Wednesday, July 10, 2013

Mainan tidur?

Salam..

Hari ini, hari pertama berpuasa. SELAMAT BERPUASA.

Bila puasa, aku akan jadi terkenang sesuatu. Bermula kehidupan aku di zaman belajar hingga sekarang, aku sedar aku dah sangat jarang berpuasa dan berbuka dengan keluarga. Belajar di perantauan dan kini bekerja pun di perantauan.

Jarang ok, bukan tak ada langsung aku balik. Kadang- kadang sempat seminggu balik berpuasa bersama, ikut berapa lama tempoh aku diberi cuti. Maksud aku, kini, aku tak lagi berpuasa dan berbuka dengan keluarga cukup sebulan. Rasanya 7 tahun dah aku jauh dengan keluarga dan aku masih rindukan saat aku bersama keluarga jauh di kampung.

Mungkin, disebabkan terlalu teringat dan terkenang, Pagi ini, aku bangun jam 4 pagi untuk bersahur, dan selepas sahur aku terlelap sekejap, Aku bermimpi.. Mak dan adik bongsu ku datang menjenguk ku. Mak tunjukkan tiket kapal terbangnya. Kami solat sama2 selepas tu. Mak banyak bercerita kisah ahli keluarga yang lain. Kami ketawa melayan cerita. Tiba waktu, mak nak pulang semula,mak peluk aku erat. tapi..

yang peliknya ialah, mak aku pulang sorang-sorang. Dalam aku terpinga-pinga, aku terus terkejut dari tidur sebab terkejut dengan alarm. Waktu tu dah jam 6.00 pagi, bangun solat subuh.
Aku terlelap lagi. terlalu berat rasa kepala aku ni. dan..

Anehnya, mimpi bersambung.Waktu tu mak dah pulang. Kawan serumahku datang ke bilik ku sambil bertanya hal mak. Tiba-tiba, almari bilikku bergoyang hebat seperti ada sesuatu di dalamnya.
aku buka almari cepat2, aku lihat satu kotak agak besar dan panjang. Aku lihat dalam kotak, adikku dengan keadaan yang terikat kaki dan mulutnya. Aku segera lepaskan ikatan dan terus peluk adik ku.
Kami menangis kuat2 sambil berpelukan.. dan

aku tekejut lagi dengan alarm dari fon Jam 7.30 pagi Selalunya memang aku set banyak waktu alarm kerana aku takut hal2 begini lah. Terlelap.

Mata ku basah.. Mungkin aku terlalu rindukan keluarga saat-saat begini. Sangat rindu. 
Terus aku hubungi mak di kampung. Cukuplah dapat mendengar suara melepas rindu pada mak.

Maaf, entri aku terpanjang kali ini.


1 comment:

nanad said...

janganlah sedih..ubat rindu dengan doa :) selamat berpuasa.