Monday, November 4, 2019

Desakan hidup

Assalamualaikum..

Hari ini baru 4 November. Permulaan November yang agak 'sakit' dari segi ekonomi.
Ekonomi bagi diri aku sakit sebab kerana komitmen sekiling yang menyebabkan aku turut terkesan secara langsung. 

Keluarga aku sangat2 diduga dengan desakan kewangan dek kerana banyak faktor. Apa yang aku lihat, apabila jumlah ahli keluarga ramai tetapi lebih selesa dengan tidak bekerja walaupun sudah mencapai umur 20 itu agak merungsingkan. Ini setelah dikira tidak mahu sambung belajar di mana2. Jika sambung belajar, kiraan aku, mungkin kewangan sama seperti sekarang. tetapi dengan hasil yang lebih baik. sekurangnya dapat sijil, diploma atau ijazah. 

Bagi yang dah berkahwin, kisah kewangan memang berkisar tentang pendidikan anak, kesihatan anak, keperluan anak ( pakaian, makanan, hiburan ) dan ditambah dengan kos minyak, tol dan yuran2 pentadbiran lain yang agak besar jumlah nya.

Gaji aku bagi bulan Oktober untuk dipakai di bulan November telah mencapai negatif. Walau bukan aku yang terdesak tetapi kerana memikirkan banyak jasa keluargaku kepadaku. Serta bagaimana kami adik beradik saling membantu sejak dulu, Rasanya dah giliran aku untuk membantu pula.

Menghabiskan pengajian bukan sekadar  masa dan tenaga yg dikeluarkan tetapi semestinya duit. Selama pengajian keluarga lah yang banyak menghulurkan bantuan dari segi kewangan mahupun kudrat sehingga aku mampu ke tahap sekarang.

Aku mengharapkan aku dan ahli keluargaku dilimpahi rezeki harapnya. Amin



No comments: