Sunday, July 7, 2013

Pemuafakatan

Assalamualaikum

huh... hari pemuafakatan.
Penat rasanya bercakap 3 jam tanpa air. Itulah yang aku alami..
Aku rasa hari pemuafakatan ini sangat bagus untuk pastikan ibu bapa mengetahui perkembangan dan prestasi anak-anak mereka di sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Ada ibu yang menangis terharu dengan prestasi anak mereka yang membanggakan.
Ada pula ibu yang menangis tunduk sayu dan malu kerana terkejut dengan sikap anak-anak mereka yang teruk.

dan Aku.. hanya berterus-terang, bersikap jujur sejujurnya. Kerana bukan aku seorang yang menilai mereka, tetapi juga pengajar2 yang lain. Cuma aku di wakilkan untuk berhadapan dengan ibu bapa menerangkan sikap dan prestasi anak-anak.

Walaubagaimanapun.. Semua ibu bapa sayang kan anak-anaknya. Semestinya kita mahu anak-anak berjaya dalam kehidupan mereka. Bagaimana cara kita membesarkannya sememangnya memberi impak yang besar dalam hidup anak tersebut.  Apa pun, hasbunnallahu wanikmal wakill..
Semoga generasi-generasi baru yang kita besarkan dan didik menjadi generasi yang berguna. InsyaALLAH.




No comments: