Monday, January 25, 2010

kerja lama

Sedar tak sedar..dah tahun 2010.okla.kita imbas kembali kerja2 lama yang pernah aku lakukan. fotografi..ya..aku pernah mengambil fotografi..dan buktinya flickr aku di bawah sana.dan lihat disini gambar semasa studio foto makanan yang merupakan subjek untuk kerja kumpulan 3 orang. Elina, fairus dan juga aku la.


dan ini pula adalah kerja semasa subjek Asas Grafik. membuat poster.langkah pembuatan aku tunjukkan sikit dan hasil nya mcm di bawah. tajuknya "DADA ORANG YANG BERILMU IALAH PETI RAHSIANYA". orang yang menjadi mangsa model aku adalah cik soffya. kerja ni melibatkan penggunaaan software photoshop dan ilustrator. tajuk tugasan adalah menghasilkan design yang mana melibatkan kata-kata nasihat. mula2 shot satu gambar yang aku nak model aku buat, kemudian edit la biar jadi design yang best. best la kot.haha. design ni saiz A3. lepas tu mcm biasa la print dan frame kan. lepas tu assesment dengan pensyarah.

yang ini pulak web yang diajar oleh en fadhil menggunakan dreamweaver. ni first time guna software ni. mula2 tu agak pening jugak nak buat. byk mistake lar.. dah ler belaja dalam 10 minit. pensyarah just tunjuk cara nya dengan dia duk tekan2 laptopnya sambil kita ni terkebil2 tengok. menguji daya ingatan jugak. dah la aku ni confuse penggunaan shotcut keyboard. kalau setakat ctrl+c or ctrl+v aku tahu. tapi kalau dah banyak.leh ter'confuse' key mana yang nak kena tekan. Web ini sepatutnya ada trailer. tapi semenjak format laptop..tak kuar la pulak trailer dia.huhuu..ni dia punya layout web tu yang aku print screen kan.

manakala sem dua juga kami belajar typografi.Apa typografi tu? masa mula2 dengan aku penin jugak, apa menda tu.. so bila aku belaja, jadi aku tahu la typografi tu adalah jenis-jenis muka taip .masa tu cik Izatti yang ajar. walaupun begitu,disebbkan beberapa masalah sikit jadi pensyarah aku tak banyak masuk kelas, kami hanya diberikan tugasan. mana tak gelabah. ajar pun kurang alih2 dapat due date hantar asignment. mati lor. tapi aku suka cik izzati. masa dia masuk kelas, dia ajar mana yang sempat. Projek akhir masa tu kena wat poster menggunakan typo sahaja. dah nama pun belaja typo. dan hasil poster ku seperti di bawah. yang bertajuk..ingat lah orang tersayang. :)

Ok lah..setakat tu dulu kita waktu kita imbas kembali.lain kali aku masukkan lagi.babaii


Monday, October 12, 2009

tugasan terakhir CAD

jeng2.. en burn dah bagi tugasan terakhir tuk subjek ni. kena wat couseware. sekarang dah dalam proses story board. hurmm kena wat guna micromedia director.apa tu? entah... la.lum biasa guna lagi. takpe belajar2 dulu. huhh..

dan..hasil nya kerja aku untuk kerja last tu lebih kurang mcm ni ler. baru kali pertama guna macromedia director. Tq buat kawn2 yg bagi tunjuk ajar. maklum sajalah, duk kat U bukan lagi mcm duk kat sekolah. semua nak kena cari sendiri, explore sendiri. belajar sendiri, cari maklumat sendiri. kalau mengharapkan pada pensyarah 100% mmg payah la nak hidup. kena tanya la kawan2 yang tahu. so, ini adalah antara paparan slide couseware yang aku buat. semua nya adalah 15 slide tapi aku just ambik mana2 je.:)

dia punya couseware sebenar adalah dalam bentuk format flash. aku tak reti nak tukar format untuk aku nak masukkan dalam blog ni. jadi aku bagi dia punya paparan slide je la. tengok slide mmg r mudah. nk buatnya..aduh..tak tido 3 malam tuh. dah la tak biasa dengan software ni, xde ilmu mcmna nak guna pulak, banyaklah pulak kesalahan yang mana menyebabkan masa yang panjang diperlukan bagi work yang siap sepenuhnya. mcm dah mcm kung fu panda dah mata aku masa tu. tapi aku suka cabaran mcm gini. haha




Saturday, August 15, 2009

TugAsAn sAtu

Tugasan pertama telah berjaya dilakukan, kali pertama saya membuat panorama gambar bengkang bengkok jadinya.wawawa.. tapi, pemahaman saya tentang panorama dah semakin baik.terima kasih pada rakan2 seperjuangan yang banyak membantu. Assignment kedua pula, kami perlu membuat satu dokumentari berkaitan kebudayaan. Assigment kedua ini dilakukan secara berkumpulan..Dan nampaknya..tugasan semakin mencabar. kena berlakon rasanya..ermm mcmna ya.

bukan aku tak nak masukkan hasil kerja kedua tu, tapi sampai la sekarang aku tak pernah dapat video tu dan tak pernah tgk pun. apa kes ni?? haha, disebbkan ini kerja group, video akhir yang dah siap diedit, dicantum dan di buat tu aku tak dapat softcopynya. hanya ketua kumpulan je yang ada video last tu.so tak dapat la aku letak. tapi masa tu pengembaran filem untuk tajuk hari raya tu melibatkan beberapa tempat. kebanyakkannya adalah di sabak bernam di rumah kawan nya incik pailang. kalau tak silap namanya hisham. hah, itu mmg first aku datang sabak bernam. tempat2 lain seperti di pasar malam sg besar, sebuah kedai baju di tangjung malim dan sebuah rumah makcik di area2 Universiti. ok.citer pasal projek tu tamat disini ok. next..

Tugasan terakhir advertising III pula adalah membuat mockup untuk both produk yang aku pilih iaitu kuih denderam. banyak hal jugak sebelum tajuk ni leh di approve kan. kena buat banyak design2 untuk pengiklanan kuih tu seterusnya yang terakhir kerjanya ialah bina mockup. so, inilah mockup yang aku bina.huhuu..


sebenarnya, masa ini gambar masa mula2 mockup ni siap, kebetulan aku ada sekeping gambar ni je. adeh..sedih. nasib baik ada jugak.. ye tak..haha..

Tuesday, July 28, 2009

KErjA PanoRama

hai..ermm..belaja buat panorama ni.seronok jugak bila dah tau sikit2.Terima kasih kat kwn2 yang banyak membantuku. Walaupun tak berapa nak jadi sangat masa pertama kali melakukannya.tapi bila tgk hasil yang kita buat sendiri selapas tu.rasa seronok sgt. :). ni guna software panorama utk menjadikannya sebagai panorama.

kerja untuk hasilkan panorama ni agak susah kalau kita ambik gambar yang tak stabil. Benda wajib yang perlu ada untuk hasilkannya sah2 la kamera kan, dan tripod. kenapa perlu tripod? ye la kan tak nak gambar tu senget. kalau gambar tu senget dan tak sama line gambar tu apabila 'dijahit' akan jadi tak cantik.

kerja nya mcm nih, pilih satu view yang dirasa kan best, mcm aku buat ni aku buat di tasek proton kat tanjung malim. dan selepas tu pasang tripod, pasang kamera, setting kamera tu pada mode 'panorama'. ambik gambar sekeliling. dalam 8 keping gambar utk 180 darjah dah cantik dah tu. yang penting gambar nya berbilangan genap la. kemudian, cantumkan gambar, atau aku panggil jahit gambar tu melalui satu software khas. dan..

ni le hasil panorama ku. view dia mmg cun. tapi dia punya format video tu aku tak reti nak ekjas atau ubah lar supaya dapat masuk dgn blog aku ni. disebbkan aku nak letak jugak hasil kerja aku ni. So, ku guna kekreatifanku utk uploadkannya.huhuu.. dah jadi tak cun dah..lantak la..janji aku dapat letak.haha

kalau nak tahu lebih detail pasal panorama ni. ni ada website. so leh la tgk.

http://www.panoguide.com/

panorama kat tasik proton


Saturday, July 18, 2009

hai kawan2. Blog ni khusus tuk CAD punya kos. kursus ni agak berat kerana memerlukan ku berkemahiran dalam software2 komputer dan pengetahuan dalam mengaplikasinya.harap kawan2 sama2 dapat membantu ku dan kawan2 lain. k la.sama2 berjuang sem ni dan akan2 datang.