Thursday, July 7, 2011

TuliSaN DaLam GambaR

As salam..

Maaf, hari ini aku xbuat doodle, Aku xde tenaga nak bermain dgn lappy pg or ptg td. Aku buka kejap2 je. Terasa mcm nak pitam. No energy.

Sebelum ni aku dah maklum. Aku nak letak work. Work ni aku dah buat lama. Sayang pulak nak delete mcm tu aje. Jd aku masukkan dlm blog dulu la leps tu baru delete.

Work nya ialah, tulisan dalam gambar. Aku lah modelnya..wakaka..



Dengan mengunakan typ0 (jenis muka taip), boleh membentuk imej. Kalau guna banyak typo lagi cun dengan pelbagai jenis saiz.

ini perbezaaan.
Gambar lain yang aku cuba..tadaa.. itu aku jugak. Maaf la, lappy aku ni tidak mempunyai banyak gambar. Hanya banyak gambar aku masa hari raya 2 tahun lepas. Aku banyak buang gambar, movie or pape yang tak pnting. Sebab, masa aku belajar di U, Lappy aku dipenuhi sofware2 untuk membuat assignment. Jadi aku kena buang semua perkara yang boleh supaya kerja aku berjalan dengan baik tanpa 'jem'.

Ok la itu sahaja utk hari ini. Aku ada pesanan nak bagitahu. Tapi si doodle toyol ni katanya dia sendiri nak bagitahu. Aku bagi chance la kat dia la.

sekian..

Wednesday, July 6, 2011

# cerita 3 - Si KucinG

As salam

Hari ini, seperti biasa, aku main2 lappy (laptop) kesayangan aku tu. Kalau bukan main game, aku bukak fb, tapi aku kena tunggu kakak aku balik dulu utk dapatkan internet, Ahh, pinjam internet adik la. Aku terpikir nak buat entri apa hari ini.. ermm.. tetiba masa on yahoo.. aku lupa paswood email, lepas tu ditanya soalan Haiwan peliharaan anda??

Err.. apa ek jawapannya.. Rumah aku ada kucing je. Tapi rasanya aku tak buat jawapannya kucing.. ok cukup, bukan ttg email yang aku nak cerita.

So entri aku kali ini adalah berkaitan kucing. Haiwan peliharaan rumah aku.
Kucing dalam keluarga aku ni ada 3 ekor..eh silap2, 4 ekor kesemuanya. kucing ini adalah milik kakak ipar dan abang aku yang tinggal depan rumah aku. Jadi kucing2 ini haiwan peliharaan keluarga kami la. Sb memang tiap2 hari, kucing ni datang rumah kami.

tempat tidur mereka2 pulak, hanya mochek yang tidur rumah kami. Kucing2 yang lain tidur rumah abang. Si Mochek ni baik, dia ni manja sangat. Tapi dilahirkan cacat. Tengoklah matanya. Warna lain2. Orang lain tengok mesti rasa sedikit takut. Abang aku kutip dia masa dia kecik lagi dan bela sampai sekarang. Si Mochek ni tidur kat rumah aku. Sebabnya....
Kalau Si Kuntum ni bertemu dengan Si Mochek, Maka, tak lain tak bukan akan wajib bergaduh. 'wajib' ok. Maknanya, si Kuntum dan Si Mochek dilarang berjumpa antara satu sama lain. Memang sejak kecil mcm tu. Kekadang aku pun tak faham kenapa si Kuntum dan Si Mochek jadi musuh ketat.

Bila mereka bergaduh, si Mochek selalu terberak dengan tiba2. Si Mochek sangat takut gila dengan si Kuntum. Aku benci kalau mereka bergaduh dalam rumah.

Alih2, kalau bukan tuan dia, or mak aku, tak lain tak bukan mestilah aku kena basuh taik tersebut dengan penuh kusyuk.. (=.=')
Si Kuntum ni hasil hubungan dengan laki dia si Chu dapat la sekor anak. Bulunya hitam+oren. Sepatutnya ramai anak si Kuntum ni, Masa dia mengandung, dia pernah alami accident dengan kereta abang. Akibat accident tu, dia tak leh nak jalan, dah la mengandung. Anak dia mati.. Sekarang Si Kuntum dah sembuh dan dah boleh jalan seperti biasa. Anak dia hanya tinggal seekor je yang terselamat. Nama anak Si Kuntum ni tu adalah Si Bebychek

Si Bebychek yang aktif dan cute

Tengah2 syok aku duk buat entri ni,
Tiba2 mochek datang dekat kaki aku, Ala kucing putih tu. hah.. tetiba datang imaginasi tak logik aku. kalau la aku reti jampi mcm harry potter tu, aku nak mochek ni bertukar jadi manusia.Har2 Dengan penuh bersemangat.. aku menjampi
Bertukarlah kamu wahai kucing menjadi seorang jejaka tampan yang seksi.he2. Dengan menggunakan tongkat harry potter, sebut.. "hominum commercium".

beberapa minit kemudian, asap berkepul2 mengelilingi kucing putih tersebut. fuuuuuuu....

cakk!!

Alamakk.. sekali bertukar perempuan seksi daa..
Aku lupa, kucin
g putih aku tu betina. Ciss..

so, aku nak buat apa dengan dia nih.. Jadi orang gaji nak...ngeh2.
khayalan semua tu,huh..

sekian.

Tuesday, July 5, 2011

Watak Utama

Salam semua


Hari ini, aku persembahkan watak2 kartun yang aku pilih untuk jadi watak utama doodle aku. Malangnya, Hanya satu watak sahaja yang aku pilih, iaitu si toyol. Seperti model di atas..

Berikut merupakan watak2 yang aku buat then aku reject. Mula2 aku nak buat watak 'aku' sebagai kanak2. Malangnya, aku kena sedar diri la. Aku ni bukan budak kecik lagi. So, aku reject.

Seterusnya, peserta kedua yang layak untuk saringan dalam pemilihan watak doodle aku. Walaupun begitu, Aku tak nak rumit2. Jadi aku reject jugak yang dibawah. maaf doodle ku.

Watak ketiga yang aku cuba buat adalah seperti di bawah. Walaupun begitu, watak doodle ni lagi rumit dari yang kedua. So, jelaslah.. aku reject jugak. Aku beri peluang untuk beliau menunjukkan diri dan membuat sedikit ucapan selamat tinggal.

Watak yang dipilih ialah watak toyol.
Aku pilih watak orang toyol ni sebab senang nak buat. Jadi tak jadi aku pedulik haper orang nak cakap hodoh ke apa ke.. yang penting mudah dan CEPAT. Bukannya aku ni rajin sangat. Aku pilih toyol ni juga, sebab aku boleh sesuka hati tukar warnanya.. ngahaahaa

Watak utama utk apa?? sebenarnya watak utama untuk
entri CERITA. Apa tu entri cerita.. cuba la klik kat bawah.

cerita 1
cerita 2


Sebenarnya aku saja2 je. Aku tak tahu nak letak apa dalam blog utk diupdate. Jadi Aku ambik ilham en zack zulkhairi tu buat cerita berdasarkan gambar.

Itu hanya lah sekadar suka2 okeh.. tapi cerita dalam entri cerita itu adalah berdasarkan kisah aku sendiri.

Sebenarnya aku nak letak entri work aku hari ini, tapi xpelah. Esok2 je lah aku masukkan.

sekian terima kasih.

As salam

Monday, July 4, 2011

# cerita 2 - AYahKu GaranG

As salam..
kisah ayah kita

Pada suatu petang..

Menonton perlawanan bola..
Malaysia lawan Taiwan
suasana adalah dalam keadaan...

