam dan hari seterusnya.

Buat adik ku.. Haa.. TRIAL SPM, jangan buat main2 tau. buat elok2. cik kakak ucapkan semoga berjaya.

Huk2. Aku masih waras. . Itu main2 sahaja ya. Anggap je la aku sedang berimaginasi. Bukan berhalusinasi ok. haha..

k la. zass

Saturday, August 6, 2011

Hari Minggu

As salam

Hari minggu la adik-adik ada dekat rumah. Tak sekolah kan. Jadi, bolehla cik kakak arahkan adik kemas2 rumah, dan basuh motor.

Cik kakak feza hari ini bersemangat untuk bergotong royong. Membuang segala debu2 yang sedang berkeliaran yang mana telah mencetuskan kuasa2 demon dalam rongga2 hidung manusia.

Jom kita berkemas.. tapi..erkkk


Apasal doodle pakai macam nih?? oii doodle, ko buang tabiat ke??

kita nak kemas rumah.. bukan tukar profesion jadi orang gaji. Tak perlu la ko pakai baju kembang ini semua. Nak memanjat macam mana pakai baju kembang. Pergi tukar pakaian, pakai seluar!!. huhh.. tumbuk laju2 kan baru tahu..

hah..bagus..

mak ai.. bergaya ko dgn tudung belit juga.

Ok.. Jom kita mulakan kerja.

oops, terlupa, semalam tengok tv pun berkaitan debu juga. Siapa2 yang tengok the golden compass di tv3 semalam, mesti dia tahu.

best jugak ceritanya..

ok la...

doodle dengan pereka doodle dah mula 'gila'..
entry ini dibuat ketika puan emak sibuk membebel adik..haha. tipu je

sekian

selamat hari minggu!