Monday, January 27, 2014

aku berubah ?

Assalamualaikum..

Jam aku sekarang menunjukkan pukul 2.30 pagi. Hari ini dah hari isnin yang mana pagi selepas subuh orang bersiap nak pergi kerja.

Dan sekarang aku dengan wajah ceria penuh khusyuk menaip entri ini.
Nampak tak masalah sekarang ni?.

Ini la yang telah berlaku setiap minggu selepas masuk tahun baru. Biasanya akan berlaku dua or tiga kali seminggu.
Sbnrnya...
AKU TAK DAPAT TIDUR!!!.

Aku sedia maklum akan perubahan suhu yang berlaku. Aku juga sedia maklum akan masalah sayur kangkung. Aku tak kata aku tak ambil peduli. Sekarang yang aku peduli, kenapa aku dh payah sangat nk tidur dengan lena sekarang.

Apa yang sedang berlaku pada diri aku ni??. Aku juga turut berubah seperti cuaca kah?
Sebelum ini, aku sangat2 jarang alami masalah tidak dapat tidur kalau aku mahu tidur.
Diulang.. jika aku sendiri mahu tidur. Kawan2, keluarga , semua tahu aku jenis cepat lena dalam tempoh yang singkat. Tapi sekarang??? Apa yang berlaku pada aku. Huwaaaa...

Puas aku pejam, puas bergolek, cuba kosongkan fikiran. Tapi aku masih sedar.
Sampai suatu tahap, aku ambil ubat batuk, ubat selsema untuk aku TIDUR. Iya la, sebelum ni aku mana ada ambil ubat tidur. Aku belasah je ubat yang boleh mybbkn aku mengantuk.

Aku jd stress bila time malam. Aku jd lesu time kerja, aku rasa badan aku ni bukan badan aku yg dulu lagi. Aku betul2 tak larat dengan semua ini. Ohhhhhh

INSOMNIA??? Aku kah yg alami itu sekarang?aku selalu gelak bila orang ada masalah tidur. Bagi aku, tidur adalah sesuatu yg mudah. Itu dulu ok.

Maaf, entri pjg. Sungguh aku stress lo ni.

"Perkara paling teruk dalam hidup ini adalah cuba untuk melelapkan mata namun gagal untuk memperoleh tidur yang diingini "
                                                          F.Scott Fitzgerald- penulis novel

Monday, December 16, 2013

rasa sayang

Salam

Tak semua orang pandai dalam menunjukkan rasa sayang.

Rasa sayang,
tak semua berani meluah sayang dengan kata2.
mungkin juga dengan  perbuatan.
kadang2 orang tak faham.
apakah ini sayang??

Bengis ayah..
Tegas mak..
Garang cikgu..
Singanya Boss..

Aku pun.
tak pandai nak tunjuk sayang.
err..
tapi aku tak garang..
Aku cuma tak reti. malu.kekok. tak pandai nak tunjuk secara nyata .apatah lagi nak sebut
yang aku sebenarnya sayang.
*Dalam blog aku jadi berani la pulak.

terutama pada mak ayah aku lah. 
adik beradik aku
kawan2 aku.
dan orang yang aku kenal

oh. juga pada pembaca blog aku. hee

Wednesday, November 20, 2013

punya lah senang

Salam

Setelah hampir setahun aku tak menimbang berat sendiri.
Tetiba kaki ini melangkah pada penimbang berat.

Aku akui, badan aku dah semakin berisi. Semua rakan2 ofis menegur, apatah lagi ahli keluarga ku. Ya, Semestinya aku sendiri tahu sebab kebanyakkan baju kurungku sudah mula rasa sendat.

Glup..
Bukan aku tak pecaya berat aku naik, cuma aku risau berapa angka yang naik.

dan..

NOOOOooo...tidakkkkk..tidakkk tidakkk.
Katakan ini hanya mimpi
Cubit2 pipi.. mata terbeliak.
Ok ini bukan mimpi.

Berat naik 10kg.
Nak turun bukan main susah, nak naik punya la senang.
 
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Aku kini bertukar saiz baju.
sekian


Tuesday, November 19, 2013

Bengang

Assalamualaikum..

Agak lewat entry ini di post.
Bukan tak mahu tidur. Tapi masih sangat banyak kerja perlu dilaksanakan apabila jam menunjukkan 12am-5am. Kerana pada waktu-waktu tersebut sahajalah, line or web yang aku nak masuk untuk selesaikan kerja aku tu berada pada tahap LAJU sikit.

Kalau aku buat kerja pada orang tengah bekerja, maksud aku dari terbit fajar hingga terbenam matahari..alamat nya, aku banyak kumpul dosa menyumpah aje la sebab nak marah.
maaf la, ayat bunyi mcm syarat sah puasa plak.hee.

Web yang aku nak masuk ni penting kerana itu adalah urusan kerja aku, dan.. maaf nak ckp, tersangat lembab, slow, dan kalau nak masuk, seharusnya mempunyai ciri2 kesabaran yang paling tinggi.
Laju mana pun internet, tapi web tu tetap tak dapat laju. Buat la mcmna sekalipun.
web tu memang spesis siput terbaru yang mana slow tak dapat dikalahkan. Siput itulah  yang aku kena hadap setiap hari sampailah kerja aku selesai. Mungkin aku harus hadap lagi sehingga berminggu-minggu.


Aku harap diberi kesabaran yang maha tinggi je sekarang.
Memandangkan aku rasa, aku dah mula nak rasa sakit hati dan bengang.
 Nah!, siap aku post entry lagi pasal ni. Memang dah wujud tu aura marah berapi.Okla.
Senyum je
Selamat malam.
salam




Monday, November 11, 2013

tukar topik

Assalamualaikum..

Pulang ke rumah.. ya senang cerita pulang ke kampung halaman. Aku tengok adik2 aku dah rilek2 dah main game, xbox bagai dan macam2. Dah bermula la cuti persekolahan.

Tengah-tengah sembang dgn keluarga, keluar la topik keluarga aku ni pi merisik untuk si abang. bla bla bla bla.. dan tetiba.
sasaran target mak aku jatuh pada aku. topik dah bertukar dengan subjek nya adalah aku.
 Larikk!!!

aduhai mak. ada jodoh ada la mak. Doakan aje la anakmu ni. huhuhu..
 senyum..

Wednesday, October 23, 2013

Geram

Asslamualaikum..
Pejam celik pejam celik dah bulan 10..
Mendengar satu cerita yang buat aku rasa nak penyet hidup2 je seorang manusia ni.
Tapi, dalam khyalan aje la.

Orang kata aku ni payah diramal.
Dan aku pun tak dapat meramal manusia.
So??..

Thursday, August 8, 2013

Besday Raya 2013

salam..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua blogger yang beragama islam.

Jatuhnya hari raya pertama ni, cun2 kena pada 8 Ogos..

maka, aku sambut Besday raya untuk tahun ini.. muheee

maaf, entri kelam kabut..