Tuesday, July 16, 2013

Geli

salam

Oo hai oo..

kerinduan pada blog, jadi, aku kena menjengah juga walaupun aku punya line tenet dah macam @#$%^&..  

Stress

Hari ni,dah hari ke-7 ramadhan. Tahniah yang masih berpuasa penuh.
Bercerita tentang tajuk lah kan, Aku agak 'geli' dengan kisah couple seminggu tu. Ayat2 manis bukan main. Janji bagai. Aku dah tahu lama, saja je tak pos awal2.. Mesti ada orang cakap, 'cerita dah lapuk beb".. hehe ..Ahh.. pedulikan.

Aku juga geli plus nak muntah bila ada orang muntah depan aku. Aku rasa itu penyakit aku sendiri tak dapat nak kawal, automatik aku sendiri nak termuntah bila secara tidak sengaja aku tengok sesuatu lendir yang boleh menggeletek urat geli ku ini.  Ini geli tahap dalam tekak. eh ada ke ek? tapi bulan puasa ni, aku kena pastikan aku tidak terbatal puasa kerana itu lah.

Aku juga
geli pada beberapa jenis binatang/ haiwan or serangga.
Aku pernah cerita kan, yang aku memang geli pada lipas. Itu campur geli dan takut.
orang lain, mungkin binatang lain. 
Dan kebanyakkanya orang geli pada KATAK. Aku tahu sorang kawan aku ni geli katak, tapi tak takut, cuma geli sahaja. haha.. jadi aku dedikasikan lukisan katak ni kat beliau,muhahahaaa


 Kacak sik katak kamek? 
aieh.. kalaka sarawak pulak dah..

ok. dan untuk kawan aku tu, Terima kasih atas pemberian mafla.
Latest ni, bau kilang lagi. Perlawanan Malaysia Vs Barcelona
Mana ada lagi jual kat kedai lain ni.. eh eh eh.. bohong sangat tu. Tapi kalau ada pembaca2 nak beli mafla yang seperti si toyol ni. Hangpa semua leh habaq kat ceq na. Itu nanti kita discuss lain.


 salam.. 

Wednesday, July 10, 2013

Mainan tidur?

Salam..

Hari ini, hari pertama berpuasa. SELAMAT BERPUASA.

Bila puasa, aku akan jadi terkenang sesuatu. Bermula kehidupan aku di zaman belajar hingga sekarang, aku sedar aku dah sangat jarang berpuasa dan berbuka dengan keluarga. Belajar di perantauan dan kini bekerja pun di perantauan.

Jarang ok, bukan tak ada langsung aku balik. Kadang- kadang sempat seminggu balik berpuasa bersama, ikut berapa lama tempoh aku diberi cuti. Maksud aku, kini, aku tak lagi berpuasa dan berbuka dengan keluarga cukup sebulan. Rasanya 7 tahun dah aku jauh dengan keluarga dan aku masih rindukan saat aku bersama keluarga jauh di kampung.

Mungkin, disebabkan terlalu teringat dan terkenang, Pagi ini, aku bangun jam 4 pagi untuk bersahur, dan selepas sahur aku terlelap sekejap, Aku bermimpi.. Mak dan adik bongsu ku datang menjenguk ku. Mak tunjukkan tiket kapal terbangnya. Kami solat sama2 selepas tu. Mak banyak bercerita kisah ahli keluarga yang lain. Kami ketawa melayan cerita. Tiba waktu, mak nak pulang semula,mak peluk aku erat. tapi..

yang peliknya ialah, mak aku pulang sorang-sorang. Dalam aku terpinga-pinga, aku terus terkejut dari tidur sebab terkejut dengan alarm. Waktu tu dah jam 6.00 pagi, bangun solat subuh.
Aku terlelap lagi. terlalu berat rasa kepala aku ni. dan..

Anehnya, mimpi bersambung.Waktu tu mak dah pulang. Kawan serumahku datang ke bilik ku sambil bertanya hal mak. Tiba-tiba, almari bilikku bergoyang hebat seperti ada sesuatu di dalamnya.
aku buka almari cepat2, aku lihat satu kotak agak besar dan panjang. Aku lihat dalam kotak, adikku dengan keadaan yang terikat kaki dan mulutnya. Aku segera lepaskan ikatan dan terus peluk adik ku.
Kami menangis kuat2 sambil berpelukan.. dan

aku tekejut lagi dengan alarm dari fon Jam 7.30 pagi Selalunya memang aku set banyak waktu alarm kerana aku takut hal2 begini lah. Terlelap.

Mata ku basah.. Mungkin aku terlalu rindukan keluarga saat-saat begini. Sangat rindu. 
Terus aku hubungi mak di kampung. Cukuplah dapat mendengar suara melepas rindu pada mak.

Maaf, entri aku terpanjang kali ini.


Sunday, July 7, 2013

Pemuafakatan

Assalamualaikum

huh... hari pemuafakatan.
Penat rasanya bercakap 3 jam tanpa air. Itulah yang aku alami..
Aku rasa hari pemuafakatan ini sangat bagus untuk pastikan ibu bapa mengetahui perkembangan dan prestasi anak-anak mereka di sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Ada ibu yang menangis terharu dengan prestasi anak mereka yang membanggakan.
Ada pula ibu yang menangis tunduk sayu dan malu kerana terkejut dengan sikap anak-anak mereka yang teruk.

dan Aku.. hanya berterus-terang, bersikap jujur sejujurnya. Kerana bukan aku seorang yang menilai mereka, tetapi juga pengajar2 yang lain. Cuma aku di wakilkan untuk berhadapan dengan ibu bapa menerangkan sikap dan prestasi anak-anak.

Walaubagaimanapun.. Semua ibu bapa sayang kan anak-anaknya. Semestinya kita mahu anak-anak berjaya dalam kehidupan mereka. Bagaimana cara kita membesarkannya sememangnya memberi impak yang besar dalam hidup anak tersebut.  Apa pun, hasbunnallahu wanikmal wakill..
Semoga generasi-generasi baru yang kita besarkan dan didik menjadi generasi yang berguna. InsyaALLAH.