Wednesday, July 10, 2013

Mainan tidur?

Salam..

Hari ini, hari pertama berpuasa. SELAMAT BERPUASA.

Bila puasa, aku akan jadi terkenang sesuatu. Bermula kehidupan aku di zaman belajar hingga sekarang, aku sedar aku dah sangat jarang berpuasa dan berbuka dengan keluarga. Belajar di perantauan dan kini bekerja pun di perantauan.

Jarang ok, bukan tak ada langsung aku balik. Kadang- kadang sempat seminggu balik berpuasa bersama, ikut berapa lama tempoh aku diberi cuti. Maksud aku, kini, aku tak lagi berpuasa dan berbuka dengan keluarga cukup sebulan. Rasanya 7 tahun dah aku jauh dengan keluarga dan aku masih rindukan saat aku bersama keluarga jauh di kampung.

Mungkin, disebabkan terlalu teringat dan terkenang, Pagi ini, aku bangun jam 4 pagi untuk bersahur, dan selepas sahur aku terlelap sekejap, Aku bermimpi.. Mak dan adik bongsu ku datang menjenguk ku. Mak tunjukkan tiket kapal terbangnya. Kami solat sama2 selepas tu. Mak banyak bercerita kisah ahli keluarga yang lain. Kami ketawa melayan cerita. Tiba waktu, mak nak pulang semula,mak peluk aku erat. tapi..

yang peliknya ialah, mak aku pulang sorang-sorang. Dalam aku terpinga-pinga, aku terus terkejut dari tidur sebab terkejut dengan alarm. Waktu tu dah jam 6.00 pagi, bangun solat subuh.
Aku terlelap lagi. terlalu berat rasa kepala aku ni. dan..

Anehnya, mimpi bersambung.Waktu tu mak dah pulang. Kawan serumahku datang ke bilik ku sambil bertanya hal mak. Tiba-tiba, almari bilikku bergoyang hebat seperti ada sesuatu di dalamnya.
aku buka almari cepat2, aku lihat satu kotak agak besar dan panjang. Aku lihat dalam kotak, adikku dengan keadaan yang terikat kaki dan mulutnya. Aku segera lepaskan ikatan dan terus peluk adik ku.
Kami menangis kuat2 sambil berpelukan.. dan

aku tekejut lagi dengan alarm dari fon Jam 7.30 pagi Selalunya memang aku set banyak waktu alarm kerana aku takut hal2 begini lah. Terlelap.

Mata ku basah.. Mungkin aku terlalu rindukan keluarga saat-saat begini. Sangat rindu. 
Terus aku hubungi mak di kampung. Cukuplah dapat mendengar suara melepas rindu pada mak.

Maaf, entri aku terpanjang kali ini.


Sunday, July 7, 2013

Pemuafakatan

Assalamualaikum

huh... hari pemuafakatan.
Penat rasanya bercakap 3 jam tanpa air. Itulah yang aku alami..
Aku rasa hari pemuafakatan ini sangat bagus untuk pastikan ibu bapa mengetahui perkembangan dan prestasi anak-anak mereka di sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Ada ibu yang menangis terharu dengan prestasi anak mereka yang membanggakan.
Ada pula ibu yang menangis tunduk sayu dan malu kerana terkejut dengan sikap anak-anak mereka yang teruk.

dan Aku.. hanya berterus-terang, bersikap jujur sejujurnya. Kerana bukan aku seorang yang menilai mereka, tetapi juga pengajar2 yang lain. Cuma aku di wakilkan untuk berhadapan dengan ibu bapa menerangkan sikap dan prestasi anak-anak.

Walaubagaimanapun.. Semua ibu bapa sayang kan anak-anaknya. Semestinya kita mahu anak-anak berjaya dalam kehidupan mereka. Bagaimana cara kita membesarkannya sememangnya memberi impak yang besar dalam hidup anak tersebut.  Apa pun, hasbunnallahu wanikmal wakill..
Semoga generasi-generasi baru yang kita besarkan dan didik menjadi generasi yang berguna. InsyaALLAH.




Wednesday, June 5, 2013

chipsmore

Assalamualaikum..