Bila Malaysia menyumbat gol !!,
aku dan adik menjerit kuat tanda excited sb gol, sama2 kuat menjerit sambil melonjak2 gembira.
Ayah dekat belakang dah lain... Tak cukup dengan itu,
Adik aku pulak kuatkan lagi volumn tv tu.

Tiba2 ayah bangun dan..Aku dan adik terkejut dan tersentap. Aku pandang adik, adik pandang aku. Rasa nak tercabut jantung. SHOCK..
Lepas tu keadaan kembali tenang, ayah tgk bola mcm biasa. Manakala aku dan adik dah cabut naik masuk bilik. Serik dah nk jerit2 depan ayah.


imbas kembali :
Ayah aku memang garang gila, semua adik beradik semua takut dengan ayah sampailah sekarang. Ayah aku ni tak banyak cakap, tapi bila ayah mula cakap, perghh.. 'tersirat'

Bila pikir-pikir balik, aku pernah kena rotan dekat kaki, kena pulas telinga. Bab kena tengking, tak payah cakap la mmg itu la aku kena kalau aku buat ayah marah. Itu masa aku kecik2 la.

Tapi sebab aku anak perempuan, xde la melampau sgt ayah hukum aku. Tapi, kalau tanya abang2 dan adik2 lelaki aku, lagi teruk r..

Aku ingt lagi tragedi adik aku. sekitar tahun 2004, adik aku masa tu sekolah rendah lagi. Ayah marah sangat dengan adik sebab adik mencuri duit ayah. Ayah bijak perangkap adik aku.. bila dah tertangkap.. perghhh.. Ayah bagi kaw2 punya hukuman. Selain rotan, lempang, ayah tarik telinga adik aku tu dan seret dari pintu bilik hingga ke ruang tamu.

Siap ayah warning lagi pada adik . "Kalau nak malukan ayah dengan buat perkara2 mcm ni, ayah tak kan mengaku anak". Kecik2 dah pandai mencuri, bila besar lebih drp ini mu akan buat. Ayah tak kan teragak agak melaporkan pada polis kalau ini la yang mu amalkan" .

walaupun hujah ayah pendek, tapi padat.

Aku yang tgk ni pun menggeletar seluruh tubuh bila tgk ayah balun adik. Semua tak berani bersuara. Walhal mak sekalipun.

Aku tahu ayah tegas sebab nak mendidik kami (adik beradik). Kami jadi 'orang' sb didikan ayah. klau tak, mungkin kami dah jauh dah melalak kat dkat disko, pusat serenti, or tepi2 jalan.

Terima kasih ayah.

k r.salam..

Sunday, July 3, 2011

# cerita 1 - GemBirA VS KeCeWa

As salam..
persembahkan.. kisah suka dan duka.

erkk...
ok.. sila baca sendiri.

Penantian mmg satu penyiksaan. Dah beberapa hari aku menunggu surat bercop. Aku menunggu incik posmen. Bilakah agaknya incik posmen ni mahu datang.. Kawan2 aku semua dah dapat. Bilakah giliran aku?? ishh.. risau dan risau..

Akhirnya, hari ini, incik posmen yang dinanti telah tiba. Yess, ada surat untukku.

Aku ambik surat dari incik posmen, Incik posmen pelik tgk aku yang excited gila.. Mcm orang tak pernah dpt surat..

Serta merta aku membuka surat tersebut dan melihatnya.. Terpapar jelas bahawa ianya memang surat universiti yang aku tunggu2 itu.

Aku akhirnya telah disahkan berjaya menamatkan pengajian selama 4 tahun, dan aku layak dianugerahkan ijazah sarjana muda. riangnya aku tidak terkira.
Aku dapati ada satu lagi surat yang terselit dibelakangnya.. Ermm.. surat apa pulak ni??


