Thursday, August 25, 2011

Aku si jurufoto

As salam

Selamat pagi..

Maaf, aku terlalu sibuk bekerja sekarang. Masa aku banyak dihabiskan di tempat kerja. Berdiri sepanjang masa. Ok, Aku mengaku. Aku penat dan letih. Balik rumah je aku terus tidur.

Belum lagi masuk hal2 yang tension2. Bila hari pertama aku short duit sampai dua hari kerja. Kiranya, aku tak ada gaji untuk dua hari. Belum masuk lagi hari ini, esok dan akan2 datang. Stress sikit rasanya. Susahnya cari duit. Moga2 hari ni lebih baik dari hari semalam.

Satu perkara gembira,

Hari ni aku buka2 je blog, ada sesuatu buatkan aku tersenyum. Aku dah dapat doodle trade dari cik Nanad. Comel gila.

Unik nya ada background yang cun, kreatifnya ada salotip terlekat. Comel kan..comel sangat2
Thanks cik Nanad. Banyak lagi doodle2 beliau yang lawa2 dekat blog beliau. Klik namanya untuk ke blog beliau. Ini Doodle dari beliau.


Ok la. Maaf, aku tak dapat nak balas komen or BW lagi, Aku nak kena pergi kerja. Doakan aku tak de short duit hari ni.

Ok la.salam.

Monday, August 22, 2011

Doodle blogger - 1

As salam,

aku tak banyak BW hari ni. Internet sangat slow. Aku singgah blog merah itu jambu. Beliau bagi doodle free pakai baju raya. Sape tak nak dowh.. So aku pun terus click kanan.. hee
Terima kasih banyak2.

Ini doodle yang beliau buat. Lepas tu aku tambah ayat2..


Sebab aku tak banyak BW, jadi aku tak tahu siapa bagi doodle free. Kalau tak..sah2 aku akan tibai. p

Bukan senang tau nak buat doodle2 ni. Itu sebab aku kagum dengan mereka yang berani dan rajin buat doodle. Setiap bloggger ada gaya melukis masing2. Unik nya disitu.

Siapa nak bagi doodle free. Sila la shoutmix kat aku kalau baca entri ni dan bagi link sekali. Siapa tak nak barang free..hek2. Lepas tu leh aku buat koleksi doodle free dari blogger2.. syok bukan

Ini doodle free pertama aku ambik.. next, aku akan cuba melilau-lilau

Aku? Setakat ni aku tak buat lagi doodle free. Malu la, baju doodle aku je tak ada corak2. Tak pandai buat la. Huduh kan bila kosong je.



Sunday, August 21, 2011

Mungkin Esok

As salam

Dugaan dalam bulan puasa. Lepas hilang dari sakit kepala, sakit beralih ke sakit perut. Nak kata salah makan, Aku sorang je yang sakit perut. Nak kata aku cirit birit tak juga. Tak ada pun aku ulang alik pergi toilet. Cuma rasa sakit perut yang menusuk2. Tapi tak mengapa. Sakit ni penghapus dosa2 kecil.

muka pucat tu.hee.. yes..memang, Aku rasa dah tak ada tenaga ni.

Mungkin kah esok, sakit ini akan hilang? Hurmm.. Aku sangat mengharapkan.

Kerana esok, Aku akan mula bekerja. Cari duit sikit, yelah nak bagi duit raya untuk adik2 dan anak2 buah yang masih kecik2 tu. Tahun lepas, aku bagi duit raya dari Biasiswa KPM. Tahun ni takkan aku tak bagi kot. kesian la..

Tapi, kalau ada sape2 nak sponsor duit raya kat aku. Aku dengan senang hati menerimanya. Keh2.

salam..

Friday, August 19, 2011

Lambat??

Assalamualaikum..

Aku jadi tak senang hati je. Rupanya, ada satu doodle yang aku belum bagi lagi. Maaf sebab terlambat. Buat kusyi.. ini untuk anda. Maaf, berbeza dengan work trade feza sebelum2 ni.

Bercerita tentang kisah LAMBAT..

Aku hadapi masalah berkaitan lambat?

Masalah yang sentiasa berlaku bila tiap kali aku nak online. Biasanya, aku sabar menanti loading je. Tapi kali ni, aku nak cakap jugak.

Nak kata tak bayar, bayar je tiap2 bulan. Bukan sikit mahu dibayar, kalah bayar bil api berbanding bayar Wifi ni. Tapi, kalau la wifi ni nak diajak race dengan encik siput.. rasa2 siapa menang?

Photobucket

so, kesimpulannya


Encik siput, anda bukan lagi yang paling lambat, sila jangan sedih2. Nanti kan aku buat siput sedut. erkk

k.Assalamualaikum..

Selamat bersahur.

Wednesday, August 17, 2011

Menerima..