Aku dah tak seaktif dulu lagi dalam dunia blogging. Aku banyak kali juga terfikir, aku memang tak kan berblog lagi sebab dah terlalu lama tak menjengah blog ni. Namun, apakah daya, bila aku nak delete, aku rasa sayang sangat. dah makan hampir 3 tahun lebih aku berblogging walaupun kemunculan aku tenggelam timbul atau orang cakap seperti chipsmore. Sememangnya, tuan blog ni dah jadi chipsmore, sekejap ada sekejap xde.

ilustrator di laptop aku ni dah merajuk dengan aku agaknya sebab dah lama tak mengodek2 encik ilustrator. jadi  kesannya, ketidakfungsian encik ilustrator menyebabkan aku jarang dan tidak melukis sangat. Tangan dah macam kayu. Mouse aku sendiri dah merajuk.

Aku nak menyorok lagi kali ini, dan aku tak tahu berapa lama aku menyorok.

aku rindu dengan kisah toyol..
Dah kemana agaknya dia... haha
cepat menyorok!!

selamat bercuti sekolah.. dan bercuti2 malaysia.
arioss

Sunday, March 10, 2013

Stress

Assalamualaikum..

this blog has been totally abandoned. Yeah..i know i know.
dan dan dan dan.. tak ada doodle or kartun untuk entry kali ini.
maaf.

Dah bulan 3, dan,  terlalu banyak kejadian yang telah berlaku.

Mengenali lagi banyak karenah manusia dan masalah-masalah yang tak dijangka.

tabahlah kawan.

 






Sunday, October 7, 2012

tikam depan-depan

Assalamualaikum

Korang pernah rasa tak situasi kena 'tikam depan-depan'.

Anda semua yang membaca blog ni sebagai orang yang berilmu, mesti dah faham maksud yang aku nak utarakan ni. Hari ni, aku memang kena macam ni. Aku rasa betul-betul dikhianati.

Sekuat mana aku tenangkan diri aku, selama mana aku nak menahan tangis, Tangan aku ni tak lepas dari membentuk satu gengaman padu. ya.Marah.. itulah yang paling mendominasi emosi aku waktu ini.

Paling menyakitkan hati, orang yang tikam kita tu, boleh buat muka tak bersalah depan kita. 
arghh..



Wednesday, September 5, 2012

Manipulasi

Assalamualaikum

Memang lama sangat dah aku tak update blog ni. First, sebab aku dah lama tak melukis, jadi aku tak update. Aku rasa tak best blog ni tak ada kartun. Kedua, masa untuk aku mengadap blog dah hampir tiada sebab kerja aku setiap hari ada kerja. Dari pagi sampai malam.

Aku juga nak ucapkan selamat hari raya pada semua pembaca, blogger dan pada siapa-siapa yang sudi singgah kat blog buruk ni. 

Bercakap tentang manipulasi. Hari tu ada riuh dekat wall fb umum pasal ada sorang individu ni kutuk kerjaya cikgu. katanya cikgu ni just memanipulasi ayat, makan gaji buta, tak ikhlas dan banyak lagi perkara-perkara lain yang tak puas hati dibangkitkan. Bikin panas juga tu nak lawan dengan engineer.

Hakikatnya, memang ada cikgu mcm tu. Tapi tak semua. Begitu juga dengan pekerjaan lain. Kita bukannya bekerja sendiri. Kita bekerja dengan manusia-manusia lain dengan segala macam perangai. So, Niat berkerja mencari nafkah hidup kerana ALLAH. Biarlah hanya DIA yang nilai. Semua pekerjaan ada lelah dan susahnya. Hanya kita yang bekerja sahaja tahu susahnya macamana. Jangan nampak kerja nilainya hujung bulan sahaja, Mak kita yang dikatakan 'tidak bekerja' iaitu "surirumah" sebenarnya kerjanya lagi banyak. 

Senyum ok.
bersyukur la apa yang ada.
Jangan sampai merdeka kita hilang.
Dengan perang mulut antara kita.


Sunday, June 10, 2012

Masuk Kandang Kambing..??

Assalamualaikum wbt

Berada ditempat orang ni kan, memerlukan banyak kesabaran dalam menyesesuaikan diri. Kalau masuk kandang kambing kena lah mengembek, masuk kandang harimau belajarlah mengaum. Itu kata2 pepatah la. Aku harap aku tidak ada masalah lah kat tempat baru ni.

Mengenangkan kembali perjalanan ku, aku temui kawan2 baru, mengenali tempat baru dan mendapat pengalaman baru. Tempat baru aku ni, berdekatan dengan pantai..
yuuu.. seronok. Angin sepoi2 yang menyamankan. 

Aku buat apa ke sini?? oh, aku lupa nak bagitahu. Aku dah dapat kerja tetap. So, lama lah aku menetap disini. Apa pun, hargai setiap pengalaman yang berharga dalam hidup kita. 
peace no war.