Assalamualaikum..
Rasanya tiada lagi kisah doodle atau kartun dari aku. Dah pencen dah nak menyentuh segala mak nenek yang melibatkan laptop, paint, phothosop, ai ke apa2 aje lah. Komitmen kerja dan ketiadaan internet buatkan aku melupakan hobi ku pada suatu ketika dulu. Internet yang kejap ada kejap tak ada ni buatkan aku menjadikan internet sebagai penghubung segera sahaja seperti whatsapps. Tiada capaian ke web2, blog2, atau media sosial yang lain seperti fb, atau instagram. Capaian internet yang lemah membuatkan aku hilang minat nak meneroka, melihat dan membaca secara talian.
Mungkinkah kerana usia atau kerana aku memang lah sebegini orangnya.
Kerja siang malam. Keperluan hidup menggesa aku untuk tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Menjadi pekerja pendiam dan komited. Itulah setiap hari2 yang aku lalui.
well.. asalkan di penghujungnya aku bahagia melihat keluarga ku duduk makan semeja sambil senyum dan ketawa. Lagi2 wajah kedua orang tua ku. Bahagia melihat mereka tersenyum dan tertawa.
.
Semoga hari2 kita terus dilimpahi rezeki dan kebahagiaan. Semoga kita selalu jadi orang baik2. InshaALLAh amin.
lapaq perut ceq. Nak kena cari nasik. kekeke. bai
No comments:
Post a Comment