As salamualaikum

Menerima apa?? Aku dah menerima doodle trade dari Marjan. Yipiee!!.. Doodle ke dua yang ku terima dari art trade. Comel kan.. baju belang2 dan ada pemerah pipi. Suka juga pada matanya tu. Terima kasih Marjan. Terima kasih kerana sudi art trade doodle dengan feza. Klik nama untuk ke blog beliau. Ini doodle nya. tadaa..

Buat Kusyi pula.Maaf, doodle anda belum dibuat. Jadi, minta

Sekarang ni, cuaca pun dah tak menentu. Antibodi yang tak kuat, mudah lah nak hidapi deman. selsema dan batuk.

sila jaga diri ya semua.

Dan aku masih sakit kepala. Dan ini membuatkan aku lebih suka untuk..

selamat malam
salam nuzul quran..

Monday, August 15, 2011

merajuk..

As salam

Bermula nya ramadhan, aku selalu je buat doodle gaya anime. Adakah itu namanya juga doodle? apa tu doodle? Sila pembuat doodle jawab? haha..

Sebelum ni, aku dah cakap, watak utama doodle untuk blog aku adalah si toyol. Tapi, dah lama aku tak melukis beliau. Disebabkan kerana itu,

Photobucket

Alahai.. si toyol dah merajuk.. jeles dengan doodle anime pulak tu.

erk..

Ok, Kisah doodle trade, Aku baru je baca komen nya yang di post pada 13 Ogos, Tak perasan. Buat Ain, doodle yang anda pilih adalah milik anda. Kita art trade ok seperti yang telah aku nyatakan. Maaf, sebab tak menyedari komen tersebut. Doodle anda sangat2 cute. Teringin nak doodle anda. Rugi oo kalau tolak. Tak caya singgah la blog Ain. Harap dia jadi la art trade, plzz..

Juga buat kusyi, kita art trade juga. Maaf juga kerana tak menyedari komen itu juga. Terima kasih kerana sudi menjengah blog ni, dan sudi untuk art trade. Nanti lain waktu aku post doodle Kusyi ok.

Aku fikir, aku tak nak pinggirkan si toyol lagi. Kesian beliau.hek2. Lagipun, melukis toyol adalah paling mudah, berbanding doodle gaya anime tu.

erm..macamana nak pujuk si toyol ni ea. Aku tengah sakit kepala ni.. tapi bukan pasal toyol, tapi pasal aku rasa aku dah ada tanda2 nak deman.

Ok la.selamat malam.

Sunday, August 14, 2011

Aku punya..dan kau punya

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera.

Hari ni, buka2 je blog, aku dapat dah doodle trade daripada merah itu jambu. Yang pasti, warna favorite beliau adalah merahjambu. Ini dia doodle dari beliau. Nice kan. cute.. Model selendang lagi. Nak juga kah?? Jangan tanya aku, tanya beliau sendiri. Jom terjah blog beliau.
Doodle aku pulak, semua warna aku tibai. Aku tak tahu nak fokus warna apa. Walaupun aku cakap dah tak art trade doodle, tapi mengikut bacaan komen2 blogger, ada beberapa yang nak art trade. Sungguh, aku menghargainya. Tq banyak2.

Seperti sedia maklum, Aku khuatir aku tak dapat melukis sebab kesibukan dunia. Menghasilkan satu2 doodle juga mengambil masa. Aku jadi resah bila aku tak dapat buat apa yang orang nak. Itu sebab la aku stop art trade ni. Harap tak ada sesiapa2 tersinggung.

Baiklah, aku ada lukis beberapa doodle lagi buat rakan2 blogger yang minta.

Ini untuk Marjan Ibtisam. Yang mana beliau suka pada doodle pada entri kawan. Jadi beliau ingin doodle trade satu. Ini doodle anda.

Encik Hans pula, menyuruh aku buat doodle lelaki. Aku tak pernah buat doodle lelaki lagi setakat ni. Erm..Aku akui, aku tak pandai mana lukis doodle lelaki. Lelaki perlu ke nampak cute, atau sepatutnya nampak macho??. Rambut lelaki pun payah maa..

Tapi aku try la buat juga. Sila la blogger Hans lihat.



Maaf, buruk. Aku dah cakap, aku tak pandai lukis doodle lelaki.

Dan Ini pula, buat Encik Sifu Im. Pendidik negara. Sifu ni katanya, suruh lukis yang kacak untuk dia. Nak yang kacak saja ya. Habis nak letak mana yang kurang kacak.. hek3

Ok cukup dulu. Ini last ok aku art trade ok. Maaf semua.

Dan terima kasih pada mana2 blogger yang sudi doodle art trade dengan aku. Blogger2 yang buka doodle art trade ni, memang terbaik la aku cakap. Korang betul2 menjadikan melukis satu perkara yang menyeronokkan. Aku betul2 salute. Aku suka. Cuma aku sahaja yang lemah, tak mampu untuk meneruskannya lagi.

akhir kata. salam ramadhan.. tinggal 16 hari lagi kan untuk raya.
sila jangan cuba2 ponteng puasa tanpa sebab munasabah ok.

Assalamualaikum.