Rupa-rupanya slip praktikum aku.
Aku pegang slip yang belum dibuka itu.. dengan rasa sayu
Sebelum ni aku dah semak result aku dalam portal. Dan aku tahu keputusan nya..

Aku teliti betul2 slip tu.. pandang lama2. slip yang selama ini aku nantikan setiap semester, tetapi semester 8 ini, aku benci memandang slip tersebut.

Bila aku tengok, lepas tu baca dan teliti betul2. Otak aku serta merta menghantar isyarat menyuruh tangan aku membuat tindakan refleks iaitu 'renyukkan'.

Aku ambil keputusan untuk meletakkannya di suatu tempat yang aku yakin aku tak akan melihatnya lagi.

Nahh.. itu tempatnya.

Aku tak ingin nak tgk dah.. huh.. aku benciiii sgt2. Sia2 rasanya usaha aku.


~ cerita tamat~

Friday, June 24, 2011

SaNd

Assalamualaikum..

yo yo..
what up!! 2x..
i can smell whts da rock is cookin.. wuhaaahaa...

Ok2. Cukup2. Berhenti meng'gila'.

Baiklah, Seperti yang aku maklum pada post yang sebelum ini. Aku ada video pasal seni 'melukis pasir'. Penceritaan serta kawalan jari dalam mengolah pasir menjadikan ianya suatu seni yang hebat.

ok. Jom tgk..


love

Seterusnya, sincaf.. tapi..tapi.. maaf.. videonya xdpt aku uploadkan. Terlalu pjg videonya. jadi loading nya utk masuk jadi 'lama'. Lelah aku tunggu loading, tup2, internet putus.. tak ke sadiss a.k.a. sedey.. Tension skjp.

So, aku letak satu je la yerk.

jadi aku replace kan dgn video lain la ek.

don't be sad.. n don't tension2. Bercakap ttg tension, Ni ada satu cara melepaskan tekanan. Diluar kita ceria tapi hakikatnya..kita sedang stress gila.



or dalam makna lain.. "berpura2 supaya org tak nampak bahawa kita sebenarnya sedang susah hati".

itu saja 4 today. Aku ingt lagi kata cikgu aku masa zaman sek dulu.. "masa main, main sungguh2. Masa belajar, bljar sungguh2". Tapi skrg ni bukan main dan belajar je perlu bersungguh2. Sb nya..byk lagi perkara kita kena buat sungguh2 dan betul2. contohnya :

bila berkawan,brkawan2 betul2, nak kerja, kerja sungguh2. Nak berubah, berubah la sungguh2. dan banyak lagi la 'sungguh2' nya perlu kita buat. Nak tido pun kena bersungguh tau... ekeke.. ok. just kidding.

ahh.. apa yang aku merepek melalut ni. k la . its time 4 lunch.. nyum.nyum..
rajin2 la baca buku.. ^_^

Thursday, June 23, 2011

KeindAHan

As salam..

Seni itu Indah..

indah itu subjektif. Bergantung pada sesiapa yang melihatnya. Ini ada satu video menarik ttg seni lukis.



Amazing hand paintings
dah tgk? hebat kan.

next, editing video yang agak kurang kemas, ceh..aku ke yg ckp mcm tu. maaf2. Actually, aku pn tkleh nak wat mcm tu. haha.. Tapi video ni tak terjangka pulak olehku org akan buat. Hanya ber'subjek' kan duit. lucu2... so, simpan duit banyak2 ya. "Pesanan agung".


bila agung ber....

aku letak video tu saja2 je. Tak tahula org lain kata apa kan. Seni tu mcm2 leh diadaptasikan. Soalnya tahap kreatif kita nak menjadikan ianya satu seni yang disukai.

ohh..lupa, aku ada dua video berkaitan seni menggunakan pasir. Tapi lebih kepada kemahiran melukis juga la.. nnti esk2 aku upload.

okeh laling.. cukup dulu disini. i ada keja nak buat. daaa..
rajin2 la baca buku... c u