Wednesday, November 16, 2011

WW

Assalamualaikum..

Mula2 tak pecaya, tapi cuba tengok sini .
Terima kasih sebab sudi singgah dan preview blog feza yang entah pape ni.

Khas untuk anda..


Buat blogger Nadh. Pastinya anda peminat Hijau... kot.
Jom terjah Beliau.

Hi !

Assalamualaikum..

Bila aku tengok ada entry baru dari cik Nanad, Aku pun buka la nak tengok. Terkejut..
Ada doodle untuk aku la. Katanya doodle trade ke 2. Ini doodle nya.


Hi untuk cik Nanad juga.
Sweet gitu. Sukaa..

Terima banyak2

lupa

Assalamualaikum..

situasi I : semalam, aku kerja seperti biasa. Lepas isi minyak pada customer, mesti la kita mintak duit kan. Masalahnya, lepas aku tutup tangki minyak, encik customer ni terus pergi. Aku pun terpinga2. Aku berlari2 sisi kereta tu. Bila customer buka tingkap kereta, aku cakap la encik tak bayar lagi. Alih2 Customer ni marah aku balik, Katanya dia dah bayar.

aaahh sudah.. aku dah cuak. rm50 tu. Bukannya sikit.

salahnya sekarang : Kenapa aku keliru dan pelupa? patutnya aku kena yakin yang customer tu tak bayar lagi.. tak pasal2 aku short duit rm50 bulan ni. debusshh

situasi II : Boleh pulak lori yang besar gedabak aku nyaris nak isi petrol. Sepatutnya isi diesel la. Dah kemana ingatan aku ni. Nyaris duit gaji aku lagi jadi mangsa.

Kalaulah aku salah isi, kos minyak yang salah isi tu aku kena tanggung, kos penyelenggaraan pun aku kena jugak. Banyak tu kosnya.. mungkin sebulan gaji aku boleh burn. Rasa sesak nafas. Sebab sebelum ni, ada pekerja2 lain pernah tersalah isi.. free2 je dia kerja untuk sebulan tu.

pheww, nasib baik aku tak sempat isi.

situasi III : Sekarang ni pulak, aku dah lupa aku dah makan ke belum??


boleh pulak macam tu yek.. ekekee
salam..

Sunday, November 13, 2011

S. P. M

Assalamualaikum..

Esok, adik lelaki aku akan menduduki SPM. SPM ya adik, bukan percubaan lagi tau. Jawab elok2 dan yakin. Jangan jawab main redah.

Cik kakak feza juga akan baca buku. Sebagai sokongan supaya encik adik nak study. Ya.. serius ni.
see..? haa.. tekun gitu.
tapi baca 'buku novel'.
ekekee..
Ok, baca buku ya adik. Gudluck exam esok. Buat yang terbaik.

Jangan macam si kakak ni, Lepas puas baca 'buku novel, Baca muka buku pula. Itu je yang dibuat setiap kali balik kerja.

Lepas tu baca 'buku BLOG" yang ini.
hebat kan.

ulat "buku" gitu.
dushh..

ok la. nak tamatkan entry ini disini.
Aku nak jadi 'ulat buku'..tapi bukan 'ulat muka buku' atau 'ulat perosak'. so, better aku zzz sebelum aku bertukar jadi 'ulat bulu'. eh..eh..

ulat nak masuk kepompong.. daa..
salam.

Friday, November 11, 2011

i miss U

Assalamualaikum

hari ni. 11/11/11..

i miss u, i miss u, i miss u wahai blog.

Dah dua hari aku tak dapat buka blog ni. Punya la aku susah hati, sampai aku jadi tak ada mood untuk dua hari. Kerja aku buat serba tak kena dan aku asyik duduk buka blog ini yang asyik terpapar

"blog has been removed".
Pautan
Penting sangat ke blog ni bagi aku. Dulu memang kurang penting sebab aku agak kurang berblog, tapi sekarang, yes, sangat2 penting. Dah jadi habit dah tiap kali buka internet mesti jengah blog ni dan tengok blog2 yang aku follow. Lepas tu baru lah cari bahan ke apa ke or buka fb.

Blog aku kena remove secara tiba2, dan aku pulak agak buta it, aku jadi blur gila2.
Terima kasih buat blogger hanif bin Idrus yang tolong aku. terima kasih banyak2

Merangkak2 aku ikut step yang beliau bagi, dan akhirnya.. blog ini kembali ke pangkal jalan..eh eh.

dan terima kasih juga buat Miss Froggie.. Anda memang kawan terbest.

Aku happy sangat ni.. weeeee
Hari jumaat bertarikh 11/11/11..

tolong la jangan removed lagi blog kesayangan ku ini.plzzz

peace no war.
salam

Tuesday, November 8, 2011

Penganti

Assalam.

Ini bukan kisah pakwe yang hilang dan mendapat penganti baru ya. huh!. (-_- ')
Tapi ini kisah..

KUCING

Aku pernah cerita pasal haiwan peliharaan keluarga aku.

tekan untuk kisah kucing dan kisah mochek

Baru2 ni, abang bawa balik lagi dua ekor anak kucing. Dia jumpa dalam semak dalam kotak. Mungkin orang buang. Sekali dengan Maknya dan 4 ekor anak2 kucing. Tapi abang aku bawak balik dua je. Nak bawa balik seekor kan, kesian plak tak ada kawan bermain. Nak bawa balik semua kan, ramai sangat.

Memang comel. Matanya warna biru
Seekor warna putih namanya Puteh,
seekor lagi warna putih bertompok kelabu namanya poreng


Bila aku tengok kucing ni. Aku teringat dengan Si Mochek. wuuu..sob2.

Ok, ini gambar kucing tersebut. Tapi tak lawa la gambar ni, aku hanya boleh snap gambar masa kucing ni tengah makan. Sebab kucing2 ni terlalu aktif untuk aku snap. Banyak2 gambar yang aku tangkap, ni je yang tak kabur. Masalahnya, bila kucing ni makan, matanya terpejam. Jadi tak nampaklah warna matanya yang biru tu.

Apa pun
sayangilah kucing. heee

salam

Saturday, November 5, 2011

Aidiladha 1432 H

Assalamualaikum..

Esok Raya Haji. 1432 Hijrah.

Hari Raya Aidiladha ataupun hari raya korban ni adalah perayaan utama bagi umat islam, tapi, nampaknya impak perayaan ini agak kurang meriah disambut berbanding hari raya puasa.

Haa.. buat korban tak??
Aku teringin nak tengok orang sembelih lembu. Tapi tak pernah dapat. Bila dah banyak makan tahun keinginan aku tu nak tengok tak dapat, jadi aku putuskan, takpela tak tengok pun. Aku takut kalau aku tengok, aku jadi kesian pulak dekat haiwan tu. Tak pasal2 aku tak makan daging lembu dah.

Macam dalam gambar ni la kot cara orang sembelih lembu.. MEMANG PUN.
Aku hanya pernah tengok sembelih ayam.. memang aku tak ada kesian.

sila jangan buat korban AYAM. Itu bukan binatang an'am. Tapi nak sembelih ayam buat ayam rendang untuk raya esok..boleh aja. cuma ianya tak dikira binatang untuk korban.

so esok, Aku ucap kan Salam Aidiladha buat semua umat islam.

Jangan lupa pergi solat raya ya esok.
peace..

salam..